Jumaat, 2 Februari 2018

Ronda2 Cari Makan Tunisia (2)


Tidak banyak barang makanan yang kami bawa dari Malaysia untuk percutian di Tunisia. Sekadar beberapa bungkus kecil rempah kari, rempah sup , rempah kurma dan perencah tomyam jenama Adabi. Beras pun aku tidak bawa memandangkan kami akan berada di sebuah negara Islam, jadi makanan halal tidak menjadi masalah.

Dalam hati masih percaya bahawa ada nasi di sana seperti di negara Timur Tengah atau negara Arab yang lain. Ternyata makanan mereka agak jauh berbeza dengan Arab Saudi atau negara Arab sekitarnya. Jom tengok hidangan dari beberapa tempat di Tunisia yang sempat kami nikmati.

1.El Madena, Tunis.



Teh Pudina bersama badam. Badamnya rangup dan sedap.


Ikan  yang dibeli dan dibawa ke kedai untuk dimasak.
Makan bersama roti Perancis dan pencicah dipanggil salata.

Lablabi, makanan popular Tunisia terutama semasa winter
Roti dicampur telur,kacang kuda, harrisa, serbuk jintan manis.

2.Gafsa (Perjalanan ke Tozeur)


Spageti bersama kambing bakar

3. Hotel Sofitel Palm Beach Tozeur.

Makanan utama seperti couscous tapi kasar sikit bijirinnya.



Pelbagai salad , semuanya sejuk

Keknya berlapis-lapis

4. Hotel SunPalm, Douz.


Salad

Couscous...sedap


Ada nasi dan pelbagai lauk pauk

Brik...cukup popular di Tunisia untuk hidangan makan malam.
Beratur panjang untuk mendapatkannya.


Ehmm manis-manis.

5. Matmata (Rumah dalam bukit berbatu) 




Roti tradisi dicicah dengan Shakshouka, sejenis hidangan
 yang terkenal Tunisia atau boleh dimakan dengan madu.
6. Gabes (Dalam perjalanan pulang dari Douz ke Tunis)


Semua dibakar secara tradisi

Turkey (ayam belanda) bakar.


7.Nabeul




Ayam, kambing dan daging...pilih aje

Ikan pun ada


Salata untuk dicicah dengan roti
\


Sup ikan ditambah bijirin


Nasi berperisa


Sejenis lauk

Siap dipanggang Shish Taouk


Roti Perancis hidangan utama

Spageti memang sentiasa sedap je.

Minum teh pudina, badam dihidang secara berasingan.
Kuih tradisi Makroudh turut dihidangkan.

8.De Korbous





Salad dan Salata

Ikan bakar yang segar 

9.Kairouan




Pelbagai jenis manisan


Roti dan Sup 


Ikan bakar yang sedap

10. Pasar Ariana


Kedai roti...Roti Perancis 5 hanya 1 dinar.


Pelbagai manisan dijual

11. Jasmine Hammamet




Minum pagi ala barat

Roti tradisi untuk minum pagi.Dibelah dan diletak pelbagai isi seperti
sandwic

Pelbagai jenis halwa dijual di tepi jalan dan pasar

Sejenis kacang bersalut yang cukup popular.

Bakal Terbit Buku Travelog Tunisia

zias/tunisia/18

Sabtu, 20 Januari 2018

Ronda2 Cari Makan Tunisia (1)



Alhamdulillah dengan izinNya juga kami selamat kembali ke tanah air setelah 2 minggu berada di bumi Tunisia. Tamat sudah penantian selama 6 bulan. Kembara kali ini benar-benar bermakna kerana kami tinggal di rumah kenalan di Tunis. Oleh itu kami dapat mengenali masyarakat tempatan dengan lebih rapat.


Semua hidangan yang dipaparkan pada kali ini dari dapur kenalan kami iaitu Dr Hamadi dan Puan Olfa Aleya. 


Pasangan bahagia...terpancar keikhlasan di wajah mereka.


Bersama anak gadis mereka Cyrine

Pn Zahrah, pembantu yang masak sedap-sedap untuk kami


Juga dari dapur rumah ibu Puan Olfa Aleya di Nabeul. Tidak ketinggalan juga dari dapur rumah sahabat Dr Hamadi, Mr Abdullah di rumahnya di Douz.

Makanan utama masyarakat Tunisia adalah couscous. Nasi amat jarang dimakan kerana beras sangat mahal harganya. Couscous dimakan bersama lauk seperti daging, ayam, kambing atau ikan. Alhamdulillah kami bertiga dapat menyesuaikan diri dengan couscous kerana pernah merasainya sebelum ke Tunisia.

Sarapan pagi biasanya adalah roti perancis dan berjenis roti lain. Roti amat murah kerana ada subsidi. Dimakan bersama mentega, coklat atau jem. Makan roti berisi mentega dan kurma begitu sedap rasanya. Cheese yang berkualiti dihiris nipis dan dimakan begitu sahaja.Selama ini aku agak ragu-ragu untuk makan cheese seperti yang aku biasa lihat di dalam filem. Namun di Tunisia ianya dijamin halal kerana ianya adalah hasil buatan tempatan.

Minuman pula adalah susu segar yang diminum begitu sahaja namun kadang-kadang kami minum bersama nescafe.

Roti....roti...

Ada masanya kami bersarapan dengan crepe berintikan coklat atau telur. Sedap dimakan ketika masih panas. Kegemaran Puan Olfa Aleya pula adalah cicah roti dengan telur yang direbus dalam air kemudian dicampur bersama minyak zaitun yang segar. Sedap dan berkhasiat.

