Selasa, 30 November 2021
Rasa Dapur KakJee (403) - Ubi Kayu Rebus
Ahad, 28 November 2021
Visit My Malaysia - Ban Pecah, Tanjung Piandang Perak.
Indah sungguh pemandangan ini. Lautan dan sawah bergandingan, hanya tebing dan jalan yang memisahkan. |
Singgah minum dahulu. Tempat ni ada jual mi udang. Nampak ramai yang memesannya. |
Berhampiran mercu tanda |
Tak jauh dengan gerai. |
Batu yang dipasang untuk menghalang ombak membadai daratan. |
Bot nelayan |
Air mulai pasang |
Sawah yang mendamaikan. |
Kelihatan awan hujan di tengah lautan. |
Rabu, 24 November 2021
Visit My Malaysia - Jeti Nelayan Changkat Nibong Tebal, Pulau Pinang
Saya tahu kewujudan Jeti Nelayan Changkat Nibong Tebal ini melalui Ddnology Channel. Toutube Channel yang berkaitan dengan aktiviti memancing. Siaran ini begitu digemari En. Suami. Banyak soalan yang ditanya berkaitan tempat ini tapi saya hanya jawab...tak tau.
Jeti ini sebenarnya tak jauh dari kampung saya di Sungai Bakap. Saya yang gemar dengan pemandangan jeti nelayan tidak tahu kewujudannya selama ini. Pernah ke Kampung Bagan Buaya sewaktu zaman kanak-kanak dahulu tapi banyak yang dah lupa...huhu.
Balik ke kampung baru-baru ni, kami mencari jeti tersebut. Hampir tersesat juga sebab jalan ke sana agak jauh dari jalan utama. Cuaca agak mendung dan hujan turun rintik-rintik tapi kami teruskan juga untuk menikmati pemandangan sekitarnya.
Ramai juga pengunjung |
Ada nelayan yang baru hendak ke laut. |
Ada yang dah balik dari menjala ikan. |
Nelayan muda belia lagi ni. |
Minta izin naik bot... tak dapat belayar pun takpa |
Dekat sikit |
Depa keluar awai untuk menjala. Ini hasilnya. |
Nelayan muda yang comey. |
Hasil tangkapan ini untuk saudara mara je, bukan untuk dijual. |
Tu dia ikan Siakap viral pun ada. Ikan keli juga. |
Sebelum beredar, sempat tengok aktiviti memasang enjin bot. Tak sangka besar sungguh enjin bot. Ingatkan boleh angkat gitu je. |
Menarik juga tempat ni. Jom la singgah.
Lepas tu kami ke Jeti Sungai Udang pula. Kawasan pekannya padat dengan bangunan kedai. Suasana begitu sibuk dengan aktiviti berkaitan nelayan seperti mengangkut tong-tong ikan dan plastik berisi ketulan ais.
Kawasan kediaman agak banyak sehingga ke tebing sungai. Kami hanya melihat dari jauh sahaja kerana tidak kelihatan ruang untuk ke jeti. Namun agak mengejutkan saya, kerana rumah-rumah nelayan di sini besar-besar belaka. Kaya nelayan kat sini.
Sori, sebab tak ambik gambar la pulak kat Sungai Udang. Kecewa sebab tak boleh masuk ke jeti.
12112021
Ahad, 7 November 2021
Rasa Dapur KakJee (402) - Croissant
Beli yang sais besar ya. Ada 5 keping. |
Ni untuk saiz besar |
Alas dengan plastik pun boleh. |
Gulung sampai ke hujung. |
4.Hasilnya boleh dibengkokkan sedikit atau biarkan sahaja lurus.
Jom makan. |
Salam Nuzul Al-Quran
BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah, hari ini kita menyambut Nuzul al-Quran. Peristiwa turunnya wahyu pertama al-Quran kepada Nabi Muhamm...

-
Kilang Memproses Bunga Ros Al Khamal, Al Hada, Taif Bahagian depan Kilang Al Khamal di mana terletaknya kedai menjual produk kilan...
-
BismillahirRahmanirRahim Aku ingin berkongsi resepi menyediakan Ibu Sambal yang diajar ketika kursus membuat Nasi Lemak Kuku...