Rabu, 6 Mei 2020

Travelog Eropah - Austria


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh



AUSTRIA





Kembara ke 
negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.



Perjalanan dari Venice - Hallstatt - Salzburg

Hallstatt

Hallstatt  terkenal di seluruh dunia dengan keindahan yang mengagumkan. Ada yang menyenaraikan pekan ini antara pekan tercantik dan terbersih di dunia. Juga gelaran “Fairy Tale Town”. Terseranai sebagai UNESCO World Heritage site. 



Rumah di lereng bukit

Jeti untuk naik cruise

Naik atas bukit pula

Banyak kedai



Salzburg (2 malam)


Menyewa di Kolpinghaus

Ada sarapan... ini je la yang boleh dimakan

Pokok epal 

Sekitar Old Town Salzburg

Dari hostel kami berjalan kaki menyusuri jalan di sepanjang Sungai Salzach untuk ke Old Town.

Papan tanda yang tergantung menarik perhatian di sini.

Mencari letaknya  Salzburg Fortress atau Hohensalzburg

Puas bila dah sampai

Sphaera

Jangan lupa beli apa yang patut

Bangunan sekitar Old Town

Mozart dan Salzburg memang tidak boleh dipisahkan

Penuh dengan kunci cinta

Okay nak ke New Town pula di seberang jambatan

Mencari masjid untuk solat. Ada banyak masjid dan kami memilih masjid warga Bosnia & Herzegovina.


Masjid di Eropah kebanyakannya seperti ini

Ruang solat

Sempat pula AJK masjid meraikan kami usai solat berjemaah.

Bersama isteri imam bernama Fatimah.

Lepas solat kami singgah di Mirabell Palace dan menikmati keindahan Mirabell Garden

Cantik tamannya

Mirabell Palace

Boleh nampak fortress dari kawasan istana.

Austria memang cantik dan rasa tidak puas berada di negara ini tambahan pula kami tidak sempat singgah ke Vienna. Rasa mahu datang lagi. Perjalanan seterusnya adalah kembali ke Jerman.

Pilihan aku mengenai negara-negara di Eropah dalam kembara ini:

1.Austria
2.Switzerland
3.Netherlands
4.Leichtenstein
5.Sweden
6.Denmark
7.Jerman
8.Belgium
9.Perancis
10.Itali
11.Luxembourg
12.Vatican

Nantikan kisah lengkap dalam Travelog 30 Hari Eropah.
Insya-Allah.
Te




Selasa, 5 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (344) Kari Kepala Ikan


BismillahirRahmanirRahim



Orang miskin adalah dia yang meninggalkan Ramadan 
masih sama seperti sebelumya



Suami KakJee bawa balik seekor ikan jenahak hari ini.  Kepalanya yang besar membuatkan aku teringat kari kepala ikan. Aku guna resepi biasa sahaja yang saban minggu aku gunakaan untuk menyediakan kari ikan. Tapi kali ini karinya begitu sedap mungkin ikannya yang segar. Sewaktu sahur pun kami masih berselera makan bersama nasi. Tak cukup nasi aku panaskan  roti prata pula. Sedap sungguh la sehingga menjilat jari.

Resepi Kari Kepala Ikan Jenahak
Bahan2:
Kepala dan potongan isi kan jenahak yang dibersihkan
4 sudu besar rempah kari ikan jenama Adabi
1 sudu besar serbuk cili
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
bahan * ditumbuk/kisar
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 tangkai daun kari
Satu mangkuk air asam jawa
Sedikit halba
Sedikit jintan putih
1/2 cawan santan pekat
Garam
1/2 senduk Minyak masak
Air
Terung bulat dibelah 4
Bendi
Tomato dibelah 4
Sedikit cili padi

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali dan masukkan halba dan jintan putih, goreng tanpa minyak sehingga jintan melompat-lompat dalam kuali.
2.Masukkan minyak masak dan biarkan panas. Tumis daun kari bersama tangkainya diikuti hirisan bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga agak garing dan masukkan bahan kisar dan masak sehingga naik bau.
3.Masukkan rempah dan serbuk cili dan kacau sekejap jangan sampai hangit. Terus masukkan 1/4 cawan air. Kacau sehingga rempah pecah minyak. Masukkan air asam dan santan. Biar mendidih boleh masukkan terung.
4.Bila terung dah lembut masukkan kepala ikan dan isi ikan dan perisakan dengan garam.
5.Bila hampir masak masukkan bendi, cili padi. Tomato masuk akhir sekali sebelum tutup api.



Nak nak siap


Selamat Mencuba.

Isnin, 4 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (343) - Ketam Masam Manis


BismillahirRahmanirRahim



Ya Allah , terimalah puasa kami di bulan Ramadan yang indah ini. Aamiin.


