Rabu, 7 Oktober 2015

Travelog : Oh!Riyadh (65)-Rehlah - Ha'il (2)


Rehlah - Ha'il (2)


Rupanya terdapat banyak kebun-kebun kurma di sekitar kawasan pergunungan ini. Ugdah Village ini popular di kalangan warga tempatan dan pelancong dari luar Ha'il. Jalan raya bertar menghubungkan setiap kawasan yang begitu luas. Buah kurma yang menghitam dapat dilihat dengan jelas dari pokok yang pelbagai saiz. Namun semuanya berada di sebalik pagar. Banyak sungguh kebun-kebun kurma di daerah ini. Walaupun kelihatan agak kering kontang namun wilayah ini begitu subur. Terdapat juga binatang ternakan seperti kambing yang bebas berada di sekitar kawasan kebun. Pokok limau, lemon, delima, anggur  dan sayur-sayuran kelihatan dengan jelas. Kami meneruskan perjalanan sehingga tiada lagi jalan bertar. Jelas kelihatan empangan air yang kering. Hanya besi penanda aras air yang kelihatan. Bekas tayar kenderaan jelas masih berbekas di atas tanah yang kemerahan.

Sekitar kawaasan empangan
Sekitar kawasan empangan
Sekitar kawasan empangan
Empangan yang kosong ketika summer. Kawasan ini
dipenuhi air ketika winter dan pokok serta bunga sewaktu spring
Bandar Ha'il berada di kawasan Pergunungan Shammar (Jabal Shammar) turut menerima kehadiran salji di musin sejuk. Suhu terendah yang pernah tercatat ialah -10 C. Pelbagai aktiviti lasak dan bersukan popular di sini. Gunung, lembah dan padang pasir yang luar sesuai untuk aktiviti 4X4, memanjat gunung bergranit dan sebagainya. Desert Rally turut diadakan di Nafud.

Ladang yang agak luas, terdapat binatang ternakan - macam dalam
cowboy movies.
Kami meneruskan perjalanan lagi dengan melalui simpang yang seterusnya. Laluan kali ini dipenuhi dengan rumah-rumah rehat atau istiraha Terdapat iklan di bahagian depannya. Sekali lagi jalan bertar berakhir dan kelihatan kerja-kerja membina empangan sedang giat di jalankan. Empangan di bina di celah kawasan pergunungan. Dalam perjalanan keluar dari kawasan tersebut, terdapat beberapa keluarga sedang berkelah. Tentu kawasan ini menjadi tumpuan ramai sewaktu musim sejuk.

Binaan telaga di tengah jalan
Dalam perjalanan keluar dari kawasan pergunungan, kami terus meninjau kebun-kebun kurma dari kereta. Keinginan untuk mengambil gambar pokok kurma yang sedang lebat buahnya meruntun jiwa.

"His, susah betul nak ambik gambar pokok kurma, semua pokok dalam pagar." Rungutku dengan nada kecewa sepanjang perjalanan.
"Kenapa mama sibuk sangat nak ambil gambar pokok kurma?" Saffura menambah rasa kecewaku.
"Mama nak tunjuk dekat Mak Long..dia suka tengok pokok kurma yang ada buah." Aku memberi alasan.
"Ehh,  berhenti bang, kawasan kebun tu tak ada pagar lah. Nak ambil gambar pokok yang rendah tu sekejap." Pintaku apabila aku terlihat ada satu kebun kurma yang terdapat ruang tidak berpagar. Namun terdapat benteng tinggi pula. Aku terus turun dari kereta seorang diri dan cuba mengambil gambar pokok-pokok kurma tersebut. Walau bagaimana pun aku masih tidak berpuas hati kerana terpaksa memanjat kawasan yang agak tinggi di bawah panas matahari. Aku tidak boleh pergi dengan lebih dekat atau memegang pokok-pokok tersebut tanpa izin tuannya. Budak kampung betul aku ni....haha.

Jauhnya...tak best.
Tiba-tiba aku ternampak dua orang Arab yang sedang sibuk mengepam air di dalam kawasan kebun tersebut. Tanpa ragu-ragu aku mendekati kawasan tersebut dan menunjukkan kameraku tanda aku mahu mengambil gambar. Salah seorang dari mereka mengangguk kepalanya. Apa lagi aku pun terus masuk mendekati pepohon kurma yang terdapat di situ. Suamiku pun memberhentikan kereta dan kami bertiga membuat lawatan tidak rasmi di kebun tersebut.

Hihi....seronok tau

Koleksi Pokok Kurma.










Kami menjadi lebih berani dan berjalan ke bahagian belakang meninjau sekitar kebun kurma tersebut. Kedengaran suara itik di celah-celah kawasan berpagar rendah sekitar kebun namun aku gagal mengesannya. Suamiku pula sibuk melihat Pak Arab tersebut yang sedang mengepam air dari sebuah perigi. Kehairanan kerana terdapat air yang banyak di situ. 

Pekerja sedang sibuk mengelas kurma
Tangkai buah kurma  selepas diasingkan dari yang ranum
Pokok limau sekitar kebun
Pokok delima sekitar kebun
Ada rumput bermaksud terdapat kambing tapi tidak kelihatan pula
Cantik sangat - bersebelahan kebun kurma

Kurma lagi - puas tengok

Terasa puas yang teramat sangat kerana sudah dua tahun aku mahu melihat kebun kurma dari dekat. Hasrat tercapai di Ha'il rupanya. Kami terus kembali ke hotel saat mentari tegak di atas kepala. Selepas solat kami bergerak ke destinasi seterusnya  iaitu Al Ula. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...