Isnin, 5 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (53) - Nasi Dagang Kelantan



Sempat membeli 2 kg beras nasi dagang Kelantan ketika bercuti di Kuantan semasa cuti musim panas. Keinginan untuk membuat Nasi Dagang Kelantan terbantut seketika kerana periuk kukusku telah rosak. Mahu tidak mahu aku terpaksa membeli periuk kukus yang baru. Qasr Awani menjadi pilihan. Aku gandingkan nasi dagang kali ini dengan gulai ayam yang aku campur dengan telur rebus. Terkenang hidangan Nasi Dagang Kelantan di Belanga, The Garden Mall yang mahal harganya namun sedap sangat.

SR135- Lagi mahal jika tukar kepada RM

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Nasi Dagang Kelantan

Bahan2:
3 cawan beras nasi dagang Kelantan
(Beras dan pulut ini direndam semalaman-jika mahu makan waktu pagi)
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan santan pekat(ditambah garam)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 1/2 sudu kecil halba
6 biji bawang merah(dihiris nipis)
2 helai daun pandan 

Cara Membuatnya:
1. Kukus beras nasi dagang daun pandan sehingga  masak
    ( anggaran masa : 30 minit)
2. Keluarkan dan masukkan ke dalam sebuah bekas yang besar.
    Masukkan santan cair dan gaul perlahan-lahan supaya santan
    meresap dan sekata.
3. Kukus semula selama 30 minit, selepas 10 minit ,masukkan
    halba dan separuh bawang merah yang dihiris.
4. Keluarkan nasi yang sudah masak ke dalam bekas yang besar
    dan masukkan halia dan lebihan bawang. Masukkan santan
    pekat dan gaul perlahan-lahan sehingga nasi menjadi lembut.



Resepi Gulai Ayam Bersama Telur Ayam

Bahan2:
1 ekor ayam(dibersihkan dan dipotong)
3 sudu besar rempah Cap Bunga Ros
1 sudu besar serbuk cili (cili kisar pun ok)
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 inci lengkuas
(bawang,halia,serai,lengkuas dikisar halus)
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar kerisik
Cili padi/cili hidup
2 cawan santan
Minyak dan garam
1 helai daun pandan
3 biji telur rebus
2 keping asam keping

Cara Membuatnya:
1.Campurkan bahan kisar, rempah, cili, serbuk jintan manis
   dan ketumbar. Gaul rata bersama sedikit air.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan masukkan bahan
    yang dicampur (1)
3. Goreng sehingga agak garing dan berbau wangi. Masukkan
    ayam. Masukkan garam dan daun pandan. Kacau dan
    biarkan sehingga masak.
4. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Masukkan kerisik,
    asam keping,  telur rebus dan cili padi. Perlahankan api
    dan biarkan sehingga naik minyak.



Jom makan....

Dihidang berasingan dari lauk
Ehmmmm.....banjir baru sodap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...