Isnin, 29 Februari 2016

Travelog : Oh!Riyadh (93) - Piknik Di King Salman Praire Park


Piknik Di King Salman Praire Park

Aku dan Wan Salisa meneruskan hasrat untuk berpiknik di King Salman Praire Park pada 20 Februari 2016. Untuk memeriahkan suasana Wan Salisa mengajak beberapa rakan lain untuk bersama memeriahkan penghujung musim sejuk tahun ini. Alhamdulillah di dalam kesibukan, lebih sepuluh keluarga turut serta. Tiada acara istimewa sekadar makan-makan sambil berbicara sesama sendiri. Pertemuan sebegini begitu bermakna dalam mengeratkan persahabatan dan bertukar cerita. Anak-anak juga turut gembira dapat bermain sesama rakan  tempat yang luas dan selesa. Menu utama kami ialah Ayam BBQ sebanyak 15 ekor disediakan oleh Wan Salisa. Aku pula menyediakan 3 kg satay ayam (120 cucuk). Resepi di Dapurku D'Riyadh - Satay dan Kuah Kacang. Rakan yang lain turut membawa pelbagai juadah yang cukup menyelerakan. Semua berjanji akan bertemu ditempat yang dinyatakan pada pukul 9.00 pagi.

Siap sehari sebelum hari piknik
Aku dan keluarga bertolak dari rumah pada pukul 8.00 pagi dengan tujuan untuk mencari tempat yang sesuai. Kami agak terkejut kerana kebanyakan tempat yang strategik sudah dipenuhi dengan orang ramai. Kami terus mencari lokasi berdekatan dengan kawasan permainan kanak-kanak dan tandas. Keluarga Wan Salisa tiba tidak lama kemudian dan kami memilih tempat yang sesuai untuk berpiknik. Keluarga yang lain turut sampai ke tempat tersebut. Tidak susah untuk mencarinya kerana kami berada tidak jauh dari sebuah khemah hitam yang terletak di seberang jalan.


Mengherankan berpiknik di taman bagi yang tidak biasa.

Aktiviti membakar bermula

Kaum ibu makan dahulu
Nasi himpit, rendang daging dan kuih lopis

Cucur udang, kuih bom, kuih bakar pandan, pau dan
burger yang sangat laris
Maggi goreng yang menarik minat ramai.

Sedapnya kuih lopis nih.

Alhamdulillah akitviti membakar berjalan lancar. Ramai yang cukup ringan tulang.









Kaum ibu pula meneruskan aktiviti makan sambil berbual.


Keropok, salad dan kuih lompat tikam pun ada.









Yan, Zu, Kak Rahmah, Safiah , Barizah, Siti, Wan, Fauziah Agos dan Midah.

Dari kiri, Lina, Midah, Gee, Wan dan Cik Ah.

Nor Farhana menikmati satay.

Kaum lelaki menjamu selesa selepas penat membakar satay dan ayam.

Leka bermain.

Taman permainan menjadi pilihan anak-anak.

Tempat yang luas...dijadikan ruang untuk solat.
Selepas solat Zohor dan meneruskan aktiviti makan, kami pun mula berkemas.


Aktiviti membungkus makanan
Banyak makanan lebih untuk dibawa pulang.

Bersihkan semua

Selesai mengemas.
Ada yang mula meninggalkan tapak piknik

Sebelum balik, bergambar dahulu untuk kenangan. Moga aktiviti ini diberkati Allah dan persahabatan kekal di dunia dan akhirat.












Tema ungu tanpa dirancang.
Anak remaja - Farisha, Farhana, Saffura dan Sarah.



Pn Fariha dan kembarnya.







Bersama anak Pn Rahmah di kiri dan kanan
Zu, Siti, Wan Salisa dan Yan.

Nur Farhana, Saffura dan Sarah.


Gambar dari koleksi Saffura dan FB Wan Salisa.
Alhamdulillah.



                                                                                                                zias/riyadh/16

Ahad, 28 Februari 2016

Travelog : Oh!Riyadh (92) - Mukhayyam Tarbawi Riyadh

Mukhayyam Tarbawi Riyadh.


