Rabu, 22 Oktober 2025

Kisah Fauziah Abdul Hamid Dalam Mastika Online

BismillahirRahmanirRahim


Travelog Fauziah Abdul Hamid 

 









Rasa Dapur Kak Jee (426) - Masak Lemak Daun Ajinomoto sama Udang.

BismillahirRahmanirRahim



Pokok Ajinomoto semakin digemari kerana senang hidup, banyak khasiat dan sedap dimakan. Kaya dengan zat besi, kalsium, protein dan vitamin C. Cara memasaknya seperti pucuk ubi kayu, boleh dibuat masak lemak, tumis belacan, tumis air atau dibuat ulam cicah air asam atau sambal belacan.

Pokok Ajinomoto ni, KakJee tanam dalam pasu sahaja hanya dengan keratan batang yang diambil dari rumah abang ipar. Cepat sahaja tumbuhnya tanpa perlu banyak baja, sebenarnya tak sempat bagi baja pun.

Awas: Jangan terkena getah daun pada tubuh badan, akan menyebabkan gatal-gatal.


Pokok Ajinomoto


Kebetulan ada stok udang segar, jadi KakJee pun buat masak lemak. Memang best lah!
Jom tengok resipinya.

Resipi Mask Lemak Daun Ajinomoto sama Udang.
Daun Ajinomoto
1 mangkuk santan cair
1 mangkuk santan pekat
1 inci kunyit hidup
4-5 cili padi bersaiz besar
1 batang serai diketuk
1 helai daun kunyit
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Daun Ajinomoto direbus selama 10-15 minit. Buang airnya dan hiris ikut saiz yang disukai.
2.Kunyit hidup dan cili padi ditumbuk atau dikisar.
3.Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk yang sesuai. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga naik bau. Masukkan santan cair. Selepas mendidih, masukkan daun ajinomoto yang sudah direbus. Masak sehingga agak sebati dan masukkan udang serta daun kunyit dan garam.
4.Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih. perlahan. Jangan sampai pecah minyak. Tutup api.

Makan dengan nasi panas-panas, memang ngam.

Selamat Mencuba.




Khabar gembira!

Buku travelog KakJee yang kelapan sudah terbit. 
Alhamdulillah.










 

Kisah Fauziah Abdul Hamid Dalam Mastika Online

BismillahirRahmanirRahim Travelog Fauziah Abdul Hamid