Selasa, 29 April 2025

Memori Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M

BismillahirRahmanirRahim





Syawal tahun ini sudah pun berlalu dua hari lepas, namun sambutannya masih berlangsung di ibu kota. Aktiviti open house dan ziarah masih berjalan, situasi yang sudah menjadi amalan warga kota saban tahun. Janganlah marah! Inilah masanya untuk mereka bersilaturrahim setelah memberi tumpuan sepenuh masa mencari rezeki.

Tak sempat nak ucap selamat hari raya buat pengunjung blog Memory Ziasaf tahun ini. Mohon maaf ya, jadi saya ambil kesempatan ini untuk berkongsi sedikit memori sempena hari raya tahun ini yang pada saya tidak begitu meriah seperti biasa.

Saffura memulakan internnya sebagai pelengkap untuk ijazah Pengurusan Perniagaan di TH Travel seminggu sebelum hari raya. Jadi dia tidak mendapat cuti tambahan, hanya hari Isnin dan Selasa sahaja. Mujur juga tahun ini kena giliran beraya di Melaka jadi lega sedikit untuk balik ke sana.

Kali ini kami duduk di Kings Green Hotel yang terletak di tengah bandar Melaka, untuk dua bilik selama dua malam dengan harga RM600.00 ++.  Biliknya sesuai untuk dua orang namun agak selesa dengan kawasan parkir yang disediakan. 

Malam raya, kami hanya duduk di bilik hotel sambil menikmati pemandangan percikan bunga api yang dapat dilihat dari jauh. Meriah sungguh suasananya, puluhan percikan bunga api yang cantik memenuhi angkasa. Pertama kali jugalah saya tidak sibuk dengan membuat persiapan hari raya seperti menyediakan juadah dan mengemas rumah. Relaks je, best!

Jam 7:00 pagi, kami sudah bertolak ke Masjid Al- Azim untuk solat sunat hari raya. Sudah lama tidak ke masjid negeri ini. Sewaktu sampai, ruang solat masih kosong, menghampir jam 8:30 pagi dah penuh. Pertama kali merasa solat bersama orang besar negeri, TYT negeri dan Menteri Besar hadir sama diiringi isteri masing-masing.



Usai solat kami terus ke rumah saudara Hj Hedzir dan Puan Mastura. Dapatlah merasa juadah di pagi hari raya. Hasrat untuk berkunjung ke rumah ipar-ipar yang tinggal di Melaka tidak kesampaian kerana mereka juga sibuk berhari raya di rumah saudara masing-masing. Kecewa juga! Suami mengajak kami ke rumah sepupunya di Sungai Rambai, sekali lagi kami hampa kerana kerana mereka tiada di rumah. Dua rumah pulak tu!

 



Dalam perjalanan balik ke hotel, kami teringat kenalan yang berkenalan ketika trip ke Turkiye tahun 2022. Cikgu Hj Adnan dan isterinya Hjh Asiah yang tinggal di Jasin. Untuk tidak hampa lagi, suamiku menelefon terlebih dahulu. Alhamdulillah mereka berada di rumah, dapatlah kami singgah.




Malamnya, kami sudah kelaparan sedangkan belum ada jualan atau kedai makan yang dibuka.

"Kita makan kat AEON Mall, ada banyak kedai kat situ. Selalunya buka je." Saffura memberi cadangan.

Terkejut betul apabila kami sampai berhampiran bangunan, ruang parkir padat dengan kereta. Tak sangka betul! 

"Ramainya, semua masih lagi pakai baju raya. Semua dah lapar la ni." Aku memberi komen.

Kedai The Chicken Rice menjadi pilihan kami. Ini kali kedua kami masuk di kedai ini, kali pertama sewaktu di Singapura, lama dah.

Awal pagi Selasa, kami sudah bersiap untuk kembali ke rumah kerana takut jem. Kebetulan hotel terletak tidak jauh daripada sekolah pertama saya bertugas. Jadi kami singgah sebentar untuk bergambar. Saya di sekolah ini pada tahun 1989 sehingga 1991, banyak kenangannya.




Selesai kisah hari raya. Di bulan Syawal juga banyak kenduri kahwin, salah satunya rumah sepupu saya di Gemenceh (5 Inilah peluang untuk bertemu saudara mara yang tidak boleh dilepaskan. Perjalanan memerlukan masa lebih kurang 2 jam, jadi dapatlah kami menerima jemputan tersebut. Seronok jumpa Makcik, isteri kepada almarhum adik ayah yang kami panggil Pakcik Din. Sihat dia di usia lewat 70an. Banyak kenangan dengan Makcik kerana waktu itu, saya dan kakak Azizah tinggal dengan Tok. Rumah Makcik dan Tok tak jauh jadi Makcik selalu mengusik saya.

"Kecik-kecik mengangis je," usik Makcik yang masih mengenali dan ingat nama saya.

Suami dan abang Norsiah bernama Jefri.

Paling kanan, suami Norsiah.

Dengan Makcik

Sedap kuih ros ni.

Dengan Makcik dan Jefri

Dengan Norsiah dan Makcik


Hari lahir Saffura pun jatuh di bulan Syawal. Kami sambut di Arah Cafe yang terletak tidak jauh dari rumah. Maklumlah dia balik pun dah lewat petang. Bagus tempat ni, ada privacy tapi mahal sikit harga menunya tapi saya puas hati dapat makan Laksa Johor untuk raya tahun ni.






13 April, anak-anak almarhum Abdul Razak, abang saya sudi beraya di rumah kami. Muhaimin yang bekerja sebagi EOB di syarikat penerbangan dan abangnya Shafie yang bekerja di TH Travel. Terasa amat bermakna raya tahun ini dengan kehadiran mereka, maklumlah kami tak sempat balik beraya di kampung.


Isteri Shafie, Roshidayu dan tiga puteri mereka.


Isteri Mihaimin, Nur Farah dan dua puteri mereka.


Pada 19 April, kami ke Ipoh pula untuk jemputan kenduri kahwin anak Puan Asmah. Jemputan seawal bulan Oktober 2023, dah berjanji mesti ditepati. Puan Asmah ini teman sebilik Saffura sewaktu trip ke Balkan. Kami menginap di apartmen di ICC, Ipoh, selesa dengan dua bilik dan terletak di tengah bandar lama Ipoh. RM400.00 semalam.





Hadir sama Puan Lina


Keluarga Puan Lina

Pengantin


Sebelah petang pula kami diraikan oleh Dr Umi Kalthum dan suaminya di Pakeeza, Ipoh. Menikmati hidangan India Utara yang lazat.




Sempat beli buku terbaharu beliau.

Alhamdulillah dengan nikmat dan rezeki daripada Allah SWT. Moga kita semua dipanjangkan usia, bertemu lagi dengan Ramadan dan Syawal tahun hadapan. Aamiin,

Selasa, 18 Mac 2025

Salam Nuzul Al-Quran


BismillahirRahmanirRahim




Alhamdulillah, hari ini kita menyambut Nuzul al-Quran. Peristiwa turunnya wahyu pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW iaitu Surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.  Peristiwa ini terjadi pada malam 17 Ramadan yang kemudian diperingati sebagai awal dari turunnya al-Quran dan permulaan risalah kenabian.

Kebiasaannya dalam kalangan masyarakat kita, setiap individu mahu mengkhatam bacaan al-Quran pada hari bersejarah ini. Tidak hairanlah majlis tadarus menjadi tumpuan untuk mencapai hasrat tersebut. Sesuai dengan bulan al-Quran, Ramadan menjadi tumpuan kita untuk membaca sebanyak yang boleh. Moga kita mendapat ganjarannya nanti, insya-Allah.

Minggu lepas saya mendengar dari Radio IKIM tentang doa yang dianjurkan untuk kita membaca sebanyak yang mungkin sepanjang bulan Ramadan. Yang saya ingat doa tersebut mengandungi syahadah, istifar, permohonan untuk masuk syurga dan dijauhi azab api neraka. Lepas itu saya sudah ingat doanya namun tidak selengkap yang saya dengari.

Kebetulan sewaktu taskirah Ramadan beberapa hari lepas Ustaz Zul Al-Baghdadi ada memberi doa yang sama namun ada sedikit penambahan dengan permohonan maaf di akhir doa. Ustaz ulang beberapa kali namun saya tidak dapat menangkapnya. Mujurlah saya mengenali ustaz yang merupakan guru al-Quran saya. Tanpa membuang masa, saya terus meminta doa tersebut dalam bentuk tulisan agar mudah dihafal. Saya kongsikan doa tersebut di sini.

Jom perbanyakkan doa di bulan Ramadan yang masih berbaki ini. Semoga Allah SWT menerima amalan dan doa kita serta menemukan kita dengan malam laylatul qadar, insya-Allah.

 

Jumaat, 14 Mac 2025

Salam Ramadan 1446H/2025

 

BismillahirRahmanirRahim




Assalamualaikum.

Mohon maaf buat semua sahabat yang berkunjung ke blog Memoryziasaf atas kelewatan saya mengemaskini berita terkini di sini. Sedar-sedar sudahpun hampir separuh bulan Ramadan dan sudah berada di bulan Mac 2025.

Moga belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat datang tahun 2025 dan Ramadan Mubarak 2025.

Harapan saya, semuanya sihat-sihat belaka dalam menghayati madrasah Ramadan tahun ini. Didoakan agar Ramadan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya.


Salam sayang.

Khamis, 12 Disember 2024

Rasa Dapur Kak Jee (423) - Daging Dendeng


BismillahirRahmanirRahim





Daging Dendeng yang paling sedap pernah Kak Jee rasa adalah yang dimasak oleh sahabat guru sewaktu bertugas di SM Teknik Kuala Lumpur, Puan Hajah Rubiah. Makan dengan nasi minyak sempena kenduri rakan setugas hendak menunaikan umrah. Sedapnya terasa sehingga kini. Namun Kak Jee tidak pernah terasa mahu mencuba walaupun ada minta resipinya. 

Beberapa bulan lepas masakan ini viral angkara Khairul Aming, pempengaruh masakan popular tanah air kita. Kak Jee rasa agak susah untuk menyediakannya walaupun Saffura ada juga bertanya. "Kenapa mama tak masak daging dendeng?"

Kebetulan beberapa minggu lepas, jiran  selang sebuah rumah kerap juga meminta daun limau purut yang Kak Jee tanam di belakang rumah, nak buat daging dendeng katanya. 

"Selalu sangat Su masak daging dendeng ni, senang ke?"

"Senang sangat kak, tengok resipi Khairul Aming."

Jadi Kak Jee pun cuba try la tapi taklah banyak sehingga 1 kilo dagingnya. Lepas tu Kak Jee kurangkan kicap jadi warnanya taklah hitam pekat. Tapi kan, memang senang dan sedaplah resipi ni. Boleh buat lagi lain kali. Cuma rasanya tidak berempah seperti yang Puan Hajah Rubiah masak. Kena cari resipi beliau nampaknya.

Resipi di bawah Kak Jee ambil dari Google. Bolehlah cuba.

Resipi Daging Dendeng Khairul Aming
Bahan2:
1 kg daging 
4 batang serai*
Halia sebesar ibu jari*
4 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
Segenggam cili kering yang direbus*
3 helai daun limau purut
1 cawan kicap manis
Air rebusan daging
Gula
Garam
Serbuk perasa
6 cili padi merah
Sedikit asam jawa

Cara membuatnya:
1. Rebus daging bersama air sehingga lembut. Sejukkan dan hiris daging nipis-nipis dan tumbuk hirisan daging dengan lesung penumbuk tetapi jangan sampai hancur. Biar tercarik agar mudah dimakan.
2.Gaulkan daging yang siap ditumbuk dengan kicap manis sehingga sebati.
3.Panaskan sedikit minyak dan goreng daging sekejap, biar rata.
4.Kisar bahan bertanda *.
5.Tumiskan bahan kisar tadi dengan minyak goreng daging tadi sampai agak kering kemudian tambah air rebusan daging. Kacau sehingga pecah minyak, masukkan kicap dan kacau sampai sebati.
6.Masukkan daun limau purut, garam, gula dan asam jawa, kacau sebati. Masukkan daging dan kacau sehingga semuanya sebati dengan sambal. Akhir sekali masukkan cili padi merah yang diketuk.




 

Jumaat, 22 November 2024

Ronda-ronda Cari Makan Balkan.


BismillahirRahmanirRahim




Alhamdulillah dengan izin Allah kami bertiga berpeluang menjelajah ke negara Balkan selama 12 Hari 9 malam bertarikh 13 November sehingga 24 November 2024. Bermula di negara Bulgaria, North Macedonia, Montenegro, Crotia, Bosnia i Herzegovina, Slovenia dan Itali. Disebabkan kami menaiki penerbangan Turkish Airlines, maka kami transit di Istanbul, Turkiye.

Jom, saya kongsikan menu-menu yang telah kami jamah sepanjang berada di sana. Pakej ini adalah halfboard jadi kami hanya diberi makan pagi di hotel dan makan tengah hari di kedai yang telah ditentukan oleh agensi pelancongan yang kami ikuti. Semuanya dijamin halal. Untuk makan malam, kami bawa sendiri bekalan keluaran Brahim's seperti Nasi Arab, Nasi Tomato, Nasi beriani serta beberapa  jenama lain bagi bubur nasi dan nasi lemak. Tidak ketinggalan mi segera jenama Numee oleh Gardenia.


1. Di KLIA, kami pekena nasi lemak di Cafe Chef Wan yang terletak tidak jauh dari kawasan kaunter checkin. 



RM16.90
Tokey


2. Sewaktu penerbangan, ada dua hidangan bagi perjalanan selama 10 jam 50 minit ke Istanbul. Makan malam selepas sejam penerbangan dan sarapan sejam sebelum mendarat.


Pasta pilihanku. Jus buah ceri sangat sedap.


Sarapan



Selepas transit selama dua jam di Istanbul, kami terbang sekali lagi ke Sofia yang mengambil masa 1 jam 35 minit. 


Turkish Airlines, syarikat penerbangan terbaik selepas Qatar Airways


Sarapan lagi.


3. Sehari sahaja kami berada di pusat bandar Sofia sebelum bertolak le North Macedonia.

Dah sampai

Lunch di sini


Pilihanku, meatball

Pilihan Saffura.




Di Ohrid, kami sempat makan malam di Old Bazaar Street.

Kedainya di sebelah Masjid Ali Pasha.

Pizza besar
Karipap xL jadi pilihan.
Pekena aiskrim pulak.


4. Di North Macedonia, kami merasa masakan Albania di Old Bazaar atau Turkish Bazaar di Skopje. Hidangan kali ini lengkap dengan salad dan pencuci mulut.

Salad

Daging Kofte, ada kacang kat bawahnya dimakan dengan roti

Puding roti karamel.

Kedainya


5. Di Kotor, Montenegro agak susah untuk mendapatkan kedai makan halal. Jadi kami makan di sebuah restoran yang agak jauh dari kawasan utama bandar tersebut yang terletak di lereng bukit. Pemandangan di situ amat indah, menampakkan pusat pesisir pantai Kotor dengan jelas.


Sempat buat promosi


Makan ikan hari ni.
View yang cantik


Bersantai sekejap sebelum solat di sini.


6. Di Bosnia & Herzegovina banyak pilihan sebab kami berpeluang berada di sini lebih lama iaitu tiga hari dua malam.

Di Blagaj, kami bertiga tidak melepaskan peluang makan ikan trout bakar, rugi jika sampai di sini tidak makan ikan trout dan kopi Bosnia. Dua hidangan ikan dan tiga hidangan kopi berjumlah 20 euro.


Ikan trout

Kopi Bosnia. Travelog Bosnia yang menceritakan pengalaman kembara
kami di Bosnia i Herzegovina pada tahun 2016 dengan berkereta.


Berpeluang kembali selepas 8 tahun, syukur.


Kami makan tengah hari sekali lagi di Mostar, kali ini kami makan cavepi. Roti yang dimakan bersama daging seperti sosej. Sebelum tu ada sup dan diakhiri dengan aiskrim. Yummy.

Sup

Sepatutnya daging diletak dalam roti macam poket tu.


Aiskrim


Menanti hidangan



Di Sarajevo


Cavepi memang kegemaran mereka.


Di Travnik, kami lunch di restoran berhampiran Plava Voda atau Blue Water.


Bergambar semeja dengan Puan Asmah, room mate Saffura.

Sup dulu

Daging dan ayam 

Pemanisnya adalah biskut yang disira dengan air gula. Tak boleh 
nak makan habis.


Rezeki dapat makan borek di hotel, sempadan antara Bosnia i Herzegovina
dan Croatia. Sedapnya.

Banyak makan kat sini.

7. Di Tirana, Albania pula kami makan cita rasa Turkiye.


Sup dan roti

Ada nasi.

Kedainya.



8. Di Zagreb, Croatia, kami menikmati makan tengah hari di kedai yang terletak di dalam bangunan masjid yang indah.


Sedpa saladnya

Nasi goreng dan yiga keping ayam panggang. Tak habis ayamnya.

Suasana di dalam kedai.

9. Ljubljana, Slovenia.

Kekenyangan.


Sosej daging dan ayam.

Tak terhabis nak makan daging je.

Kedainya.

10. Di Venice, Itali. Tiada lunch.

11. Penerbangan balik. Istanbul ke KLIA.

Sarapan

Lunch


Sampai Malaysia, macam-macam nak makan. 































 










































Memori Hari Raya Aidilfitri 1446H/2025M

BismillahirRahmanirRahim Syawal tahun ini sudah pun berlalu dua hari lepas, namun sambutannya masih berlangsung di ibu kota. Aktiviti open h...