Selasa, 8 Mac 2016

Travelog : Lambaian Qatar (10) - Al Wakrah, Qatar


Al Wakrah, Qatar

Kami singgah di  Al Wakrah ketika dalam perjalanan balik ke Doha. Terasa lapar lalu kami mencari tempat yang sesuai untuk makan tengahari walaupun belum pukul 11.00 pagi. Aku dan Saffura bertegas untuk duduk makan di kawasan lapang. Puas juga kami mencari tempat yang sesuai, akhirnya laman sebuah masjid menjadi pilihan. Kawasan menghijau yang luas, cantik dan terjaga di depan masjid kami hampir lalu membentangkan karpet yang memang sentiasa berada di bonet kereta.


Bulatan di Al Wakrah
Masjid Hamza bin Abdulmotaleb

Bekalan dibuka untuk menjamu selera. Tiupan angin menjadikan suasana begitu sejuk terasa.

Nasi putih, sambal tumis kosong, ikan bilis goreng , sup kambing dan telur rebus buat santapan.

Selepas makan kami berpusing-pusing sekitar Al Wakrah, kami tidak pasti untuk ke mana. Tidak ternampak sebarang mercu tanda untuk dituju begitu juga dengan Stadium Al Wakrah yang dikatakan mula di bina pada tahun 2014. Stadium tersebut adalah satu dari beberapa stadium lain yang dibina untuk kejohanan bola sepak , Piala Dunia pada tahun 2022. Suamiku tidak berminat lagi untuk ke pantai, lalu kami meneruskan perjalanan menuju ke sebuah kawasan yang dipenuhi dengan bangunan setingkat yang kelihatan agak unik.

Satu lagi masjid di Al Wakrah
Kelihatan Al Wakrah Heritage Village dari jalan raya.

Al Wakrah Heritage Village.
Kompleks ini turut memuatkan Al Wakrah Souq, Al Wakrah Corniche dan beberapa masjid. Lebih seratus kedai terdapat di dalam dan sekitarnya. Dibuka secara rasmi pada tahun 2014 selepas tujuh tahun dilancarkan. Kebanyakan kedai cenderahati dan kraf tangan tradisional Qatar di jual di kedai-kedai yang terdapat di bahagian dalam. Di luar pula, terdapat deretan restoran yang menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan dan antara bangsa. Kedai jus buah-buahan, manisan Arab dan cafe pun ada. Masih terdapat kerja-kerja pembinaan kelihatan terutama di kawasan sekitar pantai.



Kami berada di kawasan ini pada waktu tengahari, pun begitu kebanyakan restoran masih meneruskan perkhidmatan kepada pelanggan yang singgah. Pelbagai jenis makanan ditawarkan dan kelihatan hidangan yang dihidangkan begitu menarik dan pasti harganya mahal.











Jom tengok apa ada di dalam souq pula.




Sunyi kerana kedai ditutup pada waktu tengahari

Kereta khas  'buggy car' untuk bawa pelancong kerana kawasannya yang luas

Kedai-  kedai dengan pelbagai bentuk



Hanya kami bertiga di sini.

Kedai yang lebih ekslusif

Pintu masuk ke dalam kedai-kedai yang terdapat di ruangan terasing dari laluan

Menarik bentuk kedai-kedai di sini

Penuh tradisi 

Kedai juga

Semua kedai ditutup untuk solat dan rehat


Selesa



Tingkap kedai







Dinding tinggi sekitarnya

Pintu kedai yang kosong

Satu dari beberapa masjid bersaiz kecil di dalam kawasan souq

Bangunan sebelah masjid


Banyak kemudahan termasuk tandas

Ini masjid yang terletak di sekitar corniche

Kedai berdekatan panatai

Kawasan pantai

Masih ada kerja-kerja di sekitar pantai


Hiasan sahaja

Tidak boleh ke paantai kerana ada timbunan tanah


Setelah puas berjalan-jalan di dalam kawasan Al Wakrah Heritage Village, kami menaiki kereta dan menuju ke penghujung kawasan itu. Kelihatan kawasan nelayan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bot nelayan. Di sini terletaknya Al Wakrah Jetty. Ramai juga orang sedang memancing di sekitar tebing yang ditambak dengan batu-batu besar.




Agak kotor.

Banyaknya bot dan dhow di sebelah kanan jalan raya berhampiran kawasan parkir

Besar-besar dhownya.

Untuk menangkap ikan


Aktiviti yang diminati di Qatar
Berlumut....banyak ketam




Cantik sangat.. MashaAllah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...