Isnin, 2 November 2015

Dapurku D'Riyadh (68) - Burung Puyuh Masak Kicap


Burung Puyuh menjadi pilihan menggantikan ayam sebagai sumber protein semenjak daging merah dikurangkan. Kali ini aku mencuba masakan yang mudah disediakan dan yang penting, disukai semua. Cara memasaknya seperti menyediakan ayam masak kicap. Masak kicap ayam sentiasa mengingatkan aku kepada masakan  Mak Cik , isteri kepada Pak Cik Din adik arwah ayahku. Mereka tinggal di Felda Jengka 22, Pahang.  Kami kerap berkunjung ke sana ketika tinggal di Kuantan.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Burung Puyuh Masak Kicap

Bahan2
5 ekor burung puyuh (dipotong 4)
1 biji bawang besar dipotong bulat
5 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dihiris nipis
Kicap manis
Kicap masin
Sedikit minyak bijan
sedikit air asam jawa
Penumis
Minyak
Kunyit
Garam
1 biji Kentang dipotong dadu
1 biji cili hijau dihiris

Cara membuatnya:
1.Burung puyuh digaul bersama kunyit dan garam.
   Goreng tetapi jangan sampai garing.Goreng kentang
   sehingga lembut.
2.Keluarkan minyak dan biarkan secukupnya di dalam
   kuali. Masukkan penumis diikuti dengan halia dan 
   bawang. Kacau sehingga garing. Masukkan cili.Kacau.
3.Masukkan air asam, kicap dan minyak bijan.Kacau.
4.Masukkan burung puyuh, kentang dan bawang besar.
5.Kacau rata dan perisakan. Biarkan sehingga agak pekat
  dan kering. Atau biarkan berkuah sedikit.





Mudah dimasak sedap dimakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...