Selasa, 11 Jun 2019

Rasa Dapurku (311) - Rendang Ayam 3

BismillahirRahmanirRahim



Kali ini aku nak berkongsi resepi rendang ayam yang sedap dan mudah disediakan. Resepi ini juga boleh digunakan untuk menyediakan rendang daging. Diberi oleh oleh seorang sahabat bernama Kak Sal. Sesuai untuk dimakan bersama pulut kuning, ketupat, nasi himpit, lemang, roti jala atau nasi. Sedap sangat untuk dihidangkan sempena hari raya.

Resepi Rendang Ayam 3
Bahan2:
2 ekor ayam
1 kilogram bawang merah - hiris
3 labu bawang putih - hiris
4 inci halia - hiris
4 inci lengkuas - tumbuk
2 inci kunyit - tumbuk
4 batang serai - titik
4 senduk cili kisar (boleh tambah jika mahu pedas)
Kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
2 biji santan kelapa
2 biji kerisik
2 keping asam keping - ikut rasa
garam
gula (tak letak)
Daun kunyit  - hiris

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan hiris dan serai. Kacau hingga wangi.
2.Masukkan cili kisar, lengkuas dan kunyit. Kacau hingga cili garing.
3.Masukkan ayam dan gaul. Biar sehingga ayam kecut. Jika kering tambah santan cair 
supaya ayam mudah masak.
4.Masukkan santan dan masak dengan api perlahan. 
5.Masukkan kerisik, garam, asam keping dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah kering dan pecah minyak. Masukkan daun kunyit sebelum tutup api.


Rabu, 5 Jun 2019

Salam Aidilfitri 1440H



BismillahirRahmanirRahim

Menjamu selera di pagi hari raya

Ramadhan sudah berlalu pada tahun ini, tentu sedih rasanya. Semoga kita dapat bertemu lagi pada tahun depan. Alhamdulillah diberi peluang menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini. Pun begitu sambutannya terasa tidak sempurna kerana kami tidak meraikannya di kampung halaman.

Saffura masih lagi berperang dengan peperiksaan IGCSE yang bermula pada 2 Mei 2019 dan akan berakhir pada 12 Jun 2019. Hari raya ke 3 pula ada kertas Chemistry. Jadi kami mengambil keputusan untuk meraikan hari yang mulia ini di rumah sahaja.

Supaya sambutan tidak terasa hambar, kami menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Putra, Putrajaya. Mahu merasa kegembiraan dengan pelbagai bangsa di sana. Seawal pukul 7.15 pagi kami bertolak. Deretan bas yang membawa pekerja yang terdiri daripada warga Indonesia dan Bangladesh agak banyak.

Kenderaan mulai beratur panjang di simpang masuk bangunan Jabatan Perdana Menteri. Kami parkir kereta jauh sedikit dari dataran masjid, di belakang bangunan Jabantan Perdana Menteri. Ketika berjalan kaki menuju ke masjid, kiri  dan kanan kami, lebih ramai rakyat asing berbanding warga tempatan. 

Takbir berkumandang ketika kami melewati ribuan umat Islam yang sudah berada di perkarangan masjid. Kami berjaya mendapat ruang solat di dalam masjid yang begitu selesa dengan penghawa dingin. Berdekatan dengan kami ada beberapa orang wanita Arab bersama dengan anak-anak yang berpakaian cantik. Terasa seperti di Arab Saudi! Ya....begitu ramai saudara dari negara Timur Tengah terutama dari Yaman.




Merenung kubah masjid nan indah sementara bertakbir raya

Solat dan khutbah berjalan lancar tepat pada pukul 8.30 pagi tanpa ada VIP. Pun begitu di bahagian hadapan ruang solat kelihatan agak sesak apabila orang ramai mahu bergambar dengan tokoh terkenal iaitu Dr Zakir Naik. Ramai jemaah terutama kaum wanita yang keluar usai solat tanpa mendengar khutbah terutama orang Arab, tak faham kot.

Suasana ketika keluar dari masjid


Ramainya

Ambil gambar kat tepi je, tak boleh masuk ke bulatan
Panasnye



30 minit kami menunggu giliran untuk keluar dari kawasan parkir namun tidak ada tanda-tanda untuk dapat berbuat demikian. Perut sudah terasa lapar. Mujur aku sudah bawa bekalan dengan harapan untuk berkelah di Taman Botani sambil melihat pemandangan Sri Perdana. Akhirnya kami menikmati jamuan hari raya tidak jauh daripada kediaman Sri Satria.

Ketupat palas, ketupat nasi, rendang ayam, kuah kacang, lodeh dan kari ayam.

Masjid Putra, Putrajaya

Kediaman Timbalan Perdana Menteri

Ya Allah kurniankanlah kejayaan yang cemerlang kepada Saffura dalam IGCSE. Aamiin.



Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...