Selasa, 8 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (141) - Mi Jawa


Bismillahirrahmanirrahim.

Keledek yang dibeli masih berbaki beberapa biji dan tauge yang disemai sudah siap aku cabut. Tauhu dan daging kambing pun sudah dibeli dari Tamimi Market. Apa lagi teringin la pula nak makan Mee Jawa apabila semua bahan utama sudah sedia ada. 


Resepi Mee Jawa

Bahan2 untuk Kuah:
450 gm daging kambing (dipotong dan 
direbus sehingga lembut)
3-4 biji keledek bersaiz sederhana (direbus 
dan dikisar sehingga halus)
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar serbuk rempah daging jenama Adabi
Gula Melaka
Garam
Minyak masak

Cara membuat kuah:
1.Panaskan minyak di dalam sebuah periuk.
2.Masukkan bahan kisar dan kacau sehingga kekuningan.
3.Masukkan serbuk cili, rempah dan cili kisar.Kacau dan
   biarkan sehingga pecah minyak.
4.Masukkan daging bersama air rebusannya,keledek yang
   dikisar, gula melaka dan garam.
5.Apabila mendidih, perlahankan api dan biarkan sehingga
   timbul lapisan minyak dipermukaanya.
  


Dah siap kuahnya

Bahan Lain:
1 bungkus spageti direbus bersama garam, sedikit miyak
dan sedikit kunyit.
Tauhu goreng dihiris
Tauge
Telur rebus
Daun bawang dan daun ketumbar dihiris halus
Cili merah dihiris
Bawang goreng.



Bahan yang diperlukan untuk makan bersama kuah Mi Jawa

Bolehlah dihidangkan.




Habis lah semangkuk.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...