Jumaat, 28 September 2018

Rasa Dapurku (284) - Popia Vietnam





BismillahirRahmanirRahim

Popia Vietnam dan Sos Pencicah Ummi,

Aku tidak pernah ke Vietnam, namun yang pernah ke sana ada menyatakan keenakan hidangan popular ini. Aku tidak pernah mencubanya sehinggalah Saffura dan kumpulannya memenangi pertandingan memasak di sekolahnya. Waah pasti senang untuk menyediakannya kerana golongan remaja pun mampu melakukannya.

Mudah sahaja untuk menyediakan popia Vietnam ini, rasanya pula memang sedap jika kena sosnya. Kali ini aku kongsikan cara menyediakan popia Vietnam sahaja kerana sos pencicah sudah sedia ada. Lain kali aku kongsikan pula cara menyediakan sosnya. InsahAllah.

Sos yang sedap.
Resepi Popia Vietnam
Bahan2:
Kulit Popia Vietnam
Udang besar dibuang kulit,direbus dan dibelah dua
Daun Salad
Bihun direndam, direbus dan ditoskan
Daun Pudina
Daun Ketumbar dihiris
Telur dadar dipotong memanjang
Air suam

Bahan yang diperlukan.
Boleh tambah dengan
Lobak merah dihiris memanjang
Timun dihiris memanjang
Isi ketam/ Crabstick

Cara Membuatnya:
1.Masukkan air suam ke dalam bekas yang sesuai untuk merendam kulit popia.

Ini dia kulit popia
2.Ambil sekeping kulit popia, rendam di dalam air dan angkat. Lakukan berulang kali
   sehingga kulit popia agak lembut. Letak di atas pinggan.

Sekejap sahaja kulitnya akan lembut
3.Masukkan sekeping salad, diikuti dengan bihun, daun pudina, daun ketumbar dan 
   telur dadar di bahagian hujung kulit popia. Dihujung satu lagi letakkan udang.
4.Lipat bahagian daun salad dan ketatkan seperti membuat popia. Kemaskan di bahagian
   hujung satu lagi.

Gulung seperti popia
Siap. Sesuai untuk orang nak diet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarik...