Jumaat, 20 November 2015

Dapurku D'Riyadh (75) - Chicken Karahi



Aku berpeluang merasa mutton karahi sewaktu makan tengahari di Red Onion Restaurant. Karahi juga dikenali sebagai kadai, korai,karai,kadhi,kadahi,kadhai atau cheena chatti. Restoran ini menawarkan hidangan secara buffet, SR45 seorang. Semua hidangan adalah masakan India @ Pakistan. Memang yummy masakan kambing tersebut lalu aku mencatatkan nama hidangan tersebut. 
"Karahi..masakan apa haa, sedap betul." Kataku kepada suami.
"Kari la tu." Jawab suamiku. Entah berapa kali ditambahnya. Aku perasan, hanya nasi biryani dan kambing itu sahaja yang dimakannya. Yang pasti kami merasa  sungguh puas menikmati hidangan yang amat enak pada hari tersebut. 

Entah kenapa tiba-tiba aku teringat masakan tersebut. Aku mencari resepi masakan yang popular di kalangan warga Pakistan dan dihidangkan pada hari raya. Aku mencari resepi di Khanapakana.com  dan terdapat banyak resepinya. Aku pilih resepi yang agak mudah namun hasilnya sedap sekali, ianya licin dengan sekali hidang sahaja. Hidangan ini amat sesuai sebagai pengganti rendang kerana rasanya seakan sama tanpa menggunakan santan dan kerisik. Yogurt boleh digunakan untuk menambah rasa enak.
Mudah sangat. Aku ubah sikit kerana resepi asal menggunakan banyak cili hijau, pasti pedas rasanya.

Red Onion Restaurant terletak di tengah bandar Riyadh
Pintu masuk

Nasi biryani dan mutton karahi
Makanan lain, terung pun sedap juga

Dhal, nampak biasa tapi sangat sedap

Roti juga lembut, sedap dimakan dengan dhal

Satu dari dua jenis sup yang disediakan


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Chicken Karahi
Bahan2:
500 g ayam dipotong sederhana
3 biji tomato (aku guna 1 biji - kisar kasar)
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
4-5 cili hijau (aku guna 2 biji-hiris)
1 ikat daun ketumbar segar
1/2 ikat dihiris)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 cawan minyak 
Garam

Cara membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan bawang putih dan halia.Kacau.
2.Masukkan serbuk ketumbar dan serbuk jintan manis.Kacau.
3.Masukkan ayam dan masak 1-2 minit.
4.Masukkan cili hijau dan daun ketumbar(yang dihiris). Kacau rata
5.Masukkan tomato, garam, serbuk cili dan kunyit.
6.Tutup periuk dengan penutupnya. Biar sehingga ayam masak dan
   agak kering.
7.Boleh dihidang bersama hirisan daun ketumbar, hirisan cili hijau dan
   hirisan halia jika suka.


Sesuai dimakan dengan roti, ketupat dan nasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...