Khamis, 19 November 2015

Travelog : Oh! Riyadh (76)-Mentari terbenam di King Salman Prairie Park



Mentari terbenam di King Salman Prairie Park

Suhu di Riyadh mula berkurang menandakan musim sejuk sudah menjelma. Suhu di waktu siang di bawah 20 dan  malam pula hanya mencecah belasan darjah. cuaca di waktu siang semakin nyaman dan malam pula agak sejuk dengan tiupan angin. Sabtu minggu lepas, asalnya kami mahu bersuka ria menaiki quad bike di Thumamah. Malangnya suasana di sekitar Thumamah belum begitu bersedia lagi. Tempat yang menjadi kebiasaan kami menyewa quad bike belum memulakan operasinya. Khemah-khemah masih sepi, tidak seperti selalu di mana suasananya cukup meriah. Namun sepanjang jalan ke Thumamah kelihatan peniaga sudah mula menjual bahan bakar seperti kayu untuk kemudahan berkhemah. Ada juga jualan baju untuk musim sejuk dan permaidani buatan tempatan.

Kayu api mula dijual

Tidak pasti hendak ke mana lalu kami menuju ke Banban mencuba nasib mencari King Salman Prairie Park. Jarak dari rumah kami ke sana lebih kurang 20 km sahaja. Group Haji 1435 dan 1436 pernah mengadakan aktiviti BBQ di  King Salman Prairie Park bulan lepas, malangnya kami tidak dapat turut serta kerana ke Mekah. Banyak komen yang baik dan gambar-gambarnya juga agak menarik. Kami menunaikan solat Asar terlebih dahulu di R&R  Sasco yang baru dibuka berdekatan  Princess Nora University. Terdapat banyak kedai menjual makanan di sini  dan suraunya juga cukup selesa.

Kawasan King Salman Prairie Park ini sangat luas dan berbukit-bukit. Banyak kereta kelihatan di mana-mana. Tempat untuk duduk bersama keluarga berkelah banyak disediakan. Begitu juga dengan pelbagai jenis permainan kanak-kanak turut disediakan di beberapa lokasi. Namun terdapat banyak kerja-kerja pembinaan sedang rancak dijalankan. Pokok-pokok juga tidak begitu banyak lagi. Kawasan berumput juga masih kurang. Namun suasana yang luas memberi keselesaan kepada kanak-kanak untuk bermain sepuasnya. Ada yang bermain layang-layang kerana angin bertiup agak kencang dan sejuk pula. Yang paling penting terdapat kemudahan tandas yang begitu selesa.



Pokok-pokok mula membesar

Kami pusing ke seluruh kawasan tersebut dengan kereta kerana setiap kawasan disediakan jalan bertar untuk sampai ke sana. Akhirnya kami berhenti di kawasan tinggi untuk melihat kawasan sekitar dengan lebih jelas. Kelihatan Lapangan Terbang Antara bangsa King Khalid dari jauh. 

Pagar memisahkan taman dari kawasan lapangan
terbang.

Parkir di tepi jalan. Angin bertiup kuat membawa udara yang semakin
sejuk.

Terasa lapar pula. Mujur ada lebihan kebab yang dibeli di Romansiah.

Terus berjalan mencari kedudukan yang sesuai untuk lepak.
Kelihatan  mentari petang dengan amat jelas

Terus membatalkan hasrat untuk balik. Mahu
tengok saat matahari terbenam kataku

Suasana amat indah sekali.

Mentari kian menghilang


Matahari mula terbenam

Matahari sudah terbenam hampir separuh sewaktu
kami mahu pulang.


Lampu-lampu mula dipasang.
Pintu masuk/keluar utama ke taman
Laluan utama untuk masuk/keluar.

Kami pulang ke rumah dengan rasa puas sambil menanti hari-hari mendatang yang semakin sejuk. Inilah waktu terbaik bagi warga Riyadh melakukan pelbagai aktiviti menarik. Tempoh masa musim sejuk yang tidak lama ini harus diraikan sebaik mungkin.

  


                                                                                                                              zias/riyadh/15









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...