Lama juga tak makan ketam, ada rezeki di bulan Ramadan. Walaupun saiznya agak kecil namun dapatlah melepaskan geram. Puas juga memikirkan resepi yang sesuai. Nak buat masak lemak, baru dua hari lepas KakJee buat masak lemak cili padi ayam. Ehmm nampak gayanya masak masam manis yang sesuai. Ini resepi yang biasa KakJee masak untuk ikan. Cuma ketam ini KakJee rebus terlebih dahulu dan masukkan telur di dalam kuahnya nanti. Satu lagi resepi ini tidak menggunakan sos tomato sebab kebetulan sosnya dah habis. Lagi pula keluarga KakJee tidak begitu gemar masakan yang ada sos tomato.

Resepi Ketam Masam Manis
Bahan2:
4 ekor ketam dibersihkan
1 inci halia dihiris
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu besar cili kering kisar
1 cawan sos cili
Nenas
2 biji telur
Garam
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
1.Rebus ketam bersama kulitnya sehingga separuh masak atau kulit bertukar warna. Ambil air rebusan ketam.
2.Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga bau harum dan sedikit perang warnanya.
3.Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga garing. Masukkan sos cili dan kacau sehingga sebati.
4.Masukkan air rebusan ketam dan tambah air lagi jika perlu.Biarkan mendidih.
5.Pecahkan telur dan kacau supaya telur hancur.
6.Masukkan ketam, nenas , bawang besar dan perisakan dengan garam.
7.Perlahankan api dan masak hingga agak pekat.


Selamat Mencuba


Travelog Eropah - Italy


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh




Kembara ke negara Eropah selama sebulan (24/6/2019 -25/7/2019) dengan berkereta merentasi sempadan 12 negara sejauh 9500 kilometer.


Perjalanan seterusnya adalah dari Geneva, Switzerland ke Itali. Jalan yang diambil adalah merentasi Pergunungan Alp melalui terowong sepanjang 11.6 kilometer. Terowong ini dibina di bawah Mont Blanc. Sebaik keluar dari terowong kami sudah berada di negara Itali. Kami meneruskan perjalanan ke Pisa melalui Genova atau Genoa.


Untuk sampai ke Pisa lebih kurang 50 buah  terowong yang kami lalui berselang seli dengan puluhan lagi jambatan yang tinggi belaka. Jambatan tersebut menghubungkan kawasan pergunungan yang banyak terdapat di utara Itali.



Mont Balnc

Lebuh raya di Itali mengenakan tol kepada pengguna....memang banyak belanjanya.

Pisa (1 malam)

Ehh...memang condong la.

Menara Condong Pisa diapit oleh beberapa bangunan lain.

Rome (2 malam)


Colesium

Pintu gerbang berhampiran Colesium

Monument King Victor Emmanuel II
Trevi Fountain



Trevi Fountain 

Bacalah sendiri bangunan apa ni


Vatican City

Kami singgah untuk menunaikan solat di Islamic Centre Al Huda. Masjid Al Huda hanya dibuka pada hari Jumaat dan sepanjang bulan Ramadan. Usai solat di ruang khas secara berjemaah kami dibawa oleh Imam untuk melawat kawasan dalam Masjid Al Huda, rezeki betul.Alhamdulillah.

Islamic Centre Al Huda Rome

Dalam Masjid Al Huda

Hotel di Rome


Venezia/Venice

Dah sampai

Terusan pelbagai saiz

Jambatan pelbagai saiz dan reka bentuk
Rialto Bridge


Dah sampai Itali kenalah rasa pizza...cari yang halal la.

Piazza San Marco

Tarikan utama di Venice
Banyak kedai milik warga Bangladesh di Itali...tokey ni pernah kerja kat Kajang.

Venice memang cantik dan sangat berbaloi untuk dilawati.

Jumpa di Austria
Banyak lagi cerita dalam
Travelog 30Hari Eropah.


Sabtu, 2 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (342) - Kurma Daging


BismillahirRahmanirRahim



Jalani hidupku seperti seolah-olah setiap harinya adalah Ramadan,
maka Akhirat akan menjadi hari rayamu.





Sewaktu kecil dahulu kurma daging hanya mampu dirasa sewaktu menghadiri kenduri kahwin sahaja. Ianya begitu istimewa dan lazat sungguh. Masih terbayang bagaimana ketika itu lauk pauk dihidang untuk empat orang makan. Selagi tidak cukup kuota, kena tunggu. Semual lauk pauk dikongsi bersama. Jadi daging kurma yang dihidangkan agak besar saiznya tetapi lembut nya hai. Bersama kurma daging ada ayam masak merah atau kari ayam dan sayur kacang panjang serta satu lagi jenis sayur. 

Kali ini KakJee mahu berkongsi resepi Kurma Daging, sebelum ini ada KakJee kongsikan resepi Kurma Ayam mamak style. Resepi ini mempunyai bahan tambahan iaitu serai dan kerisik. Rasanya lebih sedap.

