Rabu, 9 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (143) - Pengat Pisang


Bismillahirrahmanirrahim

Pisang tanduk dan pisang awak boleh dibeli di Lulu Hypermarket. Jika ke Lulu, pisang tanduk akan dicari oleh suamiku terlebih dahulu, aku pula sibuk memilih kelapa untuk dimesin oleh pekerja di tempat khusus untuk proses kelapa. Biasanya aku akan mengambil 6 biji buah kelapa, memasukkannya ke dalam beg plastik dan menyerahkannya di kaunter bahagian wanita. Saffura aku tugaskan untuk menunggu sehingga siap kelapa dimesin. Ketika itu aku akan memilih sayuran atau buah-buahan di kawasan yang tidak jauh dari kaunter mesin kelapa. Sebiji kelapa berharga SAR2.50 sehingga SAR2.95 sebiji. Biasanya expat dari India atau Filipina yang ramai membeli kelapa.

Pisang tanduk yang dibeli agak banyak sekitar 3 kilo atau lebih. Maklumlah bukan selalu kami ke Lulu Hypermarket, hanya apabila stok kelapa aku habis baru kami ke sana semula. Biasanya tiga bulan sekali. Pisang tanduk memang sedap digoreng bersalut tepung, apalagi apabila ianya sudah hampir ranum. Manisnya memang terlekat.

Pisang tanduk dari India ini kecil sikit saiznya.
Rupanya pisang tanduk juga sedap apabila dibuat pengat. Biasanya aku guna pisang nangka untuk buat pengat pisang jika di Malaysia. Rasa pengat pisang tanduk hampir sama rasanya dengan pengat pisang nangka. Baruku tahu.


Biasanya goreng sahaja.
Resepi Pengat Pisang

Bahan2:
3 -4 biji pisang tanduk
(dibuang kulit dan dihiris bulat2)
1 ketul gula Melaka*
1 cawan air*
1 helai daun pandan
Bahan * dimasak bersama sehingga
gula hancur dan air gula sederhana pekat
1 cawan santan pekat
1/2 cawan santan cair
secubit garam
1 helai daun pandan.
2 sudu besar sagu mata ikan

Cara Membuatnya:
1.Masukkan pisang yang dihiris ke dalam
   sebuah periuk.
2.Masukkan air gula dan dan pandan.Kacau.
   Apabila panas, masukkan  sagu dan kacau
   sehingga sagu kembang.
3.Jika pekat, masukkan santan cair.
4.Setelah sagu kembang, masukkan santan
   pekat dan garam. Kacau sehingga hampir
   mendidih. Pastikan santan tidak pecah
   minyak.Tutup api dan angkat periuk
   dari dapur.


Mai semangkuk






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...