Jumaat, 20 November 2015

Dapurku D'Riyadh(77) - Stew Daging


Aneka jenis sup menjadi pilihan masakan yang wajib dimasak saban minggu. Kali ini aku cuba pula menyediakan stew, rupa dan rasanya pun hampir sama.  Musim sejuk begini sesuai diperbanyakan resepi berkaitan sup.Brrrr.


Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Stew Daging
Bahan2
450 g daging
1 biji carrot (dipotong ikut selera)
1 batang saleri(dipotong serong)
1 biji kentang(dipotong dadu)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji bawang besar(dibelah)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia(dikisar)
1 batang daun bawang
2 helai daun Bay
Minyak zaitun
Bancuhan tepung dan air (jika suka-aku tak letak)

Cara Membuatnya
1.Panaskan minyak di dalam periuk. Masukkan daging, kacau sekejap.
   Masukkan carrot, bawang besar,  bawang putih, halia , lada hitam, kentang, 
   daun  Bay dan batang seleri. Kacau sehingga agak kering.


2.Masukkan air ikut kesesuaian. Masukkan batang daun bawang yang dibelah.
   Masak sehingga daging lembut. Perlahankan api sehingga pecah minyak.
3.Masukkan bancuhan tepung untuk memekatkan kuah, jika suka.


Senang dan sedap











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...