Isnin, 21 Mac 2016

Travelog : Oh!Riyadh (95) - Koleksi Bunga Padang Pasir

Koleksi Bunga-bunga Padang Pasir


Ramai yang beranggapan bumi Arab Saudi terlalu panas untuk ditumbuhi oleh pelbagai tumbuhan. Mungkin disebabkan cuacanya yang terkenal panas dan bentuk muka buminya yang dipenuhi padang pasir. Setelah berada hampir tiga tahun di bumi ini, aku dan rakan-rakan yang menetap di sini sedar akan kewujudan empat musim. Rasa panas akan dialami sepanjang musim luruh, musim panas dan sebahagian musim bunga. Sedang di musim sejuk (Disember hingga Februari) sejuknya begitu luas biasa yang menyamai negara-negara Eropah.

Di awal musim bunga pula, suhunya begitu nyaman dan di saat ini hujan lebih kerap turun. Kebanyakan kawasan padang pasir mulai lembab dan ada kalanya ditakungi air. Berpiknik di luar ketika musim bunga begitu meriah terasa. Kita berpeluang melihat pelbagai jenis tumbuhan liar mengeluarkan bunga dengan bentuk dan warna yang begitu menawan. Cukup berada di kawasan berhampiran dengan jalan raya membolehkan kita melihat keindahan bunga-bunga tersebut. Sambil berpiknik, wanita-wanita berketurunan Arab ini akan turut sama menikmati keindahan bunga-bunga di sekitar kawasan piknik. Sedang anak-anak berlari ke sana sini dan golongan bapa pula tidak habis-habis berbual sambil berbaring di bantal tinggi yang dibawa bersama.

Jika berkemampuan, pergi ke kawaasan gurun atau kawasan tertentu untuk melihat bunga padang pasir yang lebih unik seperti bunya Iris di Tumair atau Desert Rose di gurun Eastern Province. Pun begitu kami tidak berpeluang menikmatinya. sekurang-kurangnya berkunjunglah ke  Rawdhat Khuraim untuk menikmati sausana hutan yang menghijau.

Desert Rose : Gambar dari Blog Inxps.blogspot.com

Bunga Iris : Gambar dari aishabecoming.blogspot.com

Aku kumpulkan gambar-gambar bunga liar yang pernah diambil sepanjang berada di Riyadh. Bunga-bunga yang tumbuh meliar ini tidak kurang cantiknya dari segi bentuk dan warnanya. Ada yang memiliki nama seperti yang dicatatkan namun kebanyakannya tidak aku temui nama-namanya.


Tahun   : 2014
Lokasi   : Wadi Hanifah
               Sekitar kawasan berhampiran empangan air.






Lokasi : Thumamah




Tahun   : 2015
Lokasi   : Rawdhat Khuraim


Kawasan hutan semulajadi di persekitaran padang pasir yang luas. Penuh dengan rumput dan pokok Akasia yang menghijau
terutama di musim bunga.

Anthemis deserti






Tahun   : 2016
Lokasi   : Al Wassiel dan Al Jubailah, tidak jauh dari Riyadh.




Bunga-bunga ini tumbuh subur dengan banyaknya di tepi jalan raya.









Dipterygium glaucum

















 Lokasi  : Laluan ke The Edge Of The World






















Lokasi : Al Ammariyah, tidak jauh dari Riyadh.








Teucrium Oliverianum











Echinops







Ini pula sejenis pokok berbunga yang banyak ditanam di kawasan ladang di musim bunga. Kawasan ladang ini terletak di laluan ke The Edge of The World. Keunikan bentuk dan warna menarik perhatian kami untuk merakam gambarnya.






Lokasi  : Al Hada , Taif



Pokok bunga liar ini banyak terdapat di tepi jalan  .


















Benar Firman Allah SWT yang bermaksud;

Dan Dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan 
 dengan   air  itu segala  macam tumbuh-tumbuhan maka  Kami keluarkan 
dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari
 tanaman yang  menghijau itu  butir yang banyak: dan dari mayang korma 
 mengurai tangkai-tangkai  yang   menjulai, dan  kebun-kebun  anggur dan 
  (Kami keluarkan pula)  zaitun  dan  delima  yang  serupa  dan  yang  tidak 
serupa.   Perhatikanlah   buahnya    di waktu     pohonnya   berbuah  dan
 (perhatikan pulalah)  kematangannya. Sesungguhnya  pada yang demikian
 itu  ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.  
[ Ayat 99 Surah Al Anaam]

                                                                                                               zias/riyadh/16

3 ulasan:

  1. Assalamualaikum..kalau admin tak kisah, saya teringin nak admin ceritakan satu persatu dari awal sampai sekarang bagaimana admin berjaya mendapatkan kerja sebagai jururawat di arab saudi. Saya merupakan pelajar tingkatan 5 aliran sains tulen yg akan mengambil SPM tahun ni dan bercadang menyambung diploma in nursing di kpj, juga ada angan angan nak jadi seperti admin. Hope you don't mind sharing your story from the very beginning. Tq :)

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam.Tahniah Syaf Zehar kerana cita2 untuk bekerjaya sebagai jururawat.Maaf saya bukan seorang jururawat.Adik boleh baca bgmn saya boleh
    berada di Riyadh melalui Travelog:Oh!Riyadh(1) hingga yg terkini jika ada masa ya.Moga cemerlang dlm SPM nanti.

    BalasPadam
  3. Waalaikumussalam.Tahniah Syaf Zehar kerana cita2 untuk bekerjaya sebagai jururawat.Maaf saya bukan seorang jururawat.Adik boleh baca bgmn saya boleh
    berada di Riyadh melalui Travelog:Oh!Riyadh(1) hingga yg terkini jika ada masa ya.Moga cemerlang dlm SPM nanti.

    BalasPadam

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...