Resepi Kurma Daging
Bahan2:
250 daging lembu dipotong 
3-4 sudu besar rempah kurma jenama Adabi
1/2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 biji buah keras*
bahan * ditumbuk halus
1 biji bawang besar dibelah 4
2 batang serai diketuk
2 sudu besar kerisik
1 cawan santan
Garam
Minyak masak
Penumis
1 helai daun pandan
1 biji kentang dibelah 6
Cili merah dan cili hijau
Tomato (tak letak)
Air

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan yang ditumbuk, serai dan penumis. Kacau  
   sehingga wangi.
2.Masukkan rempah kurma dan kacau hingga rata sekejap sahaja. Masukkan sedikit air dan kerisik. 
   Kacau hingga pecah minyak.
3.Masukkan daging dan daun pandan. masak sehingga daging lembut. (KakJee guna periuk tekanan)
4.Masukkan santan dan air jika perlu. Bila mendidih masukkan kentang dan perisakan dengan garam.
5.Masak dengan api perlahan sehingga daging dan kentang lembut. Jangan lupa masukkan  bawang  
   dibelah 4.
6.Masukkan cili dan tomato, biarkan sekejap dan tutup api.


Tak perlu masak banyak di bulan Ramadan ni.


Selamat Mencuba

Jumaat, 1 Mei 2020

Rasa Dapur KakJee (341) - Tepung Pelita Daun Pisang


BismillahirRahmanirRahim


Puasa itu hanya 1% untuk menahan diri dari makan dan minum,
99% bakinya untuk membawa hati dan jiwamu semakin
dekat kepada Allah SWT.


Posting kali ini agak panjang maklumlah kuih ini viral semenjak bermulanya bulan Ramadan 2020. PKP menyediakan ruang yang banyak untuk ibu-ibu mencubanya. Senang sahaja untuk menyediakan adunan kuih ini namun masalahnya ialah untuk membuat sarung/sarang  kuih ini. Sukar bagi mereka yang mahu mencuba buat kali pertama. Masa yang lama dan kesabaran amat diperlukan sesuailah dengan bulan Ramadan yang mahu mendidik kita supaya lebih bersabar. Resepi KakJee ini adalah gabungan  beberapa resepi dari Fb dan Youtube yang dikongsikan, banyak juga resepinya.


Kita mulakan dengan mengambil daun pisang. KakJee ambil daun dari pokok kat
belakang rumah je. Pemandangan kat belakang tu sila ambaikan ya. Ada
dua jenis pokok pisang iaitu pisang abu (tinggi) dan pisang lemak manis.

Daun pisang dilayur dahulu. Dapatkan bahan yang sesuai untuk dijadikan alat untuk
membuat sarung kuih. Boleh guna 2 kotak mancis sebagai alat.
Ukur  panjang daun pisang ikut alat yang digunajkn.

Perlu dua helai daun pisang ya supaya sarung lebih kukuh.

Lipatkan daun pisang macam ni ikut ketinggian alat yang digunakan.

Balut tepi salah satu bahagian, macam balut hadiah.
Keluarkan dari alat tadi dan steplerkan. Masukkan balik alat tapi dan
lipatkan di sebelah satu lagi. Keluarkan alat tadi dan steplerkan.
Kemaskan sekeliling sarung dengan mengunting bahaagian yang berlebihan.

Susun dalam bekas supaya senang untuk tuang adunan nanti.
Juga supaya kekal cantik dan tidak kembang kuih naanti.

Resepi Tepung Pelita
Bahan2: untuk 20 biji

Bahagian bawah
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan air daun pandan
3 cawan air
Pewarna hijau epal jika perlu
1 sudu besar air kapur (tak letak)
Gula halus secukupnya

Cara:
1.Masukkan 1 sudu kecil gula pasir ke dalam sarung tepung pelita.


Macam banyak aje...boleh kurangkan.

2.Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga larut dan tapis. Masak sambil sentiasa 
   dikacau sehingga pekat atau keluar gelembung-gelembung udara yaang membuak.

Guna non stick pan

3. Dengan cepat tuang ke dalam sarung sampai habis sebaik tutup api. Kena cepat kerana adunan        
    akan cepat keras.

Bahagian bawah



Bahagian Atas:
1 kotak kecil santan pekat  jenama  Ayam + air supaya menjadi 4 cawan santan
4 sudu besar  membukit tepung beras
1 sudu kecil garam (sebaiknya rasa)

Cara:
1.Campurkan semua bahan di atas dan kacau sehingga larut dan tapis. Masak sambil sentiasa 
   dikacau sehingga pekat atau keluar gelembung-gelembung udara yaang membuak.
2.Dengan cepat tuangkan di atas dalam sarung tadi. Tuang sekali sahaja supaya hasilnya licin
   dipermukaannya. Jangan tuang lagi lebihan di atasnya.Tak cantik nanti.
3.Sejukkan. Elok disimpan dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila nak makan. Ehmmm.


Tarra.....Alhamdulillah menjadi

Selamat Mencuba.

Rasa Dapur Kak Jee (424) - Rendang Nasib

BismillahirRahmanirRahim   Jika kita melaksanakan ibadah korban di kawasan tempat tinggal kita, pasti akan dapat sedikit daripada hasil dagi...