Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Selamat menjalani percutian sekolah yang panjang. Tentu ramai yang mengambil kesempatan melancong bagi melihat keindahan alam ciptaan Allah di samping mengeratkan hubungan dalam keluarga.
Aku ingin berkongsi satu pengalaman menarik ketika kembara
ke 12 negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 – 25/7/2019). Kami menaiki kereta
dan merentasi beberapa sempadan negara sejauh 9500 kilometer.
Ada ruang makan yang luas dan beberapa orang pelanggan
sedang menikmati hidangan. Pelbagai jenis makanan seperti nasi goreng, nasi
putih, nasi kuning bersama beberapa jenis lauk pauk. Ada cita rasa masakan
Melayu, Indonesia, Thailand dan tempatan. Walaupun nampak menyelerakan namun
kami masih kenyang waktu itu. Nasi lemak pula sudah habis maklumlah sudah pukul 7.00 malam yang masih terang.
Nasi campur kot |
Sedapnya |
Ehh ada pula rak-rak yang dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan yang dibungkus , dalam tin dan dalam botol. Rempah ratus, pes pelbagai masakan, makanan ringan, santan kotak, mi segera jenama Indomie, ketupat Adabi dan banyak lagi. Di dalam peti sejuk pula, ada cili padi yang masih segar, halia, lengkuas, serai, makanan sejuk beku termasuk durian.
Kicap dan pelbagai jenis sos. Lupa tanya budu, cencalok, belacan ado? |
Santan kotak pun ada, senang nak masak. |
Pelbagai rempah ratus. |
Makanan ringan |
Mi segera Indomie dan Mama |
Cantik je cili padi tu |
Leka sekali aku melihat apa-apa barang yang boleh dibeli. Aku terkejut apabila disapa oleh pemilik kedai, warga tempatan yang bercakap dengan fasih dalam Bahasa Melayu. Kami pun berkenalan dengan Puan Rohayu atau Puan Jose Perfors dan pelbagai soalan dilontarkan kepadanya kerana kami terlalu gembira.
Rohayu berkahwin dengan warga Malaysia bernama Noorazmal Bin Md Noor. Kedai tersebut adalah milik mereka berdua dan merekalah yang menjadi chef. Terdapat beberapa orang pekerja lain yang membantu.
Malang sekali kami tidak berjumpa dengan Encik Noorazmal Bin
Md Noor kerana beliau berada di luar kawasan. Kebanyakan barang-barang di dalam
kedai tersebut dibekalkan oleh warga Indonesia kerana agak sukar mendapatkan
bekalan dari Malaysia. Lagi pula ramai rakyat Indonesia disekitarnya.
Bersama Puan Rohayu yang sangat peramah. |
Semoga perniagaan Puan Rohayu dan suami diberi keberkatan dan maju. |
Kami diberi percuma sambal ikan bilis yang ternyata sangat enak, hasil tangan Encik Noorazmal Bin Md Noor. Gembiranya sebab sudah lebih seminggu tidak jumpa sambal ikan bilis segar.
Bahagianya dapat makan nasi dengan kari dan sambal ikan bilis. |
Terima kasih Puan Rohayu serta Encik Noorazmal Bin Md Noor dan tiba masanya aku tunaikan janji untuk berkongsi pertemuan ini.
Jangan lepaskan peluang untuk singgah di Toko layang Layang jika anda berada di Netherlands.
#Travel, Tulis, Terbit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan