Sabtu, 27 Februari 2016

Travelog : Lambaian Qatar (8) - Al Zubara Fort , Qatar

Al Zubara Fort, Qatar.


Untuk ke Al Zubara Fort, kami melalui jalan bertar yang hanya boleh memuatkan dua buah kenderaan( di dalam peta jalan berwarna biru). Ketika di atas lebuh raya (di dalam peta jalan berwarna merah) terdapat papan tanda yang menunjukkan jalan ke Al Zubara yakni terdapat dua laluan untuk ke Al Zubara. Terlalu jarang kami bertemu dengan kenderaan lain sepanjang perjalanan yang agak jauh itu. Tidak ada kawasan perumahan, hanya terdapat beberapa rumah persendirian yang jauh  di tengah kawasan lapang yang luas. Dari jauh juga kelihatan beberapa kenderaan dengan karavan moden diletakkan di tepi pantai. Terdapat juga khemah-khemah di sekitarnya karavan tersebut dengan pagar disekelilingnya. Hanya kelihatan tapak kenderaan di permukaan laluan yang tidak rasmi itu.




Terdapat beberapa tinggalan kota pertahanan atau penempatan. Suasana sekitar memang sunyi tanpa sesiapa di sekitarnya. Kami tidak berani turun dari kenderaan sepanjang perjalanan. Hanya bangunan lama yang kosong menguasai kawasan tersebut. Ada masanya bangunan yang ditinggalkan dapat dilihat dari atas jalan raya.



Bukti sejarah.
Kawasan menghijau begitu terhad.

Lega apabila kami menghampiri bangunan yang diiktiraf oleh UNESCO itu. Lebih mengujakan apabila di sekitarnya terdapat beberapa binaan sementara yang dibina yang berfungsi sebagai pusat informasi. Beberapa petugas mengalu-alukan kedatangan kami yang merupakan satu-satunya rombongan pelawat ketika itu. Tidak seperti di Katara Village atau sekitar Corniche di Doha yang dipenuhi dan meriah dengan pelawat dari Arab Saudi. Di sini hanya kami sahaja yang sudi singgah untuk melihat kesan sejarah. Pagar dibina di sekeliling fort dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan.


Sudah sampai
Panduan untuk pelawat
Tapak sejarah yang diiktiraf UNESCO
Tapak arkeologi al Zubara adalah tinggalan bandar Al Zubara lebih kurang 250 tahun yang lalu. Muhammad ibnu Khalifa (penguasa Bahrain) dari Kuwait pindah ke Qatar dan mendirikan Al Zubara pada tahun 1762. Al Zubara menjadi pusat perusahaan perdagangan serta kebudayaan di kawasan Teluk Arab. Pernah diserang oleh Kerajaan Parsi pada tahun 1782 namun gagal berkat perlawanan dari rakyat Al Zubara. Ianya terkenal sebagai kawasan aktiviti mencari mutiara dan menjadi pusat perdagangan mutiara. Kekayaan dan kemasyhuran menyebabkan ianya diserang oleh negara-negara lain yang membawa kepada kemusnahan. Seterusnya ditinggalkan pada awal abad ke 20.

Al Zubara Fort pula dibina pada tahun 1938 atas arahan Sheikh Abdullah bin Jassim al Thani untuk mengawal dan  melindungi kawasan utara barat Qatar. Ia menjadi pusat pertahanan yang mengawal selia laut dan sumber air mentah bagi Qatar ketika itu. Digunakan sebagai pusat tentera dan polis sehingga tahun 1986. Kemudian ianya dijadikan muzium oleh kerajaan Qatar. Pembaikpulihan sedang dijalankan bagi mengekalkan ciri seni budaya asal yang ada pada bangunan. Kini Al Zubara Fort memaparkan Qatar dari segi sejarah, budaya dan alam semulajadi. Selepas di iktiraf oleh UNESCO pada tahun 2013, pelbagai kemudahan dan pameran dengan teknologi  moden dan menarik diperkenalkan di tapak seluas kira-kira 60 hektar ini.

Di bahagian depan Fort.
Pintu masuk
Kawasan dalam fort
Ruang pameran dan kedai cenderahati pun ada

Bangunan lama yang masih cantik
Deretan pejabat.

 Antara bahan yang dipamerkan




Aktiviti mencari mutiara




Tidak perlu tanda tangan buku pelawat, foto sebagai bukti kehadiran.
Unta-unta untuk dinaiki sedang berehat 

Khemah untuk meraikan pelawat yang ramai

Kawasan penempatan yang luas

Beberapa bahan penemuan atau artifak seperti perkakas dapur, kayu, batu dan hasil laut dari Al Zubara dipamerkan di sebuah bangunan sementara. Kami mahu melawat tapak tinggalan Al Zubara namun ianya sudah ditutup kerana hari sudah pun lewat petang.




Dalam perjalanan pulang, kami berpeluang melihat unta dan kambing yang diternak di padang pasir. Namun jumlah agak sedikit berbanding dengan yang biasa kami lihat di Arab Saudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...