Crepe....cheese di belakangnya. Lemak dan sedap.

Makan tengahari pula adalah couscous atau roti bersama ikan dan salad atau spageti. Kadang-kadang terbalik, ianya boleh dimakan pada waktu malam. Kami jarang makan tengahari kerana selalu berada di luar.

Ada sejenis makanan seperti murtabak tetapi berbentuk empat segi dipanggil Brik. Ianya dihidangkan pada waktu makan pagi atau makan malam.Boleh juga dipanggil karipap gergasi.

Kami berpeluang makan ikan bakar dan ikan goreng yang segar bersama roti. Kalau di Malaysia...rasa pelik je kan. Ada pencicah yang sedap dan pedas. Orang Tunisia suka makanan pedas, ada cili khas dinamakan Harissa yang selalu ditambah di dalam makanan yang disediakan.



Couscous berlauk kambing, kentang, karot dan kacang kuda

Rezeki lebih makan ikan. Ada bergedil daging yang sedap.
Makan dengan roti tau.

Ada masanya spageti dihidangkan, kegemaran Saffura tu. Licin sepinggan tambahan pula jika ada meat ball. Waah memang asli buatan sendiri.Nantikan resepinya ye....

Sedap sangat - mujur sempat belajar.
Makan malam pula biasanya couscous, makaroni atau pizza. Ada juga roti yang dimakan dengan lauk dan sup ikan . Telur dan isi ikan tuna dijadikan inti untuk Brik atau topping pizza.

Kambing yang dimasak bersama kunyit dan rempah ratus lain.
Di tengahnya adalah sejenis sup ikan.

Macaroni bersama Brik

Pizza
Sayur yang mudah disediakan dan berkhasiat
Antara makanan yang dihidangkan ketika minum petang atau bersantai adalah Kaak Warka yang berwarna putih bersih. Ada pelbagai bentuk tetapi isinya adalah sama iaitu pes badam.I like it. Makroudh pula berinti kurma umpama Ma'amoul. Tetapi Makroudh nampak isinya dan ianya digoreng. Aku lebih suka Ma'amoul.


Kaak Warka dan Makroudh


Ini pula sejenis pastri yang diisi dengan campuran isi Ikan tuna,
telur, yogurt dan daun pasly.
Di rumah Puan Zahrah (ibunda Puan Olfa Aleya) pula kami berpeluang menikmati couscous, nasi,Tanjin, makaroni bakar dan pastri.

Bersama Bonda Zahrah....huhuhu mukaku dah bulat penuh selepas seminggu di Tunisia

Di Tunisia nasi dimakan begitu sahaja bersama sejenis lauk. Tidak seperti roti yang dimakan dengan pelbagai lauk pauk dan sayur.

Nasi bersama kambing..sedap seperti nasi biryani

Tanjin Tunisia
Makaroni bakar dan sejenis Pastri


Di Douz, kami menikmati hidangan makan tengahari yang amat istimewa di rumah Mr Abdullah dan isterinya Fatima. Sup kambing, kambing bakar, salad, salata bersama roti. Kenyang amat! Alhamdulillah.

Dr Hamadi dan Mr Abdullah
Bersama Pn Fatima

Syukur dengan nikmat persaudaraan yang Allah beri kepada kami.


Puas makan kambing bakar yang segar....


Kembara yang paling berkesan di jiwa. Menjalin persahabatan dan persaudaraan sesama Islam di benua Afrika. Ya Allah, semoga kami berpeluang lagi untuk ke sana. Rahmatilah mereka kesemuanya yang begitu baik akhlaknya dalam melayani kami sebagai tetamu mereka. Amiin Ya Rabb.

" Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan"


Nantikan Travelog Tunisia.




Sabtu, 6 Januari 2018

Rasa Dapurku (261) - Sayur Kubis Masak Mamak



BismillahirRahmanirRahim




Tahun 2017 sudah pun meninggalkan kita. Kini kita sedang mengisi hari-hari di dalam tahun 2018. Semoga banyak yang dapat dilakukan buat bekalan di masa hadapan baik di dunia mahu pun di akhirat nanti.

Baru-baru ini diadakan jamuan perpisahan seorang rakan sekerja. Menunya agak ringkas namun sedap kerana kombinasinya yang sesuai. Bertepatan dengan tema Nasi Campur Mamak Melayu katanya. Kari ayam, sayur kubis mamak dan sambal belacan yang dicampur dengan hirisan bawang besar memberi sedikit kelainan. Mujur tidak ada ikan kering dan ulam-ulaman, jika tidak entah berapa pinggan nasi aku bedal.

Aku pun mencuba resepi sayur kubis mamak dengan melihat beberapa resepi di blog. Inilah hasilnya, sedap sehingga boleh diratah begitu sahaja.


Resepi Sayur Kubis Mamak
Bahan2:
1/4  atau 1/2 biji sayur kubis, dipotong dan direndam
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
4 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
bahan * ditumbuk bersama
1 sudu kecil biji sawi
1 biji cili merah/ cili kering dihiris
1/2 biji lobak merah dihiris
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Daun kari
Minyak masak
Garam

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan biji sawi dan daun kari.
2. Masukkan bawang besar dan bahan yang ditumbuk. Goreng sehingga garing dan
    wangi.
3.Masukkan garam,serbuk lada hitam,lobak merah dan cili. Kacau biar sebati.
4.Masukkan kubis dan kacau. Masak sehingga sayur kubis lembut.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026.

  BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, semalam berakhir PBAKL 2026 setelah berlangsung selama 10 hari. Banyak kisah menarik yang dikongsi...