Sabtu, 17 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (59) - Peria Goreng Telur


Peria menjadi hidangan pilihan setiap minggu. Ianya berkhasiat dan rasanya yang pahit pasti elok untuk kesihatan. Selalunya aku masak sambal peria ini. Sesekali mencuba masak peria bersama cili dan telur.
Mudah menyediakannya. Sedap dimakan bersama nasi.


Bismillahirrahmanirrahim

Bahan
Peria
Cili hijau dan cili padi 
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Ikan bilis (jika suka)
(cili,bawang dan ikan bilis dikisar)
2 biji telur
Sedikit serbuk lada hitam
Minyak dan garam

Cara Membuatnya:
1. Hiris nipis peria dan rendam sekejap di dalam air garam.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar, garam, lada
    hitam. Kacau sehingga berbau wangi.
3. Masukkan sedikit air dan peria. Biarkan sehingga peria
    masak dan  lembut.
4.Setelah agak kering, pecahkan telur dan kacau sehingga rata.



Rasa pedas menghilangkan pahit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...