Ahad, 27 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (148) - Kuih Cara Berlauk



Bismillahirrahmanirrahim.

Kuih cara berlauk ini memang sedap. Mulanya aku agak ragu-ragu mahu menggunakan acuan kuih bahulu yang melekat ketika aku membuat kuih bahulu tempuh hari. Rupa-rupanya acuan tersebut masih boleh digunakan, tidak melekat langsung dan elok pula kejadian kuih cara berlauk yang aku sediakan. Menyesal pula kerana tidak  mencubanya lebih awal. Aku memang minat dengan kuih cara berlauk ini, tidka terasa sudah habis beberapa biji ketika sedang memasaknya. Resepi ini menghasilkan lebih kurang 30 biji. Cara menyediakan intinya sama seperti aku menyediakan inti untuk membuat murtabak. Boleh guna ayam atau daging.

Resepi Kuih Cara Berlauk
Untuk Inti
Bahan2:
1 cawan isi ayam/daging  yang dikisar
2-3 sudu besar rempah kari daging jenama Adabi
1/2 biji bawang besar dihiris nipis
2 ulas bawang putih diketuk
Sedikit minyak
Garam
Sedikit air.
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah kuali. Masukkan bawang
   besar dan goreng hingga keperangan.Masukkan bawang putih
   dan rempah.
2.Goreng rempah sehingga garing dan masukkan sedikit air dan
   garam. Kacau.
3.Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga dan agak kering. 

Untuk Kuih
Bahan2
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan sederhana pekat
1 cawan air
1 biji telur
Pewarna Saffron/kunyit
Sedikit garam
Hirisan cili merah
Hirisan daun bawang dan daun ketumbar.
Sedikit minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Kisar tepung bersama telur, garam, pewarna saffron/kunyit,
   santan dan air di dalam blender.
2.Tapis adunan yang terhasil dan masukkan ke dalam bekas
   yang sesuai.

Bahan2 sudah siap.

3.Panaskan acuan bahulu dan sapu minyak. Pastikan acuan betul-betul
   panas sebelum masukkan adunan ke dalamnya.


4.Masukkan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh, jangan
   terlalu penuh.

5.Biarkan sekejap sehingga bahagian tepinya masak sedikit.
   Masukkan inti diikuti dengan hirisan daun dan cili merah,.

6. Tutup acuan dengan menggunakan tudung periuk supaya lebih
    cepat masak. Angkat dan ulang sehingga habis adunan.

Dah masak la ni.

Boleh dihidang.

Ehmmm....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...