Selasa, 1 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (138) - Telur Bungkus



Bismillahirrahmanirrahim.

Resepi mudah yang sangat diminati keluargaku. Telur Bungkus kerap kali dipesan jika kami makan di kedai makan Siam/Thailand di tanah air. Namun aku tidak memiliki kuali yang besar di Riyadh jadi Telur Bungkus yang aku sediakan agak kecil dan sesuai untuk seorang makan. Aku diberitahu oleh rakanku terdapat beberapa kedai yang menghidangkan makanan Thailand di Riyadh seperti Restoran Bangkok. Kami belum berpeluang mencubanya. Pernah kami mencari kedai makan Thailand tetapi tidak berjaya dijumpai lalu kami abaikan sahaja dan terus terlupa mengenainya. Pun begitu, aku selalu juga menyediakan makanan yang biasa dihidangkan di kedai makan Thailand seperti tomyam, ikan kukus, kailan ikan masin dan telur bungkus. Resepi ini untuk menyediakan 2 Telur Bungkus.


Resepi Telur Bungkus

Bahan2
1 cawan ayam yang dikisar/didadu kecil
1/2 cawan sayur campur frozen
1/2 biji bawang besar didadu
3 ulas bawang putih diketuk
2-3 sudu besar sos cili
2-3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil minyak bijan
Garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Minyak Masak
4 biji telur dipukul dengan sedikit garam
(Asingkan buat 2 biji telur setiap satu)

Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan 
    masukkan bawang besar, goreng sehingga 
    kekuningan. Masukkan bawang putih dan 
    kacau sekejap.
2.Masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
3.Masukkan lada hitam, sos, minyak bijan dan
   sayur campur.Perisakan dengan garam.
4.Angkat bila semuanya sekata.



5.Panaskan kuali atau frying pan. Masukkan
   sedikit minyak.
6.Masukkan telur yang telah dipukul (2 biji)
   Biarkan sehingga masak dan angkat.



7.Letakkan telur yang disediakan di atas sekeping
   pinggan. Masukkan separuh dari isi ayam 
   ke dalamnya.


8. Bungkus dalam bentuk empat segi.




Mudah dan sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...