Isnin, 14 Mac 2016

Travelog : Lambaian Qatar (13) - Kembali Ke Riyadh


Kembali ke Riyadh


Lima hari berlalu dengan begitu pantas ketika kami berada di Qatar. Pun begitu tidak semua tempat kami jejaki contohnya Dukhan yang juga terkenal dengan kawasan minyak. Terdapat trek lumba unta di dalam perjalanan ke sana. Namun kami berpuas hati kerana 10 tempat terbaik untuk dilawati di Qatar sudah kami sampai.Alhamdulillah.

Kami keluar di awal pagi untuk memulakan perjalanan kembali ke Riyadh. Kami bertemu dengan kabus yang tebal secara tiba-tiba ketika melakukan pusingan di sekitar West Bay lalu kami singgah sebentar di Corniche. Kami juga sempat mencari ibu pejabat Al Jazeera namun tidak kelihatan pejabatnya kerana ditutupi kabus. Al Jazeera merupakan antara rangkaian media terbesar Arab di bawah syarikat induk Al Jazeera Satellite Network satelit milik kerajaan Qatar yang terkenal seluruh dunia Islam.


Bangunan pun hilang akibat kabus

Di tepi pantai sekitar Corniche

Al Jazeera?

Sekumpulan unta di tengah bandar, mungkin sedang bertugas.

Bangunan yang menarik perhatian di laluan ke lebuh raya.


Harga minyak di Qatar sehari selepas dinaikkan. Sebelumnya adalah 85 sen bagi Silver.


Kembali ke Arab Saudi

Bumi Qatar yang rata


Kawasan paling tinggi yang kelihatan dari lebuh raya

Semakin menghampiri sempadan, kelihatan lautan


 Sekitar Bu Samra, sempadan Qatar dan Arab Saudi.








Segala urusan berjalan dengan lancar dan mudah. Syukur kepada Allah SWT.



Sempat membeli ole-ole di Salma. Satu set 'Majlis' berharga SAR215.





Singah posing di redsand sekitar Seeid.

Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah sebelum masuk waktu Solat Maghrib. Percutian yang begitu bermakna di Qatar. Pun begitu kami akui bumi Arab Saudi lebih cantik walau tidak semoden Qatar. 

Kenangan dari Salwa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...