Khamis, 22 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh(61) - Roti Gulung Sosej


Resepi buat bekalan anak untuk ke sekolah. Juga untuk menghabiskan roti yang masih berbaki. Resepi berkaitan roti keping terpaksa dicuba supaya tidak membazir. Sosej dijual dengan banyaknya di pasaraya sekitar Riyadh. Pelbagai jenama dan saiz, ada yang segar dan ada yang sejuk beku. Sesekali membelinya dan jenama yang menjadi pilihan mestilah yang mempunyai tanda Halal. Seperti Sunbulah, kali ini kami cuba jenama Al Kabeer pula. Selain diguna untuk menyediakan piza dan makaroni. Aku mencuba pula roti gulung berisi sosej.



Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
 5 keping roti 
10 ketul sosej 
Serbuk roti secukupnya
1 biji telur 
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Roti dibuang kulit dan dipotong dua. Gelek dengan Roller.
2. Masukkan sosej yang telah dinyah beku ke atas roti. Gulung
   dan lekatkan dengan telur.


3. Salutkan roti tersebut dengan serbuk roti.


4.Goreng dengan minyak yang banyak menggunakan api yang
   sederhana.


Boleh dimakan bersama ulam.
Ulam ini yang popular di kedai Nasi Bukhari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...