Selasa, 24 Februari 2026

Rasa Dapur Kak Jee (429) - Roti Jala Lipat Bebas Gluten.

BismillahirRahmanirRahim





Assalamualaikum.
Bagi ibu-ibu, tentu sibuk dengan juadah berbuka puasa dan sahur. Inilah masanya untuk mencuba pelbagai resipi yang dikongsi di laman sosial. Bagi Kak Jee pula, inilah waktunya membuat ulangkaji resipi-resipi kegemaran yang ada dalam blog ini. Semuanya sudah dicuba dan berjaya mendapat hasilnya, jadi tidak perlu risau kuih tak jadi.

Puasa kali ini Kak Jee berazam untuk membuat kuih yang tidak menggunakan tepung gandum dan gula putih serta elakkan yang bergoreng. Jika emergency, terpaksalah guna kuih frozen. 

Kali ini kak Jee kongsikan resipi untuk buat kuih jala, kebetulan ada lebihan kari ayam. Rasanya lebih kurang sama sahaja jika guna tepung gandum. 

Jom, kita mulakan.

Resipi Roti Jala Lipat Tanpa Gluten
Bahan2:
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung ubi kayu
1 biji telur
Sedikit kunyit
Sedikit garam
1 cawan santan pekat + air secukupnya
1 sudu minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Campurkan semua bahan ke dalam mesin kisar dan kisar sampai sebati dan tapis.
2.Perisakan secukupnya, pastikan adunan tidak terlalu cair atau pekat. 
3.Panaskan kuali yang tidak melekat atau frying pan, sapu minyak pada permukaanya dengan daun pandan (supaya wangi).
4.Jalakan adunan dan biar sehingga masak dan angkat. Tak perlu terbalikkan.
Biarkan sejuk sekejap, boleh digulung atau lipat.

Macam ni, adunan agak cair. Pekatkan sikit, biar lebih halus.

5.Ulang sehingga habis adunan, boleh dapat dalam 15 keping.


6.Boleh dimakan dengan kari, rendang, sambal atau kuah durian.



Selamat mencuba!





 










Khamis, 19 Februari 2026

Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H/2026M

BismillahirRahmanirRahim



Assalamualaikum.

Ramadan tiba lagi.
Alhamdulillah, syukur masih dipilih merasa lapar yang mengajar sabar, haus yang mengingatkan cukup, dan malam yang lebih tenang untuk beribadah.

Tidak semua orang sempat sampai ke bulan mulia ini, jadi setiap sahur, setiap azan Maghrib ibarat jemputan khas, yang seharusnya dihargai.

Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tapi bulan kita pulang semula kepada fitrah diri sendiri. Semoga madrasah Ramadan tahun ini menjadikan kita insan bertaqwa dan lebih baik dari sebelumnya.

Salam Ramadan daripada kami sekeluarga. Selamat beribadah dan perbanyakkan doa.








 

Ahad, 8 Februari 2026

Majlis Perkahwinan Kembar

  BismillahirRahmanirRahim



Alhamdulillah selesai sudah majlis perkahwinan dua pasang pengantin, anak kepada abang KakJee, Hj Mohamad Kamis. Tahniah kepada NurulHuda dan pasangannya Muhammad Muslim bin Md Mukhtar dan NurulIzzah dan pasangannya Mohammad Sahril Helmi bin Omar.

"Barakallahu laka wa baaraka alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir"
"Semoga Allah memberkatimu dan (membantumu) berkat atasmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan."


Dapat baju percuma, bermaksud bertugas.

Sempat bergambar dengan bapa pengantin sebelum tetamu tiba









Keluarga abang.

NurulIzzah dan Helmi



NurulHuda dan Muslim

Keluarga Emy

Anak-anak Arwah Paktam

Sepupu, Mohd Fathi.

Dengan kakakku Hajah Aishah.

Keluarga Miza

Mira dan suami.

Sempat merakamkan gambar ahli keluarga yang datang.

Sepupu2

Saudara masa dari kampung Sungai Bakap

Sepupu dari Kuala Perlis

Paling kiri, Cu Minah satu-satunya mak saudara yang ada. Maznah, sepupuku

Dengan Puan Maznah dari Kedah.























 

Rasa Dapur Kak Jee (430) - Ikan Selar Masak Cuka

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah,  kita berpeluang untuk berada di sepuluh terakhir bulan Ramadan .  Didoakan pengunjung blog Kak Jee ...