Jumaat, 8 Disember 2017

Rasa Dapurku (260) Rendang Ayam 2




BismillahirRahmanirRahim




Sudah 3 kali rendang ini dibuat....memang sedap. Lebih enak apabila dimakan dengan roti jala mengalahkan kari ayam pula. Resepi ini diberi  Pn Norliza Ghazali, seorang sahabat guru.

Aku mengikut semua bahan-bahan yang diberi dalam resepinya kecuali gula. Lebih banyak kerisik lebih sedap rasanya. Mudah aje membuatnya.

Resepi Rendang Ayam 2
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
6 batang serai*
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2-3  kunyit hidup*
Semua bahan* dikisar
2 senduk cili kering yang dikisar (boleh tambah
cili padi jika suka)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
Santan dari 1 biji kelapa
2 helai daun kunyit
4-5 sudu besar kerisik segar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:
1.Panaskan kuali bersama minyak masak. Masukkan bahan kisar, cili kering,
   jintan putih dan jintan manis. Kacau sehingga naik bau.
2.Masukkan ayam dan kacau lagi sehingga pecah minyak.
3.Masukkan santan dan garam. Biarkan sehingga agak pekat dan ayam masak.
4.Masukkan kerisik dan daun kunyit. Perlahankan api dan biar sehingga pecah minyak.

Versi terlebih kerisik


Rasa hampir sama walau rupa berbeza.

Rabu, 6 Disember 2017

Rasa Dapurku (259) - Mee Kuah



BismillahirRahmanirRahim



Mudah dimasak dan sedap dimakan.

Resepi Mee Kuah ini diambil dari FB Viral Oh Viral. Lebih mudah untuk menyediakannya berbanding Mee Rebus. Resepi asal menggunakan ketam dan udang namun aku tidak masukkan kerana berpantang. Rasanya tetap sedap!

Resepi Mee Kuah
Bahan2:
300 gram daging dipotong ikut rasa (boleh guna ayam)
4 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tomato
500 gram keledek/kentang direbus dan dikisar
1 cawan kacang tanah, dibakar dan dikisar halus
Garam secukup rasa
2-3 sudu besar cili kering kisar(atau 10 biji cili kering)*
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4-5 biji cili padi*(pilihan)
bahan * dikisar halus
1 liter air

Untuk hidangan
1 bungkus mee kuning, direbus dan ditoskan
Tauhu goreng dipotong dadu
Hirisan daun bawang dan daun saderi/sup
Tauge yang dicelur
Hirisan cili merah dan cili hijau
Bawang goreng
Telur rebus

Cara Membuatnya:
1.Panaskan sedikit minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan bahan kisar dan
   kacau sehingga naik bau dan pecah minyak.
2.Masukkan hirisan daging dan kacau. Masukkan sos cili, sos tomato dan garam.
3.Masukkan air, kacau dan biarkan mendidih. Masukkan ubi keledek dan kacang tanah.
4.Biarkan sehingga kuah menjadi agak pekat dengan menggunakan api perlahan.
5.Hidangkan bersama bahan lain.

*Jika guna udang, kulit udang dan kepala udang hendaklah dibersihkan dan direbus
  dengan air. Kisarkan semuanya bersama-sama dan ditapis untuk mengambil airnya.
  Masukkan ke dalam kuah (langkah 3)
   


Isnin, 4 Disember 2017

Travelob : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (25) - Zbogom ( Good Bye) Sarajevo.


 Zbogom ( Good Bye) Sarajevo. 





Sarajevo masih dilitupi kabus tebal di hari terakhir. Salji juga belum turun walaupun sudah dipenghujung bulan Disember.



Kami menuju ke Lapangan Terbang Sarajevo setelah kereta diisi penuh dengan bahan pembakar sebelum diserah kepada syarikatnya.



Suasana di dalam lapangan terbang Sarajevo

Ruang solat yang selesa.

Snow di kawasan pergunungan Sarajevo 

Tidak berani makan rotinya.

Ibu kota Serbia dari atas kapal terbang

Transit yang agak lama .

Perjalanan yang panjang. Sarajevo - Zagreb - Abu Dhabi - Kuala Lumpur.

Alhamdulillah selesai sudah Travelog Bosnia & Herzegovina setelah hampir setahun lamanya. Terima kasih kepada yang sabar menanti dan sudi membaca.

Nantikan kelahiran bukunya pula. InshaAllah.


zias/Bosnia/17

Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (24) - Malam Terakhir Di Sarajevo


Malam Terakhir Di Sarajevo





Wang kertas Malayisa pun ada




Banyaknya nak beli

Jatuh hati dengan kopi Bosnia






Nak cuba makanan lain pula di Stakl



Laparnya...


zias/Bosnia/17




Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (23) - Tunel Spasa, Sarajevo.


 Tunel Spasa, Sarajevo







Jumpa orang kampung


Penuh kesan tembakan


















Replika laluan yang digunakan











 zias/Bosnia/17


Sabtu, 2 Disember 2017

Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (22) - Sarajevo City Centre


Sarajevo City Centre



Masjid King Fahd Sarajevo



Kesan tembakan masih kelihatan di bangunan.



Sunyi aje







Berjalan di sekitar Sarajevo City Centre sambil mencari bank untuk menukar wang.

Bangunan tertinggi di Bosnia & Herzegovina - Avaz Twist Tower



Pusat membeli belah terbesar di Sarajevo











Hotel milik warga Arab Saudi

Terletak di Ilidza

zias/Bosnia/17

Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (21) - Kampung Ahmici


Kampung Ahmici






Imam Masjid Ahmici , Saudara Maher.

Masjid Ahmici

Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (20) - Plava Voda, Travnik




Plava Voda, Travnik

















Selepas puas  kami berlalu untuk melihat kawasan sungai tidak jauh dari kawasan parkir kereta.  Tanpa diduga kami terjumpa  Madrassah Elci Ibrahim-Pasha yang terkenal itu. Sempat kami masuk ke dalamnya, kelihatan  beberapa pelajar sedang bermain ping pong. Pelajar sekolah tinggi rasanya kerana mereka bersaiz besar seperti pelajar kolej.






Sempat masuk ke dalam bangunan sekolah


 Akhirnya dapat juga merasa kambing golek yang cukup terkenal di Bosnia & Herzegovina.


1 kilogram 25KM, harga kambing bakar yang dipesan. 











zias/Bosnia/17

Jumaat, 1 Disember 2017

Travelog : Sesejuk Bosnia & Herzegovina (19) - Travnik Castle, Travnik





Menghampiri Travnik Castle







Ketika berada di sini, terdengar deruan air yang sangat kuat, Apakah itu?





Bangunan ini dijadikan muzium


Ada 2 tingkat






zias/Bosnia/17





Isnin, 20 November 2017

Rasa Dapurku (258) - Kuih Seri Muka Durian




BismillahirRahmanirRahim



Hujung minggu lepas berpeluang pulang ke kampung. Rezeki ada durian sesat di kebun durian Almarhum Ayahanda. Aku yang sudah sekian lama berhasrat untuk mencuba resepi seri muka durian mengambil peluang yang ada. Kebetulan rata-rata saudara di kampung tidak pernah merasainya.

Setelah melihat beberapa resepi di blog dan Fb, aku tidak begitu yakin mampu menghasilkan seri muka yang sedap dan cantik. Rasa malas pula walaupun kebanyakan bahan mentah sudah ada di dapur dan pulut sudah direndam. Mahu tidak mahu aku memaksa diri untuk mencuba dengan berpandukan resepi seri muka yang sedia ada di dalam blog ini. Hanya aku menambah isi durian sahaja.

