Zbogom ( Good Bye) Sarajevo.
Sarajevo masih dilitupi kabus tebal di hari terakhir. Salji juga belum turun walaupun sudah dipenghujung bulan Disember.
Kami menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo setelah kereta diisi penuh dengan bahan pembakar sebelum diserah kepada syarikatnya.
Suasana di dalam lapangan terbang Sarajevo |
Ruang solat yang selesa. |
Snow di kawasan pergunungan Sarajevo |
Tidak berani makan rotinya. |
Ibu kota Serbia dari atas kapal terbang |
Transit yang agak lama . |
Perjalanan yang panjang. Sarajevo - Zagreb - Abu Dhabi - Kuala Lumpur.
Alhamdulillah selesai sudah Travelog Bosnia & Herzegovina setelah hampir setahun lamanya. Terima kasih kepada yang sabar menanti dan sudi membaca.
Nantikan kelahiran bukunya pula. InshaAllah.
zias/Bosnia/17
Alhamdulillah.
BalasPadamSalam. oct 2017 yg lps trip kami berenam bermula dari Kl ke Amman, Jordan. Dari Amman naik flight pegasus ke Istanbul.
Dari Iatanbul kami ke Madrid dan mula menyewa mpv di Madrid merentasi Andalucia spt Granada, Cordoba, Seville. Dari Seville masuk ke Portugal spt Faro dan Lisbon, seterusnya hntar balik mpv di airport Madrid utk menaiki flight ke Munich.
Dari airport munich kami sewa mpv lg merentasi Zurich, Interlaken, leistantein, innsbruck, salzburg, bratislava, Vienna, Prague dan pulangkan semula mpv di Munich utk naik flight easyjet ke London.
Kami tak sempat singgah di Budapest kerana kekangan waktu walau pun trip kami selama 20 hari. Kos keseluruhan 7500rm.
Oct ini in sha Allah kami akan backpacking ke europe lg termasuk Bosnia selama 13 hari.
Saya dan 6 lg rakan pernah ke Bosnia pd Mei 2016. Bermula dari kl ke London, naik bas ke Amsterdam , brussel dan Paris. Dari Paris naik kerwtapi laju ke Geneva. Dari Geneva naik flight ke Dubrovnik. Di aini kami mula menyewa mpv ke Mostar, Sarajevo, Nemila, Sarajevo, Kotor, Podgorica, Budva (Montenegro), Skhoder ( Albania), Prizren, Pristina (kosovo). Pulangkan mpv di airpprt Pristina utk naik flight ke Istanbul.
Oct 2016 kami sekali lg jelajah eropah dan scandinavia selama 16 hari. Bermula dari London ke Sofia (bulgaria) dgn flight wizz air, seva van ke Skopje, Ohrid (macedonia).
Dari Skopje ke Paris. Then ke brussel dn amsterdam dgn bas. Dari amsterdam naik flight ke Stockholm. Dari Stockholm ke Kuruna dgn flight.
Then, naik scandinavia train ke Abisko dan Narvik (Norway). Dari Norvay sewa 2 buah kereta ke arctic circle. Balik semula ke Kiruna utk naik fligjt ke Stockholm.
Dari stockholm naik kapal viking line ke Helsinki dgn hrg hnya rm50 return. Dari helsinki kami naik flight ke copenhagen. Dari copwnhagen balik kl
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ke Eropah.Ianya memberi idea kepada kami untuk merancang kembara seterusnya.Maaf banyak2 sebab lambat betul respon.
BalasPadam