Selasa, 3 November 2015

Dapurku D'Riyadh(69) - Ikan Kerapu Masak Masam Manis


Masakan yang mudah disediakan dan sedap dimakan. Kebiasaannya Ikan Siakap menjadi pilihan namun agak sukar untuk memperolehinya di Riyadh. Ikan Kerapu mudah dibeli di Tamimi Market dan biasanya agak mahal harganya tetapi segar. Rahsia menyediakan masakan ini bergantung kepada jenis sos tomato dan sos cili yang digunakan. Sos jenama Aminah Hasan memang sedap dan paling baik untuk resepi ini. Namun sayang sekali sudah lama tidak kelihatan  di pasaran Malaysia. Agak sukar untuk membeli sos tomato yang sedap di sini. Sos cili pula lagi susah untuk ditemui. Mujur aku ada membawa sos cili cucur udang dari Melaka.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Ikan Kerapu Masak Masam Manis.

Bahan2:
1 ekor Ikan Kerapu
2 inci halia dikisar bersama garam
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu besar cili kisar
Sedikit tepung gandum
Minyak masak
Sedikit serbuk lada hitam.

Cara membuatnya:
1.Lumur halia yang dikisar bersama garam kepada
   ikan keseluruhannya. Perap 1 jam.
2.Lumur tepung gandum keseluruhan badan ikan sebelum
   digoreng.
3.Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan sehingga
   garing.
4.Keluarkan minyak dan tinggal sekadar untuk memasak.
5.Masukkan bawang putih dan halia yang digunakan untuk
    memerap ikan. Kacau sehingga garing.
6.Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing. Masukkan
   sos tomato dan sos cili. Kacau biar rata. Masukkan air
   sesuai dengan keperluan. Perisakan dengan garam dan lada 
   hitam. Masukkan ikan dan bawang besar. Perlahankan api. 
7.Jika perlu masukkan gula untuk rasa manis dan sedikit 
   tepung untuk memekatkan kuah.(Jika kuantiti sos mencukupi, 
   tidak perlu menambah gula atau tepung)
8.Biar sehingga kuah pekat dan kelihatan pecah minyak.
9.Jika tidak suka berkuah, boleh curahkan kuah yang pekat
   di atas ikan sebelum makan.



Aku suka masak masam manis yang berkuah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...