Isnin, 16 November 2015

Dapurku D'Riyadh (72) - Onigiri



Hahaha...resepi Jepun pula kali ini. Saffura diminta oleh gurunya untuk menyediakan hidangan masyarakat Jepun sempena World Culture Day di sekolahnya. Walau pun kami kagum dengan pelbagai perkara baik yang terdapat di Jepun seperti kebersihan, sopan santun dan disiplin yang dimiliki rakyatnya. Namun bab makanan bercirikan Jepun kami agak tidak ambil kisah. Walaupun aku pernah ke sana. Pun begitu seaweed aku suka pula makan sebagai ulam ketika kami melancong ke Korea Selatan. Saffura memang amat gemar meratah seaweed. Setelah mendapat pengalaman menyediakan onigiri yang agak mudah disediakan aku berazam untuk cuba membuat sushi dan okonomiyaki pula satu hari nanti. In Shaa Allah. 
Rasanya onigiri sangat sesuai sebagai bekalan ketika di dalam perjalanan. Ianya mudah dimakan dan boleh dipelbagaikan inti di dalamnya. Dengan hiasan yang berseni pasti mencuri perhatian anak-anak untuk memakannya. Inti yang boleh digunakan adalah ikan salmon , ayam, sosej, daging dan sebagainya asalkan dimasak kering. Jika inti serunding ayam dan daging diguna juga sedap, pasti rasa seperti pulut panggang.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahan2:
4 cawan beras calrose
8 cawan air
Sedikit garam
Sedikit mentega(pilihan)
Seaweed

Untuk Inti
Aku sediakan 2 jenis inti iaitu 
-Telur dadar dan kepingan ketam
-Tuna dimasak dengan sedikit jus lemon
  dan dicampur sedikit mayonis.
Cara Membuatnya:
1.Masukkan air ke dalam periuk, tambahkan garam dan
   mentega. Biar mendidih.
2.Masukkan beras calrose dan tutup periuk dengan penutupnya.
3.Perlahankan api dan biarkan masak perlahan-lahan selama 
   17 hingga 20 minit. Sehingga nasi lembut atau semua air telah
   diserap.
4.Untuk membentuk nasi, elok sewaktu nasi masih suam.
5.Untuk memudahkan kerja membentuk bebola nasi.
   Basahkan tanggan dan sapukan sedikit garam ke seluruh 
   tapak tangan. Aku menggunakan sarung tangan plastik
   untuk memudahkan kerja.
6.Letakkan nasi di atas tapak tangan, tekan sedikit nasi 
   supaya mampat dan bersatu.Buatkan lubang di tengahnya
   dan masukkan inti. Tutup dan buatlah bentuk yang dikehendai
   seperti bulat, segitiga dan sebagainya. Aku juga menggunakan
   acuan untuk mempelbagaikan rupa bentuk onigiri.
7.Hiaskan onigiri dengan seaweed jika suka.


Inti yang digunakan. Jintan hitam dan bijan yang
disangai boleh dijadikan hiasan.

Proses membentuk onigiri

Hias dengan seaweed


Hasil rekaan Saffura

Ini rekaan aku pula.

Ready untuk ke sekolah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...