Selasa, 11 Jun 2019

Rasa Dapurku (311) - Rendang Ayam 3

BismillahirRahmanirRahim



Kali ini aku nak berkongsi resepi rendang ayam yang sedap dan mudah disediakan. Resepi ini juga boleh digunakan untuk menyediakan rendang daging. Diberi oleh oleh seorang sahabat bernama Kak Sal. Sesuai untuk dimakan bersama pulut kuning, ketupat, nasi himpit, lemang, roti jala atau nasi. Sedap sangat untuk dihidangkan sempena hari raya.

Resepi Rendang Ayam 3
Bahan2:
2 ekor ayam
1 kilogram bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar (boleh tambah jika mahu pedas)
Kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
2 biji santan kelapa
2 biji kerisik
2 keping asam keping - ikut rasa
garam
gula (tak letak)
Daun kunyit  - hiris

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris dan serai. Kacau hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar, lengkuas dan kunyit. Kacau hingga cili garing.
3.Masukkan ayam dan gaul. Biar sehingga ayam kecut. Jika kering tambah santan cair 
supaya ayam mudah masak.
4.Masukkan santan dan masak dengan api perlahan. 
5.Masukkan kerisik, garam, asam keping dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Masukkan daun kunyit sebelum tutup api.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...