Sabtu, 27 Oktober 2018

Travelog Tunisia (5) - Tunis City Centre


Seharian kami bersiar-siar di Pusat Bandar Tunis. Kali ini kami dihantar oleh Puan Olfa Aleya dan Puan Sonia Aleya dengan kereta. Mereka mempunyai urusan berhampiran dengan pusat bandar.


Paginya hujan renyai-renyai, di sebelah petang semakin meriah.

Di seberang jalan dari bulatan tersebut berdiri megah Tugu Kemerdekaan 1956 dengan patung perdana menteri pertama, Habib Bourguiba. 

Tokoh Kemerdekaan Tunisia



Laluan di tengah pusat bandar





Tumpuan ramai.



Laluan yang panjang tadi berakhir Al Medina






Jom le  singgah...

Akhirnya dapat juga duduk.







zias/Tunisia/18

Travelog Tunisia (4) - Al Medina , Tunis


Al Medina bermaksud bandar bertembok dan berpintu gerbang. Al Medina Tunis  menjadi salah satu warisan budaya UNESCO di Tunisia dan negara-negara lain di Timur Tengah.



Diiktiraf dunia sejarahnya



Sayur-sayuran 



Musim Denglet Nour - Kurma bertangkai Tunisia yang popular

Suasana di dalam souk

Macam-macam ada

Lorong untuk ke  Masjid Zaytuna




Bentuk pintu yang unik




Laman sebuah rumah bangsawan






zias/Tunisia/18

Rasa Dapurku (285) - Masak Lemak Labu Kuning


BismillahirRahmanirRahim




Labu kuning memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Pengat labu, Bingka Labu dan Sira Labu adalah antara resepi yang pernah aku cuba. Namun Pengat Labu paling kami sukai. Tidak pernah pula labu kuning aku buat sayur.

Satu hari aku menghadiri majlis perkahwinan saudara di Kelantan. Antara menu yang dihidangkan adalah masak lemak labu kuning bersama pucuk labu.Sedapnya tidak terkata.Semenjak itu tahulah aku bahawa labu kuning juga enak dibuat masak tumis air atau masak lemak sebagai ganti sayur. Jangan lupa pula sediakan sambal dan ulam-ulaman untuk dimakan bersama, memang terangkat.

Resepi Masak Lemak Labu Kuning
Bahan2:
1/2 biji labu kuning dibuang kulit dan dipotong
1/2 biji bawang besar dihiris
1 biji cili merah dihiris
2 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit dicarik
1 cawan santan sederhana pekat/ pekat
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:
1.Rebus labu sehingga hampir lembut.
2.Masukkan serai, bawang besar, cili, daun kunyit dan garam.Masak lagi sehingga
   labu lembut.Tambah air jika perlu.
3.Masukkan santan sambil dikacau.Tutup api apabila santan mulai mendidih.



Rabu, 10 Oktober 2018

Travelog Tunisia (3) - Masjid Al- Zaytuna



Dr Hamadi membawa kami melawat sekitar Al Medina yang terletak di Pusat Bandar Tunis. Namun aku hanya mahu memberi tumpuan kepada Masjid Al-Zaytuna yang terletak di dalam Al Medina yang luas.







Inilah bangunannya - Panorama Medina

Letih juga menaiki anak tangga untuk ke tingkat paling atas. Namun terasa seronok apabila dihidangkan dengan keindahan mozek yang menghiasi dinding serta barang-barang bersejarah di dalam bangunan tersebut.


Layan...

Sempat minum untuk memanaskan badan di cafe.







Di dalam bangunan yang sama terdapat sebuah kedai menjual permaidani buatan tangan asli Tunisia. Kedai ini sangat terkenal di kalangan VIP luar negara terutama dari negara barat.


Jamu mata aje....mahal kot!

Duduk jap


Pukul 2.00 petang kami ke Masjid Al-Zaytuna dan menunaikan solat di dalamnya.

Menara Masjid Al-Zaytuna berbentuk empat segi.

Laman masjid













zias/Tunisia/18

Jumaat, 28 September 2018

Rasa Dapurku (284) - Popia Vietnam





BismillahirRahmanirRahim

Popia Vietnam dan Sos Pencicah Ummi,

Aku tidak pernah ke Vietnam, namun yang pernah ke sana ada menyatakan keenakan hidangan popular ini. Aku tidak pernah mencubanya sehinggalah Saffura dan kumpulannya memenangi pertandingan memasak di sekolahnya. Waah pasti senang untuk menyediakannya kerana golongan remaja pun mampu melakukannya.

Mudah sahaja untuk menyediakan popia Vietnam ini, rasanya pula memang sedap jika kena sosnya. Kali ini aku kongsikan cara menyediakan popia Vietnam sahaja kerana sos pencicah sudah sedia ada. Lain kali aku kongsikan pula cara menyediakan sosnya. InsahAllah.

