BismillahirRahmanirRahim
Hasrat untuk sampai ke Pintasan Saloma akhirnya terlaksana setelah beberapa kali mencuba. Mulanya kami ke sana sewaktu tengahari selepas menghantar pesanan buku travelog untuk pembekal buku di Petaaling Jaya. Buku Travelog Tunisia dan Travelog Arab Saudi adalah untuk negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah.
Jom!
Kami ikut laluan di Kampung Bharu. Laluan yang diikuti agak sempit dan banyak kedai-kedai makan di sekitarnya. Mujur tidak banyak kenderaan seperti biasa dan mudah untuk parkir kereta di tepi jalan. Ada tangga namun kami memilih menggunakan lif untuk naik ke atas bangunan yang menghubungkan Pintasan Saloma. Hanya aku dan Saffura sahaja di situ, kami bergambar sepuasnya. Kelihatan lebuhraya dan sungai di bawah Pintaasan Saloma. Disebaabkan cuaca yang agak panas, kami tidak terfikir untuk menyeberangi pintasan tersebut.
Kelihatan Menara Petronas dan Menara Public Bank
Takde orang
Pintasan Saloma dari Kampung Bharu ke KLCC
Kelihatan Lebuhraya AKLEH
Tidak puas hati, kami ke sana lagi selepas beberapa hari. Kali ini pada waktu malam pula. Laluan yang sama namun kali ini kami menaiki tangga kerana ada ramai pengunjung di situ. Panorama di waktu malam sangat cantik. Penuh dengan cahaya dan berwarna warni.
Cantik!
Laluan dari arah Kampung Bharu
Kian ramai pengunjung
Kami menyeberangi Pintasan Saloma yang membawa kami ke KLCC.
Menara Berkembar tertinggi di dunia
Suasana tenang .
Lebih mudah untuk ke Pintasan Saloma melalui jalan ini. Dari KLCC anda perlu melintas jalan dan ikut jalan di hadapan nz Curry House. Jika berkereta, ambil jalan ke Menara Public Bank, ada kawasan parkir di belakang bangunan Menara Public Bank dan anda hanya perlu berjalan beberapa meter sahaja untuk ke Pintasan Saloma.
Papan Tanda untuk ke Pintasan Saloma. Tak sesat dah.
Laluan untuk ke Pintasan Saloma. Jalan terus sahaja.
Laluan ke Pintasan Saloma melalui arah KLCC
Pencahayaan bertema
Nota Pintasan Saloma
Laluan dari arah KLCC
Pintasa Saloma mula dibuka pada tahun 2020 dan merupakan laluan pejalan kaki bertingkat terpanjang tanpa tiang di Malaysia. Reka bentuk Pintasan Saloma diillhamkan dari gubahan tradisi Sirih Junjung yang simbolik kepada konsep perpaduan masyarakat Melayu. Pintasan Saloma menjadi penghubung utama pejalan kaki di antara Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Kampung Bharu. Jarak keseluruhan Pintasan adalah 370 meter dan struktur utama Pintasan Saloma adalah laluan pejalan kaki bertingkat yang berbumbung sepanjang 69 meter merentasi Sungai Klang dan Lebuhraya AKLEH. Pintasan Saloma telah menjadi salah satu struktur ikonik di bandaraya Kuala Lumpur. Struktur bumbung besi yang melengkung dan dilitupi oleh 4,100 keping panel berbentuk berlian serta dilengkapi dengan impak seni pencahayaan bertema pada waktu malam menjadikannya unik. Orientasi pemasangan kemasan lantai di sepanjang laluan disusun mengikut arah kiblat bagi menwujudkan kesinambungan antara Pintasan Saloma dan Taman Perkuburan Islam Jalan Ampang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan