Khamis, 1 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (52) - Kuih Lopes Utara


Kuih kegemaranku, lebih tiga tahun aku tidak membuatnya. Lebihan air daun pandan selepas membuat kuih Buah Melaka mendorong aku untuk membuatnya. Walaupun hanya aku seorang sahaja yang minat kuih ini di rumahku. Sememangnya kuih ini menjadi pilihanku terutama di kantin sekolah lamaku suatu masa dahulu.

Kuih Lopes ini turut menjadi hidangan untuk Ustazah Shikin selepas kelas mengaji malam Selasa. Aku menggunakan daun pisang untuk membalut Kuih Lopes yang kebetulan masih ada stok di dalam peti sejuk.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kuih Lopes

Bahan2:
2 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam)
1 cawan air daun pandan yang dicampur sedikit pewarna hijau
Daun pandan
Tali 
Kelapa parut yang dicampur garam
Air gula Melaka yang dimasak pekat bersama daun pandan

Cara Membuatnya:
1. Masak beras pulut bersama air daun pandan sehingga kering
    (separuh masak)
2. Balut beras pulut separuh masak dengan daun pisang dan 
    diikat ketat dengan tali.(Kaedah sama untuk menyediakan
    ketupat daun pisang)


3. Masak di dalam air sehingga beras pulut masak sepenuhnya.
4. Biarkan sejuk sebelum dipotong bulat.
5. Gaul dengan kelapa parut.
6. Hidang bersama air gula Melaka pekat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...