BismillahirRahmanirRahim
Ikan Cencaru amat sesuai dimasak belah belakang yang diisi dengan sambal atau kelapa. Sajian yang akan menjadi pilihan jika aku makan tengahari di kantin sekolah atau di kedai makan. Seekor tidak cukup rasanya untuk diratah begitu sahaja. Paling sedap jika diisi dengan sambal kelapa yang pedas dan berlemak. Aku agak ragu untuk memasaknya kerana merasakan sukar untuk membelah ikan dari sebelah belakang. Namun setelah mencubanya, terasa senang sangat membelah belakang ikan rupanya. Hanya dengan menggunakan pisau yang agak tajam, begitu mudah sekali membelah belakang ikan tersebut. Hasilnya memang sedap.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Bahan2:
4 ekor ikan Cencaru yang sederhana besar,dibersihkan dan
dibelah belakang dan dilumur dengan garam dan kunyit.
3 helai daun kunyit
3 helai daun pandan
Isi Kelapa
1/2 biji kelapa parut
3 batang serai *
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
5-8 biji cili padi*
3 biji cili merah / 1 sudu besar cili kisar*
1 sudu teh serbuk kunyit/ kunyit hidup*
Semua bahan * dikisar
Garam dan gula
Sedikit minyak masak.
1 helai daun kunyit dihiris halus(pilihan)
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bahan kisar dan
goreng sehingga garing/naik bau.
2.Masukkan garam, gula, dan kelapa parut. Kacau sehingga rata
dan agak kering.
3.Masukkan hirisan daun kunyit dan padamkan api.Sejukkan.
4. Sumbatkan kelapa yang telah dimasak ke dalam ikan Cencaru sehingga
penuh. Ikatkan bahagian yang diisi kelapa dengan daun pandan dan daun
kunyit.
5.Goreng atau bakar sehingga ikan masak.
Siap untuk digoreng. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan