Rabu, 3 Februari 2016

Dapurku D'Riyadh(126) - Pulut Sekaya


Sebelum ke Riyadh aku berpendapat Kuih Seri Muka dan Pulut Sekaya adalah kuih yang sama. Hanya warna di bahagian kepalanya sahaja berbeza. Baru aku tahu rupanya yang kepalanya berwarna hijau dikenali sebagai Seri Muka sedang yang kepalanya berwarna coklat dipanggil Pulut Sekaya. Stok pulut masih banyak sedang daun pandan sudah lama habis. Beberapa kali ke Lulu Hypermarket pun masih tidak ada dijual.
Aku pula terasa ingin menikmati kuih yang sedap itu....lalu aku ubahsuai sahaja resepi Kuih Seri Muka supaya menjadi Pulut Sekaya. Rasanya tetap sedap tambahan pula aku menggunakan seratus peratus gula Melaka, harum baunya. Cuma warnanya tidak begitu cantik.

Bismillahirrahmanirrahim

Bahagian Pulut/bawah

2 cawan pulut susu- direndam selama kira-kira 2 jam.
Santan  secukupnya (sama paras dengan pulut)
Garam.
Sehelai daun pandan(Jika ada)

Cara Membuatnya:

1. Masak pulut bersama santan dan garam sehingga pulut
    lembut dan masak. Letak daun pandan.
2. Tekan pulut yang sudah masak ke dalam acuan yang
    hendak digunakan.
   
Bahagian Kepala/atas

2 cawan santan pekat
4 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit serbuk kulit kayu manis
1 cawan gula Melaka yang dicairkan

Cara Membuatnya

1.Masukkan santan, air gula Melaka, tepung gandum
   serbuk kulit manis dan  telur. Kisar sehingga sebati.T
   Tapis.
3.Masak adunan tadi bersama gula. Guna api sederhana
   dan kacau sentiasa sehingga agak pekat.
   Jangan sampai berketul.
4. Tuang di atas bekas yang mengandungi pulut tadi.
    Kukus sehingga masak. Potong setelah sejuk.





Siap!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Raya 2024

BismillahirRahmanirRahim Hari raya kedua,  Kami bertiga bertolak ke utara dengan melalui lebuh raya WCE yang baru sahaja siap. Malangnya ber...