Jumaat, 22 Julai 2016

Travelog : Oh ! Riyadh (123) - Pindah Hotel Lagi




Tumpuan rakyat Malaysia

2 Syawal 

Restoran D'Saji sememangnya menjadi pilihan rakyat Malaysia termasuk kami. Jika berada di Mekah, sekurang-kurangnya sekali sehari kami akan ke sini. Ramai rakyat Malaysia memilih untuk menginap di Safa Tower yang memiliki tiga jenis hotel itu walaupun harganya terkadang lebih mahal dari hotel lain di sekitarnya. Al Safwah Royale Orchid, Dar Al Eiman Hotel dan Dar Al Ghufran Hotel terletak di Safa Tower dan dekat dengan King Abdul Aziz Gate yang sedang dibina semula. Jika tinggal di Safa Tower, lebih mudah untuk kami singgah dan makan di sini. Jika mahu berjumpa dengan warga Malaysia, di sinilah tempatnya iaitu sekitar D'Saji. Hari ini suasana tidak seperti hari-hari sebelumnya. Tidak perlu lagi menunggu untuk mendapat tempat duduk dan makan di situ. Selepas makan kami jalan-jalan di bangunan Clock Tower pula, abaya dijual dengaan harga yang murah, mencabar betul. Sepasang abaya ditawarkan serendah SR35 sehelai untuk abaya yang biasanya dijual lebih SR70 sehelai. 


Sedap juga


Licin....




Pelbagai jus buah-buahan di gerai berhampiran


Malamnya selepas solat Maghrib kami menaiki teksi untuk ke Taneem bagi berniat mengerjakan umrah. Sudah lama kami tidak ke Taif semenjak kami tinggal di Riyadh. Biasanya kami mengerjakan umrah sekali sahaja setiap kali ziarah ke Mekah. Disebabkan kami berada di Mekah dalam tempoh yang agak lama kali ini, jadi kami berpeluang mengulanginya. Bayaran SR25 sehala dikenakan untuk kami bertiga dengan menaiki teksi. Masjid Ayesha disimbahi cahaya lampu, kawasan berumput sekitarnya dipenuhi orang ramai untuk berkelah. Di dalam masjid, orang ramai menanti untuk Solat Isha' berjemaah sebelum berniat mengerjakan umrah. Kami kembali ke MasjidilHaram dengan menaiki Bas Saptco dengan bayaran 2 rial seorang. Tiket dijual berhampiran dengan kawasan bas menanti penumpang. Bas agak banyak dan ianya terus bergerak apabila dipenuhi orang ramai. Malangnya bas yang kami naiki tidak berfungsi penghawa dinginnya....kepanasanlah kami apabila bas berhenti beberapa kali akibat kesesakan lalu lintas mendekati MasjidilHaram.

Masjid Ayesha 

Tanah halal yang paling dekat untuk berniat umrah


Jangkaan kami di malam Jumaat pasti ramai orang di dataran Kaabah. Namun.. Alhamdulillah suasana agak tenang dan kami menghabiskan tawaf dalam masa setengah jam. Selepas selesai umrah kami berehat di sekitar dataran Kaabah sambil bergambar. Tidak pernah terfikir pada masa lalu di mana tetamu Allah boleh bergambar di depan Kaabah seperti sekarang. Dataran Kaabah kembali menjadi medan yang luas dan lapang, tidak seperti sebelumnya. Kehadiran mataf sementara yang dibina suatu masa lalu banyak mengubah suasana di dataran Kaabah tanpa menafikan kemampuannya memudahkan urusan tawaf. Mataf sementara tersebut dibina pada tahun 2013, tahun kami berhijrah ke Riyadh. Syukur dapat melihat suasana seperti asalnya sebelum kami kembali ke tanah air.

Sentiasa indah dipandang


Tangga sekarang lebih tinggi berbanding dengan tangga lama.
Febret aku duduk di tangga

Ramai yang duduk-duduk sahaja di depan Kaabah






3 Syawal

Awal pagi suamiku mengambil kereta kami yang diletakkan di Kudai Parking dan ke Hotel Al Shohada untuk urusan checkin.  Ketika ini harga hotel kembali normal, banyak pilihan pula. Pengalaman tiga hari tinggal di Hotel Hilton sudah mencukupi. Tidak disangka oleh kami hotel lima bintang tersebut menjadi pilihan ramai warga dari negara Nigeria. Terdapat juga pakej umrah dari Turki dan Indonesia yang menetap di sini selain warga tempatan. Ini merupakan kali ketiga kami memilih Hotel Shohada. Harganya lebih murah ( kali ini SR1578.36 untuk tiga malam), ada disediakan sarapan pagi yang mewah dan tempat meletak kereka percuma. Jaraknya dari MasjidilHaram adalah sekitar 866 km dan terletak di Ajyad Street. Tidak berapa pasti berapa bintangnya namun layanan yang diberi menyamai hotel lima bintang. Terbaik adalah sebakul buah-buahan untuk hari pertama masuk ke bilik hotel. Cuma tidak disediakan coffee corner tetapi boleh diminta.


Kanak-kanak dari Nigeria ini selalu kami jumpa di dalam lif di Hilton
Hotel. Konfiden aje telatahnya.

Depan lif  Hotel Al Shohada pun cantik deco2nya


Kali ini Bilik 812



Sarapan pagi memang best!Banyaknya aku makan...huhuhu

Malamnya kami ke Clock Tower, kami ke Tingkat 9 untuk melihat pemandangan MasjidilHaram dari surau wanita yang terletak di situ.. Diberitakan oleh kawan-kawan bahawa kita boleh melihat Kaabah dari surau tersebut. Malangnya ianya sudah ditutup. Suamiku pula ke tingkat 10 di mana terdapat surau untuk lelaki yang masih dibuka lagi. Malangnya Kaabah tidak dapat dilihat dari situ disebabkan kerja-kerja pembinaan disekeliling MasjidilHaram. Di tingkat 11 pula terdapat Hotel Zamzam Pullman yang juga popular di kalangan warga Riaydh. Kami ke Food Court di Clock Tower. Lama juga kami tidak ke situ kerana lebih selesa ke Safa Tower yang  lebih dekat.

Berdekatan surau lelaki terdapat Exhibition and Viewing Deck
Suasana ruang niaga dan food court di Clock Tower


Try Ayam Goreng AlHanim pula. Macam2 jenama ada.


Jualan murah berhampiran Hotel Al Shohada. Biasanya
berlangsung selepas solat ketika di dalam perjalanan
pulang ke hotel.





zias/riyadh/16

Travelog : Oh! Riyadh (122) - 1 Syawal di MasjidilHaram

Antara juadah yang diberi di MasjidilHaram

Kami berazam untuk keluar awal bagi mendapatkan tempat duduk di dalam MasjidilHaram dan terus bersolat Hari Raya Aidil Fitri. Setelah mandi sunat sempenan Aidil Fitri dan berpakaian baru, kami keluar dari bilik hotel. Pukul 2.00 pagi, suasana di Tingkat Satu MasjidilHaram sudah dibanjiri tetamu Allah. Mengherankan sekali dengan kehadiran kanak-kanak yang berpakaian cantik dan bergaya sebelum masuk waktu subuh. Tidak ada tanda-tanda mereka mengantuk, wajah mereka penuh keriangan , berjalan ke sana ke mari menegur sesama sendiri. Kenalan atau jiran agaknya. Waktu subuh di Mekah lewat dua puluh minit berbanding dengan waktu solat di Riyadh. Sekitar pukul 4.15 pagi, baru masuk waktu subuh di Mekah. Pasti kanak-kanak yang begitu ramai di depan kami tidak tidur malam tadi seperti kebiasaannya di bulan Ramadhan. Bayangkan mereka sudah ada di dalam masjid sebelum pukul 2 pagi. Pasti tidak berlaku di tempat lain.

