Isnin, 14 Mac 2016

Travelog : Lambaian Qatar (12)- Jalan-jalan Di West Bay

Jalan Jalan di West Bay.


Doha tidak memiliki  bentuk muka bumi secantik Muscat namun terdapat beberapa daya tarikan yang mampu menawan hati para pelancong untuk ke sini. Kemampuan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan menjadikan Doha mampu muncul sebagai sebuah kota yang mempunyai magnet yang tersendiri. Kekayaan yang dimiliki mampu menjadikan Doha sebuah bandar yang pesat membangun seperti jirannya iaitu Abu Dhabi dan Dubai. Buminya yang sebahagian besarnya dipenuhi pasir putih mampu mewujudkan persekitaran yang serba hijau. Taman-taman dibina dan dihias dengan pokok-pokok dan bunga-bunga hiasan menjadikan suasana begitu indah dipandang. Jalan-jalan juga dipenuhi dengan rumput menghijau dan bunga-bungaan. 

Bangunan pencakar langit pula dibina di satu kawasan bernama West Bay yang tidak jauh dari Corniche. Tompokan bangunan tinggi yang berkumpul di satu tempat menjadikannya begitu unik dipandang. Bilangan bangunan semakin bertambah dan giat dibangunkan menjelang pesta bola sepak peringkat dunia pada tahun 2022. Kami tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat bangunan-bangunan tinggi yang selama ini hanya dilihat dari jauh sahaja. Tidak susah mencari kawasan meletak kereta secara percuma di sekitar West Bay. Suasana waktu lewat petang yang agak sunyi memudahkan kami bersiar-siar di celah-celah bangunan tinggi tersebut.


Mencuri tumpuan
Burj Qatar, Palm Tower dan Tornado

Tornado (200 meter)


Burj Qatar bercahaya kuning di waktu malam





Yang aku tidak pasti nama bangunannya.













Palm Tower (kanan) bangunan ke 4 tertinggi (245 meter)


Bangunan yang tidak tinggi tetapi dapat dilihat dengan jelas di Doha Skyline
Ini menarik perhatian aku. Pembaziran air, elektrik dan sebagainya akan didenda.
Bukan sikit dendanya beb.

Ini pula amaran bagi mereka yang suka membuang sampah di atas jalan raya.

Jom piknik...kawasan berhampiran bangunan pencakar langit.

Dubai Tower yang bakal siap dan menjadi bangunan tertinggi di Qatar.

Rumah penduduk Qatar tidak banyak bezanya berbanding dengan yang biasa kami lihat di Riyadh. Rumah mereka berbentuk villa dengan dua atau tiga tingkat. Dipagari dengan tembok batu setinggi 5 kaki ke atas. Rasanya tembok rumah di sini rendah sedikit berbanding dengan rumah di Arab Saudi. Ada juga rumah berbentuk apartmen di sini.


Kereta diletakkan di luar rumah.

Tembok-tembok ada hiasan lukisan

Sekolah yang terletak di kawasan perumahan
Besarnya rumah nih

Contoh rumah di dalam  kawasan compound  di Doha. Tiada kawalan keselamatan seperti yang
biasa dilihat di Riyadh.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...