Ahad, 15 November 2015

Dapurku D'Riyadh (71)- Roti lagi


Hidangan pelbagai jenis roti, croissant dan danish pastry sewaktu sarapan pagi di Al Safwah Royale Orchid Mekah menjadi inspirasi untuk aku membuat roti lagi. Aku juga menggunakan adunan roti yang sama untuk membuat fatayer. Fatayer memang amat popular di Arab Saudi dengan pelbagai bentuk dan isi di dalamnya. 
Cuma adakalanya intinya tidak begitu kena dengan selera, jadi aku menggunakan inti karipap. Memang sedap dan lembut hasilnya.


yummy

Contoh Fatayer


Bismillahirrahmanirrahim.
Bahan2:
500g tepung gandum
75 g gula kastor  (gula pasir pun ok)
2 sudu kecil bread improver
3 sudu kecil  yis kering(1 paket)
1 sudu kecil garam
1 biji telur dipukul
250 ml air/susu segar (jika tidak guna susu segar boleh ganti dgn 20 g susu tepung
aku campur susu segar dan air)
60 g mentega
2 sudu kecil susu pekat (jika suka untuk lembutkan roti)

Cara membuatnya:
 1.Tepung,gula dan garam dicampur dan digaul rata dalam  sebuah bekas.
 2.Masukkan yis dan bread improver.
 3.Masukkan telur dan air/susu segar.
 4.Uli adunan sehingga menjadi doh dan masukkan mentega.
 5.Uli lagi sehingga lembut dan elastic selama lebih kurang 15-20 minit.
 6.Tutup bekas dan biarkan selama 45 minit (naik 2 kali ganda).
 7.Tumbuk adunan untuk buang angin dan uli sekejap.
 8.Bahagikan doh seberat 40-60 g setiap ketul (ikut saiz yang dikehendaki).
    Leperkan doh , masukkan inti jika mahu dan bentukkan menjai bulat.
 9.Susun di dalam Loyang pembakar yang telah dilenser dengan mentega/minyak.
 10.Rehatkan selama 45 minit dengan menutup permukaan bekas 
     dengan plastic cling.
 11.Sapukan permukaan roti bun dengan susu segar/air.
 12.Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 15 minit  atau sehingga
      bun keperangan.
 13.Sapukan permukaan roti yang telah masak dengan mentega sebaik sahaja 
     dikeluarkan dari oven.
 14.Biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara atau plastik roti.


Inti kelapa di dalamnya. Guna cup paper.
Berat doh,30-40g
 Ala-ala chicken floss pulak, tapi aku ganti dengan serunding ikan .
Berat doh, 20 g.
Selepas masak disapu susu pekat dan ditabur serunding
di atasnya.

Buat fatayer .

Berat doh, 50g. Bentukkan seperti karipap. Sebelum
bakar, sapu susu dan tabur jintan hitam.

Siap dibakar.

Satu adunan, tiga jenis roti - puas makan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...