Selasa, 13 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (56) - Bihun Sup Utara

Dikenali sebagai Bihun Sup Utara kerana warna bihunnya kuning. Supnya diperbuat dari daging. Ditabur dengan lobak masin yang digoreng. Tidak lupa sambal merah. Bila teringat pasti meleleh ayaq liuq haih.

"I dah tengok blog resepi Mak Su. Awat tak dak resepi Bihun Sup Utara?" Respon anak saudaraku, Syasya. Aku terpaksa mempromosikan Blog aku apabila ada yang meminta resepi nasi Kabsah yang aku sediakan sempena hari raya Aidil Fitri di kampung baru-baru ini.
"Belum buat lagi, tak dak lobak masin di Riyadh." Jawabku.


Keinginan untuk menikmati Bihun Sup Utara sudah tidak dapat ditahan lagi. Lagi pula sudah lama aku tidak menyediakan sup kambing seperti selalu. Ini disebabkan paras asid urik aku dan suamiku sudah melebihi paras normal. Semuanya gara-gara terlalu alpa dengan cengkaman nasi Arab....Laham Mandi dan Mutton Biryani. Setelah hampir dua bulan berpantang memasak kambing, hari ini pantang dilanggar. 

Sup Kambing

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Sup 
(Untuk semua jenis sup seperti ayam, kambing atau daging)

Bahan2:
715 g kambing segar
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
(1 biji bawang besar, 6 5 ulas bawang putih dan 1 1/2 inci halia dikisar)
Bakinya dihiris nipis
2 sudu besar rempah sup jenama Adabi
1/2 sudu besar rempah kurma jenama Adabi
1/2 sudu besar serbuk lada hitan
Daun bawang dan daun sup(ketumbar)
Penumis
Minyak
Garam

Cara Membuatnya:
1. Basuh daging kambing dan rebus dengan air sehingga daging lembut.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan penumis. Masukkan
    Bawang besar yang dihiris, goreng sehingga hampir garing. Masukkan
    halia dan bawang putih yang dihiris. Kacau sehingga garing.
3. Masukkan rempah sup,rempah kurma,ada hitam dan garam. 
    Kacau supaya sekata. Masukkan kesemuanya ke dalam rebusan 
    daging. 
4. Masukkan batang daun bawang(warna putih) yang dibelah dan
    batang daun sederi/sup ke dalam sup. Biarkan mendidih.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga mesra.
6. Masukkan sedikit hirisan daun bawang dan daun saderi ke dalam
    sup dan tutup dengan tudung periuk sebelum api dipadamkan.

Bihun Kuning

Bihun direndam di dalam air yang dicampur dengan kunyit selama
1-2  jam. Toskan airnya dan direbus dengan air seperti biasa.

Sambal Merah

1 senduk cili kering kisar
Sedikit cili serbuk (pilihan)
Garam
Minyak 

Panaskan minyak dan masukkan semuanya dan goreng sehingga
garing.

Untuk Orang Utara



Citarasa Orang Selatan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...