Sos yang sedap.
Resepi Popia Vietnam
Bahan2:
Kulit Popia Vietnam
Udang besar dibuang kulit,direbus dan dibelah dua
Daun Salad
Bihun direndam, direbus dan ditoskan
Daun Pudina
Daun Ketumbar dihiris
Telur dadar dipotong memanjang
Air suam

Bahan yang diperlukan.
Boleh tambah dengan
Lobak merah dihiris memanjang
Timun dihiris memanjang
Isi ketam/ Crabstick

Cara Membuatnya:
1.Masukkan air suam ke dalam bekas yang sesuai untuk merendam kulit popia.

Ini dia kulit popia
2.Ambil sekeping kulit popia, rendam di dalam air dan angkat. Lakukan berulang kali
   sehingga kulit popia agak lembut. Letak di atas pinggan.

Sekejap sahaja kulitnya akan lembut
3.Masukkan sekeping salad, diikuti dengan bihun, daun pudina, daun ketumbar dan 
   telur dadar di bahagian hujung kulit popia. Dihujung satu lagi letakkan udang.
4.Lipat bahagian daun salad dan ketatkan seperti membuat popia. Kemaskan di bahagian
   hujung satu lagi.

Gulung seperti popia
Siap. Sesuai untuk orang nak diet.

Khamis, 27 September 2018

Visit My Malaysia (4) - Kuala Kedah




Alhamdulillah. Kali ini aku ingin berkongsi beberapa lokasi menarik di negeri Kedah. Sebut sahaja Kuala Kedah, pasti terbayang Laksa Teluk Kechai, alahai sedapnya. Atau Jeti Kuala Kedah untuk ke Pulau Langkawi. Kuala Kedah  adalah sebuah pelabuhan yang terletak kira-kira 15 km dari Alor Setar.

Kerap juga aku ke Kuala Kedah kerana ada abang yang tinggal di daerah itu. Sempena cuti Hari Raya Haji, kami ke sana. Kali ini sempat kami merayau di kawasan berhampiran Jeti Kuala Kedah.

Masjid Kuala Kedah.


Perahu nelayan

Selepas melewati sekitar jeti, kami terus menaiki Jambatan Tok Pasai. Dari atas jambatan kelihatan Jeti nelayan Kuala Kedah yang luas. Terpandang papan tanda Kota Kuala Kedah. Jom singgah.

Muzium
Dibina pada 1771 semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa. Ianya siap semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin ibni Sultan Abdullah Mukarram Shah II pada tahun 1780. Ianya dibina sebagai benteng pertahanan Kedah.

Pintu Gerbang Kadapuri dibina oleh Inggeris

Terdapat pelbagai peninggalan artifak sejarah termasuk meriam.

Rumah api , dibina oleh British dan  masih digunakan sehingga kini


Macam dapur je

Hampir dengan Jeti nelayan dan laluan feri ke Pulau Langkawi.

Pemandangan diambil dari Kota Kuala Kedah

Tapak rumah dan sekolah di sekitar Kota Kuala Kedah


Masuk ke muzium adalah percuma.

Kawasan sekitar Kota Kuala Kedah memang sangat cantik, sesuai untuk berfoto.

Tidak jauh dari Kota Kuala Kedah terdapat kawasan pantai. Pasti kawasan ini meriah dengan hidangan makanan laut di waktu malam. Ada restoran dan kedai ikan bakar.


Marina Kuala Kedah - nampak macam tidak berfungsi.

Kawasan pantai yang tidak sesuai untuk mandi - sekadar menjamu mata di tepi pantai.
Kami meneruskan perjalanan dengan mengambil jalan kampung. Apa yang ditemui amat mengujakan. Sawah pagi nan luas serba kehijauan. Lama juga masa yang diambil untuk sampai ke jalan raya. Jalan di sekitar sawah agak sempit dan hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja. Memang suspen apabila terpaksa mencari ruang di tepi tali air atau sawah apabila ada kereta lain yang mahu melalui jalan yang sama.

Sawah nan luas dan air yang jernih

Jalan di tengah bendang

Ada sedikit masa lagi sebelum malam menjelang. Kami ke bandar Alor Setar untuk melihat Masjid Zahir. Masjid ini adalah antara 10 masjid tercantik di dunia. Waah rugi jika tidak menziarahinya. Dibina pada tahun 1912 dengan dibiayai oleh Tunku Mahmud yang merupakan anak kepada Sultan Tajuddin Mukarram Shah.

Seni bina yang cantik dengan lima kubah yang melambangkan Rukun Islam.

Bahagian dalam yang unik penuh seni.

Menara Alor Setar

Menara Alor Setar di waktu malam.
Selepas menunaikan solat Maghrib, kami ke dataran di seberang jalan yang bertentangan dengan Masjid Zahir. Meriah juga kawasan ini di waktu malam. Dua bangunan menjadi tumpuan kami.

Balai Besar Alor Setar

Galeri Sultan Abdul Halim
 Mencari ruang untuk melawat tempat lain pula di Kedah.InshaAllah.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...