Berpakaian lengkap.


Selepas Solat Subuh, Takbir Raya berkumandang tanpa henti. Takbir Raya di sini tidak berlagu seperti di Malaysia yang membolehkan kita merasa sedih apabila melayani pelbagai kenangan silam. Takbir berakhir sebaik sahaja selesai Solat Hari Raya Aidil Fitri. Kehadiran kanak-kanak yang berpakaian cantik lengkap dengan segala aksesori seperti kasut, rantai, gelang, hiasan rambut dan tas tangan. Semuanya comel-comel belaka. Selesai Solat Subuh, aktiviti memberi hadiah bermula. Ramai yang memberi hadiah seperti coklat, gula-gula, manisan Arab, makanan ringan, gelang tangan, rantai, tudung dan sebagainya. Orang-orang dewasa juga turut sama meminta hadiah-hadiah tersebut dari penderma sehingga kadang kala berlaku suasana yang hiruk pikuk. Ada yang meminta lebih dari satu sehingga menimbulkan rasa marah sang pemberi. Aku dan Saffura tidak berganjak dari tempat duduk kami sekadar memerhati. Kami menghayati laugan Takbir Hari Raya yang tidak berhenti-henti dan merdu itu.

Tambah kapsyen

Minuman seperti gadwa dan teh turut diberikan bersama manisan lain. Coklat paling banyak diedarkan oleh mereka yang hadir di situ. Solat Hari Raya Aidil Fitri dimulakan pada pukul 6.00 pagi diikuti dengan khutbah khas sempena hari raya. Aku terlupa untuk membawa headphone, jadi sudah pasti apa yang dikhutbahkan tidak kami fahami walaupun ianya dialihbahasa kepada Bahasa Indonesia. Usai khutbah, kanak-kanak tersebut datang kepada kami dan yang lain untuk bersalam. Bagus betul adab mereka bersalaman dengan semua orang sambil mengucapkan Eid Mubarak.

Berhampiran D'Saji
Kami terus keluar dari MasjidilHaram untuk ke D'Saji bagi menjamu selera di pagi Hari Raya. Di depan restoran tersebut kelihatan beberapa orang kaki tangan D'Saji yang berpakaian Melayu dan bersongkok. Seperti biasa tiada meja yang kosong, jadi kami perlu menunggu untuk mendapat giliran duduk dan makan di situ. Meja yang terletak di bahagian hadapan sekali berhampiran D'Saji kelihatan diduduki oleh beberapa orang VIP. Suasana agak sibuk dan kecoh di situ disebabkan aktiviti bergambar. Rupanya terdapat selebriti Azwan Ali yang mencuri perhatian orang ramai.  Ramai yang sibuk mahu bergambar dengan beliau dan kebanyakan para jemaah yang kelihatan di situ datang melalui pakej Andalusia. Suasana menjadi bertambah riuh rendah apabila muncul Pelawak Zizan dengan pakaian Arabnya. Kali ini, mereka bergilir-gilir bergambar dengan Zizan pula.
Pelawak Zizan dan peminat

Memang ramai rakyat Malaysia ketika itu yang sedang menjamu selera dan berbual mesra. Sehingga ada yang duduk terlalu lama di meja tertentu, mereka dalam kumpulan yang ramai, mereka makan, berbual dan bergambar tanpa rasa bersalah sedangkan ramai lagi yang belum berpeluang duduk dan makan di situ. Aku terus membeli beberapa juadah yang dijual setelah mendapat meja dan kerusi dari tiga orang warga Afrika yang baru  selesai makan satay dari D'Saji  Sebenarnya kami turut menanti rakan dari Riyadh untuk bersama kami menjamu selera. Malangnya Wan Salisa, Dr Fauzi dan keluarganya tidak muncul-muncul setelah habis makanan di depan kami. Kami tidak boleh terus duduk kerana sudah ada yang menunggu giliran. Lebih satu jam kemudian barulah lapan beranak tersebut muncul dan kami menunggu hampir 30 minit untuk mendapatkan meja dan kerusi. Sayangnya semua hidangan khas hari raya sudah habis, hanya roti canai dan bihun goreng menjadi habuan mereka. Lama juga kami berada di situ sehingga pukul 11.30 pagi.



