Selasa, 1 Mac 2016

Dapurku D'Riyadh (139) - Tabbuoleh



Bismillahirrahmanirrahim

Antara kegemaran aku ketika tinggal di Riyadh ialah membeli buku resepi. Kami selalu berkunjung ke Jarir Bookstore untuk membeli pelbagai keperluan persekolahan Saffura. Tidak selesa rasanya jika kami tidak berkunjung ke Jarir Bookstore setiap bulan untuk melihat buku-buku terbitan terkini. Sekurang-kurangnya sebulan sekali. Buku resepi yang aku beli biasanya buku yang diberi diskaun dengan harga yang murah. Walaupun tidak semua resepi di dalamnya mampu aku cuba, gambar-gambar di dalamnya cukup memberi aku inspirasi untuk memasak. Aku belum habis mengumpul buku-buku resepi lagi, aku akan masukkan ke dalam blog apabila tiba masanya nanti.

Paling murah
Aku memilih satu resepi salad bernama Tabbuoleh dari buku lebanese. Tabbuoleh  boleh didapati dengan mudah setiap hari dari kedai makanan masakan Arab. Tamimi Market ada menjualnya setiap hari. Memandangkan bulgur yang menjadi keperluan untuk menyediakan resepi ini masih banyak di dalam simpanan, membuatkan aku mahu mencubanya. Daun Parsley yang menjadi bahan utama resepi ini begitu murah dan kerap kali dihidangkan bersama kebab dan hidangan lain. Untuk hidangan kebab,  biasanya daun parsley dihiris kasar dan dicampur dengan bawang besar serta hirisan lemon yang diperah ketika mahu makan. Parsley juga dihidang bersama makanan bergoreng atau yang bakar sebagai sumber vitamin. Harganya semurah 95 sen atau 1 rial dan dijual dalam keadaan segar. 

Rupanya seperti daun ketumbar atau saderi tetapi
saiznya lebih besar tanpa bau.

Resepi Tabbuoleh

Bahan2:
30 g bulgar
1/2 cawan air panas
1 biji buah tomato didadu kecil
2 tangkai daun bawang dihiris halus
90 g daun Parsley dihiris halus
2/3 tangkai daun pudina dihiris halus
1/2 biji bawang besar didadu kecil
2-3 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji air lemon
Garam

Cara Membuatnya:
1.Rendam bulgur di dalam air panas selama
   30 minit. Tapis dan buang/perah supaya
   air disingkirkan sepenuhnya. Masukkan
   ke dalam sebuah bekas besar.
2.Basuh dan keringkan semua daun parsley 
   daun bawang dan pudina. Potong semua 
   bahan lain. Masukan semua bahan yang
   dihiris ke dalam bekas yang mengandungi bulgur.
3.Masukkan minyak zaitun, air lemon dan garam.
   Gaulkan supaya sekata. Boleh disimpan 
   di dalam peti sejuk untuk dimakan bila-bila
   masa.


Sedap macam kerabu daun selom.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...