Telah berlangsung Mukhayyam Tarbawi pada 26 Februari 2016, hari Jumaat yang lepas. Program bermula seawal pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 malam. Mukhayyam yang diadakan setiap tahun ini dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Riyadh. Siswa-siswa dari universiti di Riyadh menyumbang bakti bagi melaksanakan program tersebut. Mereka sedang belajar di Universiti Imam, Universiti King Saud dan Universiti Princess Noura. Bakal-bakal ustaz yang masih muda ini juga turut sama menjadi tenaga pengajar bagi kelas Kafa yang diwujudkan oleh masyarakat Malaysia di Riyadh. Alhamdulillah, ramai yang menyumbang tenaga dan pelbagai sumber untuk memastikan program ini berjaya.


Keluarga yang menghantar anak-anak ke program ini diminta membawa kuih muih untuk sarapan pagi. Sarapan berat seperti nasi lemak disediakan oleh pihak penganjur. Majlis bermula dengan para peserta mendahului aktiviti sarapan pagi.

Cantik-cantik belaka

Kuih muih enak disediakan. Seri muka yang aku sediakan.

Ini pula makanan berat dan minuman
Ibubapa turut sama

Susah nak pilih sebab banyak sangat makanan
Makan-makan sambil berbual
Peserta yang lebih dewasa
Para peserta

Macam kenal je....Pn Amy 
Ibubapa pulang meninggalkan anak-anak untuk meneruskan kegiatan yang telah dirancang. Ada juga ibubapa yang terus tinggal di tempat program untuk membantu pihak pengurusan program. Ibu-ibu sibuk menyediakan lauk pauk untuk makan malam pula.

Antara penekanan yang akan diberikan sepanjang program ialah:
-Akhlak dan adab
-Kebergantungan pada Allah
-Bagaimana melihat nikmat
-Bakat kepimpinan
-Falsafah dalam setiap amal ibadat


Petugas memulakan sesi pagi
Hanya puteri sahaja
Kakak besar menjadi fasilitator
Bersedia untuk solat Jumaat di masjid berdekatan, di seberang jalan.
Lunch time

Sedapnya nasi Arab

Petang pula ada aktiviti riadah dan explorace.









Aktiviti di sebelah malam bermula dengan solat Maghrib berjemaah. Diikuti dengan makan malam secara potluck dan solat Isyak berjemaah. Terdapat dua program berjalan serentak selepas solat Isyak iaitu Malam Kesenian, Majlis Penutup dan Penyampaian hadiah serta Diskusi Ilmiah bagi ibubapa yang tidak menghantar anak ke Mukhayyam. Tidak ketinggalan kutipan dalam bentuk wang dari warga Riyadh untuk diberikan kepada pelarian Syria di Jordan. Sumbangan tersebut akan dibawa oleh pelajar Malaysia Riyadh ke Jordan semasa cuti pertengahan semester pada bulan Mac.

Bersedia untuk solat




Padang yang luas



Pelbagai kemudahan untuk menjalankan program

Khemah tempat aktiviti dijalankan

Saffura bersama Aqilah (Kak cik)






Selepas solat Isyak

Malam Kesenian, Majlis Penutup dan penyampaian hadiah bermula.

Juruacara mengendalikan majlis penutup
Persembahan dari para peserta
Penyampaian hadiah
Penonton comel bersama ibu, Pn Fariha

Kumpulan yang menjadi juara persembahan
Para peserta lelaki dengan petugas
Peserta perempuan pula
Istirahah tempat berlangsung program .
Koordinat : 24.814196,46.782652

Istirahah yang disewa berdekatan dengan Mercure Value Hotel( hotel berbentuk kapal) yang terletak di kawasan Granada. Terdapat banyak istirahah di kawasan tersebut dan suasananya begitu meriah terutama di waktu malam dengan pelbagai program persendirian.
Gambar-gambar yang dipaparkan ini termasuk dari group WhatsApp Family Riyadh.



Ramadan Mubarak 1445H/2024M

BismillahirRahmanirRahim   Assalamualaikum. Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadan dan ber...