Juadah di pagi raya. Set Satay 5 cucuk, Ketupat Palas 5 biji,
Lodeh dan Rendang daging...RS50. Kuih raya pelengkap suasana

Sumayyah tidur dengan nyenyak tanpa hirau suasana
bising sekeliling

Bersama keluarga besar  Pn Hjh Wan Salisa. 

Peluang berbual panjang

Suasana mulai tenang

Suasana sekitar MasjidilHaram begitu berbeza pada petang 1 Syawal. Warga tempatan pulang meraikannya di rumah masing-masing. Tinggal tetamu Allahdari negara lain yang masih berbaki.


Hilang suasana sesak dan padat selama ini.
Sewaktu Solat Asar...terasa kehilanagan...

Bersambung.....

zias/riyadh/16

Travelog : Oh ! Riyadh (121) - Suasana Malam Raya di MasjidilHaram



Jarak hotel yang begitu dekat dengan MasjidilHaram membolehkan kami ke masjid pada bila-bila masa sahaja. Nikmat betul apabila dapat duduk berdekatan dengan masjid. Suasana sekitar dataran MasjidilHaram dipenuhi  para tetamu Allah yang mula memenuhi ruang duduk untuk berbuka puasa. Plastik khas dibentangkan untuk diletakkan juadah berbuka puasa. Kotak kecil berwarna hijau yang mengandungi kurma, minuman dan sebagainya diedarkan di kawasan tertentu sahaja. Mungkin untuk mengelakkan dari kejadian berebut di kalangan mereka. Kami tidak ada rezeki untuk mendapatnya. Hari ini merupakan Ramadhan terakhir bagi tahun 1437H.


Menanti saat berlalunya Ramadhan...

Hotel Hilton...kelihatan resort di kiri kanannya yang
berharga melebihi SR20,000 untuk satu malam. Tingkat
yang ada cermin besar adalah surau untuk lelaki di tingkat 5.

Walaupun berjaya masuk ke dalam MasjidilHaram tetapi tiada ruang
kosong lagi...terpaksa duduk di laluan sahaja. 

Tiada Takbir Khas Hari Raya seperti di Malaysia selepas Solat Maghrib. Suasana seperti biasa sehingga berlalunya Solat Isha'. Sewaktu hendak keluar dari bangunan MasjidilHaram, tumpuan orang ramai beralih kepada Menara Jam di mana pancaran cahaya berwarna biru kelihatan. Semua yang hadir mahu melihatnya sehingga laluan keluar menjadi agak sesak dan terpaksa dikawal oleh petugas keselamatan.


Cahaya biru dipancarkan

Orang ramai mula bersurai

Ramai yang mahu mengambil gambar buat kenangan
Kami ke atas roof top untuk melihat suasana di dataran Kaabah di malam hari Raya.

Perkataan Eid Mubarak dipaparkan di Menara Jam

Ruang solat untuk wanita di roof top
Pemandangan lebih luas di sini

Ramai yang masih belum meninggalkan masjid


Kelihatan Istana Safa di belakang.

Sisi lain...Kelihatan Hotel Hilton. Menjadi petunjuk untuk
mudah mencari jalan keluar dari MasjidilHaram


Pemandangan dari bumbung MasjidilHaram.Tengok Kaabah
pun dapat pahala.

Tiada lagi mataf sementara...tinggal sejarah. Berlatarkan
bangunan baru atau King Abdullah Gate di belakangnya.
Selfie di malam Hari Raya

Bersambung.....


zias/riyadh/16






Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...