Sabtu, 17 Oktober 2015

Dapurku D'Riyadh (58) - Kuih Bakar Pandan


Resepi ini diberi oleh Pn Hjh Siti Zaleha dari SriWangi setahun yang lalu. Kuih Bakar Pandan menjadi pilihan Pn Hjh Siti Zaleha untuk dibawa ke majlis makan-makan. Resepi asalnya dari Azie Kitchen. Aku menggunakan baki daun pandan yang dibawa dari Malaysia yang sudah hampir kering.  Alhamdulillah, hasilnya begitu memuaskan. Lembut  dan tersangatlah wangi. 

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kuih Bakar Pandan.

Bahan2:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sedikit bijan

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan. Mesin
    sehingga sebati.
2.Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi
    ke dalamnya. Taburkan bijan di atasnya jika suka.

Masukkan dalam bekas pembakar

3.Bakar selama  1 jam pada suhu 180 C.

Dah masak, ada yang suka lebih banyak kerak -terpulang.

Sedap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...