Khamis, 24 Mac 2016

Travelog : Kuwait Dihatiku (1) - Ke Kuwait Kita!

Ke Kuwait Kita!


Cuti sekolah selama seminggu bermula pada 11/3/2016 sehingga 19/3/2016. Aku dan Saffura tidak pasti mahu dibawa ke mana tambahan pula pihak universiti belum memberi keputusan berkaitan cuti pertengahan semester musim bunga. Ramai yang sudah memulakan perjalanan untuk bercuti. Melalui  laman WhatsApp, kami dapati ada yang bercuti ke Sepanyol, Morocco dan Switzerland. Ada juga yang mengerjakan umrah dan ziarah ke Madinah. Sedang sahabatku Wan Salisa sudah pun di dalam  perjalanan ke Kuwait sehari sebelum cuti bermula.

Wan Salisa : Kak Gee gi mana cuti ni?
Aku           : Tak tahu lagi Wan. Boss senyap aje.
Wan Salisa : Mari la kak Gee pergi Kuwait. Tak jauh sangat.
Aku           : Entah lah Wan. Mungkin kami pergi ke Taif kot.

Akhirnya pihak universiti memaklumkan kepada tenaga pengajar bahawa mereka juga akan turut bercuti selama 5 hari bermula pada 15/3/2016 sehingga 19/3/2016. Sekali lagi aku dihadapkan dengan soalan popular untuk minggu tersebut. Kali ini oleh Pn Roslina, jiranku.

Roslina     : Kak Gee nak pi mana cuti ni?
Aku          :  Cuti? Dah confirm ke?
Roslina     :  Dah, ada dalam email.
Aku          : Ye ke? Tak tahu la Ina.Ikut boss.Ina nak pi mana?
Roslina     :  Tak tau la, banyak pilihan ni . Oman, UAE atau Qatar.
Aku         :   Waah... best tu.

Tiga hari sebelum tarikh cuti bermula, aku terpandang permohonan  re-entry visa di atas meja di dalam bilik. Aku agak terkejut apabila diberitahu kami akan ke Kuwait. Mimpi menjadi nyata, sungguh tidak terduga. Terima kasih Wan kerana memberi dorongan untuk kami ke Kuwait. Kami menyewa kereta dari Theeb Rent A Car Co yang turut menyediakan kemudahan surat untuk membawa kereta memasuki negara Kuwait. Prosesnya lebih mudah berbanding dengan membawa kereta sendiri terutama kereta yang masih di dalam pinjaman.

Sekitar pukul 7.30 pagi pada 15/3/2016 kami memulakan perjalanan. Suasana agak mendung seolah akan turun hujan. Melalui jalan lapangan terbang berhampiran Princess Nora Bint Abdul Rahman University, terpandang bunga-bunga liar berwarna kuning memenuhi pinggir jalan raya. Dengan bantuan kamera Nikon dan lensa baru yang dibeli membantu Saffura merakam gambar dari dalam kereta. Jadi gambar-gambar yang diambil lebih cantik dan menarik.




Pembahagi jalan juga dihiasi dengan pelbagai jenis bunga yang begitu menawan rupa bentuk dan warnanya.



Tiba-tiba hujan la pula. Alhamdulillah.

Terdapat dua jalan untuk ke Kuwait dari Riyadh. Jalan yang kami ambil ini lebih dekat tetapi jalannya agak kecil. Laluan yang kami ambil ialah : Riyadh - Rumah - Shawyah - Qaryat Al Ulya - Khafji - Kuwait. Sejauh 635+ km yang memerlukan perjalanan selama 5 jam 46 minit mengikut peta.

Map from Riyadh Saudi Arabia to Kuwait
Laluan yang diambil

Laluan satu lagi ialah : Riyadh - Dammam - Jubail - Khafji - Kuwait 
Laluan ini lebih jauh sekitar 700 + km dengan melalui lebuh raya Riyadh - Dammam.


Kami mengikut laluan yang sama untuk ke Rawdhat Khuraim yang pernah kami lalui tahun lepas. Terdapat banyak khemah berbentuk rumah kelihatan di kiri kanan jalan raya. Ianya untuk disewa terutama di musim sejuk dan musim bunga. Bentuk khemah yang lebih menyerupai sebuah rumah ini agak berbeza dari suasana khemah yang biasa dilihat di Thumamah atau di sepanjang lebuh raya ke Madinah atau Mekah. Berwarna kekuningan, khemah-khemah ini mempunyai tingkap dan pintu yang menyerupai rumah biasa. 


Banyak iklan untuk disewa

Bentuk muka buminya begitu lapang dan kelihatan kosong. Pun begitu tompokan kecil berwarna hijau berada di mana-mana terutama di sekitar kawasan yang digenangi air. Tasik kecil terbentuk buat sementara di sekitar padang pasir menandakan hujan melanda.




Kami menghampiri kawasan berdekatan Rawhat Khoraim setelah hampir satu jam di dalam perjalanan. Pastinya kami tidak boleh singgah di sini, lagi pula kami perlu melalui jalan yang agak jauh untuk sampai ke tempat tersebut.




Menghampiri pekan bernama Rumah, suasana agak meriah, tetapi pekannya berada agak jauh dari jalan yang sedang kami lalui.


Laluan air menjadi laluan kereta di waktu kering

Sampai di pekan Al Muzyri, kami ternampak papan tanda ke Kuwait namun tiada lagi sebarang petunjuk selepas kami mengikut jalan tersebut. Kami tidak pasti jalan yang diambil walaupun mengikut arahan GPS dari telefon bimbit.


Ada gerai-gerai kecil di simpang jalan

Jalan dua hala dan lebih kecil sepanjang perjalanan .

Perjalanan seterusnya menyaksikan pemandangan yang sungguh luar biasa. Ianya begitu berbeza dengan pemandangan biasa yang telah kami lihat sebelum ini. Inilah antara sebab kenapa kami begitu enjoy menaiki kereta menjelajah Arab Saudi. Hampir 75% bumi Arab Saudi telah kami sampai dan apa yang dilihat dalam kembara kali ini betul-betul memukau pemandangan. Rumput menghijau di atas padang pasir yang luas sedang kambing dan unta tidak jemu-jemu meragutnya. Memang cantik pemandangannya, tidak terasa sedang berada di bumi Arab Saudi.
Jom layan.





Ini bukan di New Zealand ya!

Gemuk-gemuknya

Bebas bergerak
Puas dapat tengok kambing dengan lebih dekat.


Nak kemana la tu?


Unta pun ada


Banyak kereta melalui jalan ini. Sandstorm pun melanda sekali sekala

Muka bumi bertukar dengan tumbuhan kecil

Tumbuhan liar
Sand dunes sesekali memenuhi bentuk bumi . Cantik sangat, MashaAllah.


Tiada khemah. Inilah rumah para penternak binatang yang terletak di tengah-tengah padang pasir.

Tumbuhan yang memenuhi padang pasir

Tidak pasti mahu ke mana. Tiada tanda arah untuk ke Kuwait atau Khafji

Ada pekan.
Singgah untuk rehat sekejap sambil makan dan minum di kawasan rehat.

Bersambung.



















2 ulasan:

  1. Nak tanya. Kalau bawa kereta sendiri yg masih dalam pinjaman, apa Dia punya syarat ya utk ke Kuwait?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf lambat respon.Minta surat kebenaran dari syarikat/ bank pinjaman kereta.

      Padam

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...