Rabu, 24 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh (137) - Spicy Chicken Karahi



Bismillahirrahmanirrahim.

Kami semakin meminati masakan karahi. Aku menyediakan masakan ini beberapa hari sebelum ke Qatar. Selepas disejukbekukan aku terus membawanya ke Qatar. Selepas dipanaskan dan dimakan bersama nasi....ehmmm rasanya memang tersangat la sedap. Mudah disediakan, tidak memerlukan banyak bahan dan menyihatkan kerana tidak perlu memasukkan santan. Rasa seakan rendang memang menyelerakan dan sesuai dimakan dengan apa sahaja.Juga boleh dimakan begitu sahaja.

Resepi Spicy Chicken Karahi

Bahan2:
1 kg ayam dipotong
2 biji bawang besar dihiris
3 biji tomato dipotong dadu
1 sudu besar halia (dikisar)
1 sudu besar bawang putih (dikisar)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk  methi (biji halba-tak letak)
1/2 sudu besar serbuk kunyit
6 biji cili hijau dihiris
1 sudu besar serbuk ketumbar (rempah)
1 sudu kecil garam masala
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 cawan yogurt
2/3 helai daun Bay
Sedikit daun ketumbar dihiris
Garam
3/4 cawan minyak masak

Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan
   bawang dan goreng sehingga kekuningan.
2.Masukkan halia dan bawang putih yang
   dikisar.Kacau seketika dan masukkan ayam
   dan kacau sehingga kekuningan (hampir kering)
3.Masukkan tomato,garam masala,serbuk cili,
   serbuk kunyit, lada hitam,serbuk ketumbar,
   serbuk jintan putih dan garam.Kacau sekejap
   dan tutup dengan penutup.Tambah sedikit air jika perlu.
4.Masukkan yogurt, cili hijau dan daun bay.
   Perlahankan api dan masak hingga agak pekat.
    Akhirnya   masukkan hirisan  daun ketumbar
    sebelum  tutup api.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...