Rabu, 30 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (151) - Kuih Nona Manis @ Kuih Sagu



Bismillahirrahmanirrahim

Kuih yang aku suka buat di bulan Ramadhan. Semasa mencari resepi ini di dalam laman blog ada yang menamakannya sebagai Kuih Sagu atau Kuih Sagu Mata Ikan. Apa pun aku memang sukakan nama dan kuih ini. Biasanya berwarna pink dan jika di Malaysia aku akan gunakan sirap ros yang mempunyai bau yang sungguh enak. Warnanya juga cantik. Puas aku mencari pewarna pink di Riyadh namun tidak berjumpa begitu juga dengan pembancuh sirap ros. Pernah aku Sirap Ros yang sangat sedap di Tamimi  Market tetapi sudah lama aku tidak nampak lagi. Mungkin ianya wujud semasa bulan Ramadhan sahaja.

Aku gunakan pewarna merah dan memasukkan air mawar yang biasanya digunakan untuk membuat nasi beriani. Aku juga mendapat petua untuk menghasilkan Kuih Nona Manis yang terbaik. Selama ini kuih yang aku sediakan kerap kali terlembut kerana aku memasukkan kuantiti air yang banyak untuk memastikan kesemua sagu betul-betul kembang. Masa yang lama juga perlu diambil untuk mengacaunya, terkadang sampai terhangit. Rupanya kita hanya perlu mengukusnya sahaja untuk memastikan kesemua sagu biji kembang dengan sempurna. Tiada lagi warna putih berselang seli di dalam kuih yang disediakan.Puas hati betul lah.

Resepi Kuih Nona Manis
Bahan2:
1 cawan sagu biji
2 - 2 3/4 cawan air (ikut lembut/keras yang dikehendaki)
3/4 cawan gula
Pewarna merah
Air mawar/esen ros
Kelapa parut 
Sedikit garam

Cara membuatnya:
1.Panaskan air ke dalam sebuah periuk sehingga mendidih.
2.Masukkan pewarna dan air mawar/esen ros.
3.Masukkan sagu biji dan gula.Kacau sehingga sebahagian besar
   sagu menjadi jernih dan pekat.
4.Masukkan adunan ke dalam bekas dan kukus sehingga 
   semua sagu biji bertukar menjadi jernih sepenuhnya (20-
   30 minit)
Masih ada warna putih 

5.Sejukkan.Pastikan benar-benar sejuk baru dipotong.

Semua sagu bertukar jernih

6.Gaul dengan kelapa parut yang dicampur dengan sedikit garam

Kelapa parut sendiri...kasar sikit

Menyejukkan.
Cara lain
1.Sagu direndam bersama pewarna selama 1 jam.Toskan.
2.Masak sagu bersama air dan gula sehingga sebati.Tutup api.
3.Masukkan ke dalam acuan. Kukus sehingga masak. Kaedah ini
   lebih baik kerana teksturnya lembut dan hasilnya tiada warna putih lagi.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...