Sabtu, 11 September 2021

Rasa Dapur KakJee (400) - Pide Turki



BismillahirRahmanirRahim

Ni kes tak sabar nak makan. Ambil gambar pun tak elok...hihi.

Roti Pide ni memang popular dan biasa KakJee makan di Istanbul dan Arab Saudi. Kini, ianya mudah dibeli kat sekitar Kuala Lumpur. Terutama di kedai makan Turki dan Arab. 

KakJee dapat idea untuk buat Pide ini selepas menonton rancangan masakan yang kian KakJee gemari iaitu Wilderness Cooking melalui YouTube. Sebelum ni Country Life Vlog menjadi pilihan KakJee sepanjang minggu. Keduanya berlatarkan negara Azerbaijan.

Rasa macam tak susah untuk disediakan. Sama seperti menyediakan pizza. Cuma yang berbeza ialah bentuknya dan intinya sahaja. Jom try.

Resipi Roti Pide Turki

Bahan-bahan:

3 1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak zaitun
11 g yis kering
1 sudu kecil gula @ madu
1/2 cawan air suam
1 sudu kecil garam

Cara Membuat:
1.Tepung diayak dan dimasukkan ke dalam sebuah bekas.
2.Yis, gula @ madu dimasukkan ke dalam air suam, kacau dan
    biarkan yis aktif.
3.Buat lubang di tengah tepung dan masukkan minyak zaitun.Kacau.
4.Masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit dan uli sehingga tidak
   melekat.
5.Sapukan dengan sedikit minyak zaitun pada doh dan perap doh
   supaya naik sekali ganda.Tutup dengan kain.


Inti 
1 mangkuk daging kisar *
1 biji bawang Holland*
1 biji buah tomato*
2 ulas bawang putih*
1 biji lada benggala hijau*
1 biji lada benggala merah*
2 tangkai daun ketumbar*
1 sudu besar tomato paste
1 sudu kecl serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk paprika
Garam secukupnya
Minyak zaitun

1.Kisar semua bahan bertanda *. Apabila sebati campurkan bahan-bahan lain kacau sehingga rata.
2.Panaskan minyak dan masukkan inti tadi. Kacau sehingga masak. Sejukkan.

Cara Membuatnya:
1.Selepas doh membesar dua kali ganda, tumbuk2 doh untuk buangkan angin. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, ikut saiz yang dikehehendaki. Canaikan untuk jadikan leper dan memanjang.
2. Ambil garpu dan cucuk2 pada  permukaan pizza. Letakan inti dan ratakan.


3.Bentukkan bahagian tepi kulit supaya berbentuk seperti di bawah. Letakan cheese monzarella jika suka. Sapukan minyak zaitun di bahagian kulit.


4.Bakar pada suhu 180 darjah celcius sehingga masak.

   

Makan waktu masih panas baru sedap.

 

Selamat Mencuca.

Khamis, 2 September 2021

Rasa Dapur KakJee (399) - Kerabu Mi Segera

BismillahirRahmanirRahim



Setelah berjaya mencuba resipi Kerabu Suun Sotong, KakJee cuba pula buat Kerabu Mi Segera. Biasanya dikenali sebagai Kerabu Maggi Thai tapi KakJee tak guna mi segera Thai atau jenama Maggi. KakJee guna Mi Segera jenama Saji. Memang ada stok mi segera ni, sesekali teingin juga makan mi segera kan.

Agak mudah disediakan dan serius rasanya memang sedap.

Resipi Kerabu Mi Segera

Bahan-bahan:
1 bungkus mi segera - direbus dan ditoskan
1- 2 sudu besar pes tomyam jenama Adabi (kuantiti ikut selera)
1/ 2 biji bawang Holland didadu
1 biji tomato, dibuang biji dan didadu
3 ekor udang, direbus dan dibuang kulit
2 - 3 biji cili padi dihiris halus
1 pokok daun ketumbar dihiris
Air limau kasturi atau nipis secukupnya
Garam jika perlu

Cara Membuatnya:
1.Gaul semua bahan di atas sehingga rata, perisakan.
2.Boleh terus dihidangkan.




Selamat Mencuba.

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...