Jumaat, 20 November 2015

Dapurku D'Riyadh (74) - Kuih Apam Lenggang


Kek Pisang agak digemari oleh keluargaku. Biasanya kami membeli kek pisang yang sudah siap dimasak di Tamimi Market. Walaupun rasanya tidak begitu enak tapi licin juga. Aku malas untuk membuat kek pisang kerana agak sukar untuk membeli pisang emas yang biasanya digunakan untuk membuat kek pisang. 'Tak kan nak guna pisang tanduk pulak' fikirku.

Banyak resepi kek pisang di blog, aku cuba resepi dari blog Masam Manis yang nampak macam ok je. Kebetulan ada pisang yang dibeli untuk dimakan mentah macam pisang montel tu. Apalagi aku pun rembat aje lah. Kek pisang yang terhasil memang sedap, lembut tetapi tidak berminyak.

Bismillahirrahmanirrahim

Resepi Kek Pisang
Bahan2:
1 cawan gula putih
2 cawan tepung gandum
(tepung dan baking powder diayak bersama)
3/4 cawan mentega dicairkan (boleh guna minyak masak)
4 biji telur (1 cawan)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Sedikit garam
3-4 biji pisang (besar) dilecek halus

Cara Membuatnya
1.Gaul bersama pisang, garam dan soda bikarbonat.
2.Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3.Masukkan mentega dan gaul rata.
4.Masukkan pisang dan esen vanila.
5.Masukkan tepung dan kaup balikkan @ gaul rata.
   supaya adunan bercampur sempurna.


6.Masukkan ke dalam acuan dan masak di dalam oven
   pada suhu 180 C selama 1 jam.(atau hingga masak)



Dah masak...pecah di tengah tanda kek gebuss

Jom makan.

Sedap!
Hasil yang lebih cantik apabila aku guna pisang awak yang
aku beli di Lulu Hypermarket.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...