Isnin, 5 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (55) - Nugget Ayam


Resepi ini diambil dari Fb Rosmanita Fsi's album. Nugget ayam untuk bekalan sarapan sewaktu rehat Saffura di sekolah. Setiap hari aku perlu menyediakan bekalan untuk Saffura, terkadang kekeringan idea juga dibuatnya. Tiada kantin di Al Alameen Islamic School, jadi bekalan amat penting memandangkan waktu persekolahan sehingga pukul 1.00 tengahari. Nasi goreng, Spageti goreng, meehoon goreng , tortila , kentang goreng menjadi pilihan. Sesekali mencuba makanan segera dari dapur sendiri bagus juga, tak susah pun. Bersih, diyakini halalnya dan tidak ada pengawet tambahan. Bangga pula bila ada kawan Saffura yang bertanya resepinya.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Nugget Ayam

Bahan2:
2 cawan isi ayam (dikisar)
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu kecil gula
Garam
Serbuk roti

Cara Membuatnya:
1.Satukan semua bahan di atas dan gaul supaya rata kecuali serbuk
   roti.
2.Basahkan acuan dan bentukkan nugget ikut pilihan masing-masing.

3.Jika mahu kelainan boleh masukkan chess dan bentukkan bulat-bulat.
.
4.Salutkan dengan serbuk roti. 

5. Simpan di dalam peti sejuk untuk tahan lama dan digunakan bila-bila masa.



6.Goreng di dalam minyak sehingga masak/perang.
7.Hidangkan bersama sos kegemaran.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...