Hasilnya memang amat membanggakan. Semua yang berpeluang merasa kuih seri muka durian begitu bahagia sekali. Syukur Alhamdulillah kerana aku mampu hasilkan resepi sendiri. Cubalah memang tidak rugi untuk membuatnya sedap rasanya memang cun.

Resepi Kuih Seri Muka Durian
Bahan2:

Bahagian bawah (pulut)
2 cawan pulut susu direndam dengan air 4 jam dan ditoskan
Santan sederhana pekat yang dicampur dengan sedikit garam

Bahagian atas (kepala)
2 cawan santan pekat 
3 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula putih
1 cawan isi durian
Sedikit garam
Pewarna kuning secukupnya

Cara Membuatnya:
1.Masukkan pulut ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang atau plastik
2.Masukkan santan sehingga sama paras dengan pulut, jika lebih sedikit pun boleh,
3.Kukus sehingga pulut masak. Keluarkan dari pengukus dan tekan pulut dengan
   sudu atau senduk supaya padat. Ketepikan.
4.Kisar tepung bersama santan pekat,  dan telur sehingga sebati dan tapis.
5.Kisar isi durian bersama adunan (4) sehingga halus.
6.Masukkan adunan ke dalam sebuah kuali atau periuk. Masukkan gula, garam
   dan pewarna. Panaskan sambil dikacau adunan sehingga pekat.
7.Tuangkan ke dalam loyang yang berisi pulut. Kukus selama 30 minit atau sehingga 
    masak.
8.Biarkan beberapa jam supaya betul-betul sejuk untuk mudah memotongnya.
      


Cantik sehingga tidak percaya ianya menjadi sebab itu
dicucuk beberapa kali ...hahaha

Sekali buat 2 loyang daaa.

Suasana kampung yang menyegarkan

Ahad, 29 Oktober 2017

Rasa Dapurku (257) - Kuey Teow Goreng Kicap


BismillahirRahmanirRahim

Hitam dipandang namun sedap bukan kepalang!

Tetiba teringin nak masak kuey teow goreng seperti yang selalu dimakan di kantin. Mana-mana kantin baik di sekolah atau di pejabat, hitam aje warna kuey teow gorengnya.

Lebih seronok apabila ada kuey teow yang halal dan toyibban berjenama Che Halimah Omar (Kak Mah). Dapatlah selalu masak kuey teow. Mudah dimasak terutama sewaktu kecemasan. 

Resepi Kuey Teow Goreng Kicap
Bahan2:
1 bungkus kuey teow Kak Mah
1 mangkuk tauge dibersihkan
Sedikit daun kucai/sawi dipotong
Bebola ikan dipotong
1 biji telur
2-3 sudu besar cili kering kisar
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil sos ikan (jika ada)
Sedikit lada hitam
Kicap secukupnya (ikut selera)
Garam secukupnya
Sedikit minyak masak
* boleh tambah udang, sotong, ayam atau daging.

Bahan kisar
1/2 biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan kisar dan goreng
   sehingga wangi.
2.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing. Masukkan lada hitam,
   minyak bijan, garam, kicap, sos ikan dan bebola ikan. Kacau rata.
3.Masukkan kuey teow dan kacau sehingga rata.Masukkan air jika perlu
   atau jika terlalu kering.
4.Masukkan telur di bahagian tengah, biarkan sekejap dan kacau biar 
   hancur telur. Kacau bersama-sama dengan kuey teow. Masukkan
   daun kucai/sawi dan kacau sehingga masak.
5.Akhir sekali masukkan tauge, kacau sekejap sahaja dan angkat.Jika
   kurang kicap boleh ditambah lagi dan gaul rata.
6.Hidangkan ketika panas...nyum...nyum.


   

Iftar Ramadan Di Klana Beach Resort Port Dickson

BismillahirRahmanirRahim Alhamdulillah berpeluang menikmati pelbagai hidangan sewaktu berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson berta...