Khamis, 1 Oktober 2015

Dapurku d'Riyadh (51) - Kuih Buah Melaka


Terliur melihat gambar Kuih Buah Melaka kiriman anak buahku, Wan Suhanis melalui messenger. Hani memang selalu ditugaskan menyediakan kuih Buah Melaka. Memang sedap. Aku pernah menyediakan kuih ini sekali semasa di sini. Disebabkan gula Melaka yang dijadikan inti buatan Indonesia agak pahit hasilnya agak mendukacitakan.

Aku teruja untuk membuatnya sekali lagi dengan bekalan yang aku bawa dari Malaysia baru-baru ini, Gula Melaka asli dari Melaka sebanyak 3 kilo masih belum disentuh. Daun pandan yang aku bawa dari kebunku pula sudah tinggal separuh, sebelum kering baik aku cepat-cepat menggunakannya. Kelapa parut sudahpun ada di dalam peti sejuk baru dibeli dari Lulu Hypermarket sebanyak 4 biji. Kuih Buah Melaka menjadi kegemaran di bulan puasa namun agak kelakar orang Melaka sendiri tidak sedar kewujudan kuih ini. Orang Penang pula yang menjadikannya popular. Lagi pula amat senang untuk menyediakannya.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan2nya:
2 cawan tepung pulut
Gula Melaka secukupnya - dihiris kecil2
Air daun pandan (Kisar halus daun pandan dengan air dan 
tapis kemudian masukkan beberapa titis Pewarna hijau)
Kelapa parut yang digaul dengan garam 

Cara Membuatnya:
1. Gaul tepung bersama air daun pandan sehingga terbentuk doh
     berwarna hijau.


2. Bentukkan bulat dan masukkan gula Melaka yang dihiris tadi.
    Buat sehingga habis doh.

3. Panaskan air sehingga mendidih. Masukkan buah Melaka yang
    telah dibentuk tadi. Masak sehingga kuih timbul (aku biarkan lama
     sedikit supaya gula larut)
4. Angkat dan toskan. Golekkan kuih atas kelapa parut. Siap untuk
    dihidangkan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...