Medan Perang Badar? Silap Lokasi!
Hari ini (7 Syawal 1437H) kami ke Yanbu, sudah lama kami merancang untuk ke Yanbu dari Madinah. Namun tidak berpeluang untuk ke sana kerana merasakan ianya tidak begitu jauh dari Madinah. Beberapa kali kami menangguhkan hasrat tersebut kerana merasakan ianya dekat. Sehinggalah zairah terakhir kami ke Madinah semasa menetap di Arab Saudi. Yanbu terletak tidak jauh dari Kota Madinah iaitu sekitar 200 kilometer. Kali ini kami agak lama berada di Madinah, peluang yang tidak boleh kami lepaskan untuk ke Yanbu. Seawal 7.00 pagi, kami sudah memulakan perjalanan.
|
Suasana di tepi lebuh raya berdekatan Kota Madinah. Pelbagai jenis buah dan sayur ada dijual. |
|
Walau masih pagi, suasana mula meriah. |
|
Kami singgah Badr dan Yanbu. |
Lebuh raya Madinah - Yanbu kelihatan masih baru. Ianya luas, cantik dan selesa. Aku dan suamiku bersetuju bahawa lebuh raya yang sedang kami lalui ketika itu adalah yang terbaik di Arab Saudi. Ianya berdasarkan pengalaman kami yang sudah merentasi lebuh raya untuk ke Hail, Taif, Al Baha, Kuwait, Qatar, Jeddah, Tabuk, Madain Salleh dan Al Khobar. Namun tiada kawasan rehat di sepanjang perjalanan sehingga ke Badr. Hanya gunung ganang yang kelihatan di sepanjang lebuh raya. Sesekali kelihatan perkampungan yang terpencil dikepung kawasan bergunung. Tidak ketinggalan unta dan kambing yang sentiasa tunduk mencari sesuatu untuk dimakan.
|
Lebuh raya luas namun kenderaan tidak begitu banyak |
|
Kampung-kampung kecil |
|
Kemana hendak dituju? |
Hanya gunung-ganang yang kelihatan sehingga kami hampir dengan Bandar bernama Badr, ternampak gunung padang pasir berwarna kemerahan dari jauh. Badr atau Badar mengingatkan aku kepada Perang Badar yang menjadi sejarah penting dalam Sirah Rasulullah SAW. Sememangnya kami berhasrat untuk singgah di sini, untuk melihat sendiri Medan Perang Badar.
|
Gunung padang pasir |
|
Susur keluar ke Bandar Badar |
|
Ada aktiviti di sekitar padang pasir. |
|
Satu-satunya tempat rehat sepanjang perjalanan. |
|
Padang pasir kelihatan di Badar |
|
Sesuai untuk aktiviti lasak. |
|
Menghampiri Badr |
|
Bandar Badar |
Tiba di Bandar Badr, kami mencari lokasi Perang Badr dengan menggunakan bantuan dari GPS. Kami mengikut sahaja arahan yang diberikan. Kami melalui kawasan kebun kurma yang subur walaupun keadaan tanah di sekitarnya agak berbatu dan berpasir.
|
Buah kurma sudah mulai menguning |
|
Subur dengan pepohon kurma |
|
Bentuk bumi sekitar Bandar Badr |
|
Sebuag rumah yang terpencil |
|
Semakin hampir dengan kawasan yang dicari |
|
Semakin berdebar rasa di hati.... |
|
Jalan kecil yang sunyi |
|
GPS menyatakan di sini. |
|
Kami pun berhenti di sini dan keluar melihat suasana sekitar.
Suhu melebihi 40 C....memang panas! |
|
Kawasan kediaman tidak jauh dari tempat yang dikatakan
Medan Perang Badr. |
Tiada sebarang tanda yang menunjukkan ianya kawasan di mana berlakunya Perang Badar. Tiada kuburan, dan tiada bekas perigi kelihatan. Hanya kawasan lapang. Pun begitu kami terus merakam beberapa gambar buat kenangan. Huhuhu....misi yang gagal. Walaupun gagal ke lokasi sebenar, aku tetap bersyukur kerana diberi peluang berada di tempat yang terkenal di dalam Sejarah Islam. Aku dapat merasakan kesukaran generasi pilihan Allah dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Badar terletak agak jauh dari Madinah dan suasana sepanjang perjalanan perlu melalui gunung ganang yang penuh dengan batu-batu pejal. Melihat gambar-gambar sahaja sudah cukup membuktikan betapa perjuangan yang dilalui mereka cukup mencabar. Moga Allah memberi kekuatan kepada diri ini untuk memberi sumbangan bagi meneruskan perjuangan yang telah ditinggalkan oleh para syuhada yang terkubur di sini.
|
Bukit-bukit berbatu yang lebih rendah |
|
Sunyi dan sepi sahaja |
|
Tanda-tanda tempat ini dikunjungi |
|
Cuaca yang panas menghalang kami untuk lebih lama di sini. |
Perang Badar adalah perang pertama antara umat Islam melawan musuh-musuhnya. Terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah. Rasulullah SAW telah memberi semangat kepada Muslimin untuk menghadang khalifah suku Quraish yang akan kembali ke Mekah dari Syam. Muslimin keluar dengan 300 lebih tentera tidak ada niat untuk menghadapi khalifah dagang yang hanya terdiri dari 40 lelaki, tidak berniat untuk menyerang tetapi hanya untuk menunjuk kekuatan terhadap mereka. Khalifah dagang itu berjaya melepaskan diri tetapi Abu Sufyan telah menghantar pesan kepada kaumnya, Suku Quraish untuk datang dan menyelamatkannya.
Kaum Quraish maju dengan pasukan besar yang terdiri dari 1000 orang lelaki bersama pelbagai persedian perang seperti pakaian perang, kuda, unta dan makanan yang mencukupi untuk beberapa hari. Kafir Quraish ingin menjadikan peperangan ini sebagai kemenangan bagi mereka yang akan meletakkan rasa takut di dalam hati seluruh kaum bangsa Arab. Mereka hendak menghancurkan Muslimin dan mendapatkan keagungan dan kehebatan.
Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabatnya untuk mengadakan musyawarah.Sahabat Muhajirin dan Ansar menyatakan persetujuan untuk bersama-sama dengan Rasululullah SAW. PAsukan Muslimin bergerak maju dan kemudian berhenti sejenak di tempat yang berdekatan dengan Badar(tempat paling dekat ke Madinah yang berada di utara Mekah). Seorang sahabat bernama Al-Hubab bin Mundhir ra, bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah Allah mewahyukan kepadamu untuk memilih tempat ini atau ianya strategi perang hasil keputusan musyawarah?" Rasulullah SAW bersabda, " Ini adalah hasil strategi perang dan keputusan musyawarah". Al -Hubab telah mengusulkan kembali kepada Rasulullah SAW agar pasukan muslimin sebaiknya bermarkas lebih ke selatan tempat paling dekat dengan sumbe air, kemudian membuat kolam persediaan air untuk mereka dan menghancurkan sumber air yang lain sehingga menghalang orang kafir Quraish dari mendapatkan air. Rasulullah SAW menyetujui usulan tersebut dan melaksanakannya.
Rasulullah SAW telag menghabiskan sepanjang-panjang malam dengan berdoa dan beribadah walaupun baginda SAW mengetahui bahawa Allah Taa'la telah menjanjikan kemenangan.
Sebahagian dari kisah Perang Badar yang diambil dari azharjaafar.blogspot.my
Sebenarnya kami ada ternampak papan tanda berkaitan tempat berlakunya Perang Badar. Malangnya jalan tersebut tidak kami temui. Sememangnya agak sukar untuk mencari kedudukan sebenar tempat berkaitan sejarah Islam di Arab Saudi. Ada hikmah di sebalik kegagalan kami untuk sampai ke tempat tersebut. Mungkin ada rezeki buat kami untuk berkunjung ke sana sekali lagi. In Shaa Allah.
|
Papan tanda yang kami lihat namun tidak jumpa lokasinya. |
zias/Cheras/2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan